KOPETRO Raikan Ramadan : Program Cuci Masjid

 

KOPETRO RAIKAN RAMADAN:PROGRAM CUCI MASJID

JALINAN KERJASAMA KOPETRO DAN PERSATUAN SENIMAN MALAYSIA



Kebersihan amat dituntut dalam Islam. Bukan sahaja kebersihan hati bahkan kebersihan luaran (fizikal). Islam hadir membawa seribu kebaikan dan kemudahan kepada setiap manusia. Benarlah Islam itu indah. Keindahan itu akan terserlah jika umatnya turut mengamalkannya. Namun, jika ditinggalkan maka rugilah umat Islam tersebut. Rugi kerana membiarkan keindahan itu tidak dihidupkan.


Daripada Abu Said Al-Khudri, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“ORANG YANG MENGELUARKAN GANGGUAN ATAUPUN KOTORAN DARI MASJID, ALLAH MEMBANGUNKAN UNTUKNYA SEBUAH RUMAH DI SYURGA.” - HADIS RIWAYAT IBNU MAJAH -

 

Baru-baru ini AlongMurni (AM) turut sama hadir ke Program Cuci Masjid yang bertempat di Masjid Al-Hidayah, Sentul (Kuala Lumpur). Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah menjayakan program tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat bertempat. Program ini dijalankan secara usahasama dengan Persatuan Seniman Malaysia bagi menyantuni Masjid Al-Hidayah dalam menyediakan ruang ibadat yang bersih dan selesa kepada para qariah masjid yang bakal menunaikan solat sunat terawih sempena bulan Ramadan.


Program Cuci Masjid ini turut menawarkan khidmat pembersihan dan disinfeksi KVCLEAN, servis daripada KOPETRO ini dijamin berkesan dan mampu untuk menghapuskan 99% virus dengan menggunakan bahan bukan toksik yang selamat dan bebas alkohol. Sempena Ramadan dan Syawal yang bakal tiba, KVCLEAN menawarkan servis pembersihan rumah serendah RM90 untuk 3 jam manakala servis disinfeksi pula hanya RM258 untuk satu sesi.



KOPETRO dan Persatuan Seniman akan bersama-sama Team KV Clean untuk membersihkan dan mensanitasi Masjid Al-Hidayah di Sentul. Melalui program ini juga, KOPETRO ada menyampaikan  sumbangan kepada seniman dan seniwati tanah air yang amat memerlukan akibat pandemik COVID-19. 


Walaupun sekecil mana sekalipun tetap diajar dalam Islam. Itulah indahnya Islam. Ia memandu kita supaya dapat menjalankan kehidupan dengan sebaiknya. Lihatlah betapa Islam memandang berat tentang kebersihan. Kebersihan itu bukan hanya di masjid sahaja perlu dijaga, bahkan di mana-mana sahaja kita berada.

 

“Selain menyantuni Masjid Al-Hidayah, KOPETRO juga prihatin dengan kebajikan ahli-ahli Persatuan Seniman Malaysia yang banyak terkesan dengan pandemik Covid-19. Oleh kerana itu, hari ini KOPETRO ingin berkongsi rezeki bersama ahli-ahli Seniman semoga Ramadan kali ini akan lebih ceria buat insan-insan seni yang banyak menyumbangkan bakat dan keringat mereka dalam menghiburkan hati masyarakat.” 

 

Datuk Haji Abdul Razak Hussain sebagai wakil KOPETRO menjelaskan program 'Cuci Masjid'



Sumbangan daripada KOPETRO telah disampaikan oleh Datuk Haji Abdul Razak Hussain kepada En. Zed Zaidi, selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia dalam sebuah majlis ringkas mengikut tatacara norma baharu yang diadakan di Masjid Al-Hidayah hari ini.



KOPETRO juga menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan juga makanan sejuk beku jenama LengQuas keluaran KOPETRO kepada 50 ahli Persatuan Seniman Malaysia.

Layari laman web www.kopetro.com.my  atau ikuti akaun media sosial berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KOPETRO.

Facebook: https://www.facebook.com/kopetroberhad/  

https://www.facebook.com/lengquas.official  

Instagram: kopetroberhad lengquas.official


PuasRaya Promo: Beribadah dengan lebih selesa dan selamat pada bulan Ramadhan ini

 dengan KV Clean. Dapatkan promosi berbaloi-baloi PuasRaya daripada KV Clean

 bermula 1 April sehingga 31 May. Nak mudah? Hubungi KVClean je di 013-3996788.




Post a Comment

1 Comments