EDISI KHAS NAK MULA BERNIAGA 2021 TARIK PERHATIAN UMUM

 

EDISI KHAS NAK MULA BERNIAGA 2021 TARIK PERHATIAN UMUM

ANJURAN RICHWORKS INTERNATIONAL SDN BHD

 

Hampir setahun penularan pandemik Covid-19 melanda dunia dan tiada siapa yang dapat menjangka bahawa ia akan meninggalkan kesan yang besar terhadap landskap ekonomi dunia. Malaysia sendiri antara negara yang segera bertindak dengan melaksanakan Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hampir tiga bulan bermula 13 Mac hingga 3 Mei lalu bagi membendung penularan wabak tersebut.

  

AlongMurni (AM) melihat kepada keadaan semasa, peniaga juga berhadapan dengan cabaran bagi memastikan produk jualan mereka kekal relevan. Oleh yang demikian, ketika PKP kita menyaksikan pelbagai strategi jualan, termasuk cara pengiklanan kreatif yang dilakukan oleh pemilik syarikat.

 


Sebenarnya semua orang boleh mula berniaga dan menjana pendapatan bagi tingkatkan ekonomi diri sama ada melakukannya secara sepenuh masa atau sampingan walaupun dalam tempoh pandemik ini.

 

Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd berkata, sebenarnya banyak peluang yang ada untuk jana pendapatan dalam era digitalisasi ini dengan ramai orang meluangkan banyak masa secara online seperti media sosial. Bagaimanapun katanya, sebahagian usahawan juga tidak tahu cara untuk mula berniaga dengan betul menyebabkan tak mendapat hasil seperti diharapkan.



RichWorks juga membawakan secara langsung pelancaran ini menerusi Facebook Page, YouTube dan Instagram Azizan Osman dengan pelbagai aktiviti dan perkongsian usahawan selama 8 jam secara terus-menerus. Pelancaran ini juga bersempena dengan Inner Circle Meeting (ICM) dihadiri lebih 300 ahli Titanium berada di bawah program permentoran RichWorks bersama Mentor Keusahawanan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman yangdiadakan dengan kebenaran pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).



RichWorks sebagai syarikat penganjur acara dan seminar terbesar dalam keusahawanan dan pemasaran di negara yang diasaskan Datuk Wira Azizan Osman sejak 2008 telah melatih dan membimbing lebih 1.1 juta orang dalam pelbagai industri di dalam dan luar negara yang mana pada tahun lalu saja, 777 usahawan PKS yang dibimbing dalam program mentoring Spire dan Titanium berjaya menjana jualan melebihi RM2 bilion.



Tambahnya, RichWorks nak melatih dan bimbing lebih ramai orang untuk dapat membina bisnes yang berjaya di mana pun tahap mereka berada, baru bermula, berkembang dan nak meluaskan lagi bisnes berdasarkan pengalaman dan ilmu yang terbukti berhasil melahirkan ramai usahawan berjaya sejak ditubuhkan hampir 13 tahun lalu.



Sehubungan itu, Radz memberitahu, program Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 April nanti ditaja sepenuhnya RichWorks tanpa sebarang pembayaran perlu dibuat oleh para peserta. 


Bakal peserta cuma perlu membuat pendaftaran menerusi laman web di

www.BinaBisnesBerjaya.com

untuk menempahkan tiket untuk hadir program virtual online ini.


TENTANG RICHWORKS INTERNATIONAL


Richworks International Sdn Bhd adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Sepanjang 13 tahun yang lalu sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,100,000peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).




Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan. Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.


TENTANG DATUK WIRA DR AZIZAN OSMAN


 


Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach


Beliau terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat peningkatan luar biasa dalam perniagaan dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga mencecah jualan berjuta-juta ringgit.


Info Lanjut boleh hubungi

Richworks International Sdn Bhd

No. 77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13,

40100 Shah Alam Selangor, MALAYSIA

Laman web: www.richworks.com

Tel: +601632346866 (Media Penghubung - Md Azrin Rosly

+6012 696 2065 (Media Penghubung - Karini)

 


Post a Comment

0 Comments