SELERA RAMADAN DI OKAD EVENT SPACE

 

SELERA RAMADAN : OKAD EVENT SPACE

CITARASA KAMPUNG PEMIKAT SELERA

‘ONE STOP CENTRE’

 


Baru-baru ini AlongMurni(AM) menerima jemputan untuk ke MAJLIS BERBUKA PUASA OKAD EVENT SPACE di lokasi Bukit Jelutong, Shah Alam. OKAD EVENT SPACE merupakan "one stop centre" bagi penduduk sekitar untuk mengadakan pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, seminar, ulangtahun, majlis harijadi dan pelbagai lagi.


Oleh itu, bagi menambahkan lagi kepelbagaian fungsi OKAD EVENT SPACE ini, pada ramadan tahun ini OKAD EVENT SPACE mengadakan buffet ramadan bertemakan "CITARASA KAMPUNG PEMIKAT SELERA". Ini merupakan tahun pertama OKAD EVENT SPACE mengadakan Majlis Berbuka Selera Ramadan.





Terdapat lebih kurang 50 jenis menu juadah ramadan yang akan disediakan di OKAD EVENT SPACE sepanjang Ramadan ini yang menampilkan menu Citarasa Kampung yang lazat, ditampilkan dengan menggunakan konsep stall dengan nama yang unik dan pastinya akan membuat kita rambang mata untuk membuat pilihan waktu berbuka.





Tidak ketinggalan juga ulam ulaman yang menjadi pembuka selera. Ada pelbagai jenis pembuka selera juadah makanan kampung yang pastinya membuatkan kita rasa seperti berada di kampung walaupun mungkin tidak berkesempatan balik ke kampung m emandangkan kes COVID 19 yang melanda negara.





OKAD EVENT SPACE mempertaruhkan menu " Nasi Serai Cik Bunga, Daging Masak Lemak Cili Padi Cik Bunga Dan Lamb Grill' yang dipilih sebagai signature dish' yang bakal menjadi tarikan utama tetamu yang datang berbuka puasa di sini nanti. Tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan alunan muzik yang merdu serta dikelilingi dengan dekorasi yang cantik dan menarik. 





Pilihan Air pun pelbagai yea.. Ada yang panas dan sejuk juga. Dengan pilihan pelbagai makanan dan minuman apalagi, semua menu kita cuba yea.. Tak perlu risau sebab surau pun berdekatan jadi lepas berbuka boleh sambung makan kembali yea





Haaaa.. bila sentuh bab dekorasi memang sesuatu yang mengujakan AM. Mana kan tidaknya kiri kanan atas bawah penuh dengan wanigan dan bunga-bunga. Rasa macam masuk majlis perkahwinan pun ada tau!! Dewan OKAD EVENT SPACE ini boleh memuatkan hampir 120 orang untuk suatu suatu masa.




Namun begitu, SOP (Standard of procedure) yang ditetapkan oleh Kerajaan tetap harus dipatuhi. Memang meriah makan Bersama keluarga dan sahabat handai namun tetap AM ingatkan di sini #KitaJagaKita yea..

 

HARGA PAKEJ SELERA RAMADAN OKAD EVENT SPACE

Dewasa - RM 65
Kanak-kanak Dan Warga Emas R M 39





Pakej Famili
Beli 2 Dewasa PERCUMA 1 Kanak-kanak yang bernilai RM130



Beli 9 Dewasa PERCUMA 1 Dewasa yang bernilai RM585





Pakej Korporat
Beli 10 Meja PERCUMA 1 Meja dan DISKAUN 10% untuk pembelian seterusnya.

 

PAKEJ SELERA RAMADAN AKAN BERLANGSUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN

BERMULA DARI 18HB APRIL HINGGA 9HB MAY 2021.

 


Antara kemudahan fasiliti yang terdapat di OKAD EVENT SPACE adalah:

·         Mudah diakses melalui lebuhraya NKVE, Guthrie & Federal Highway

·         kemudahan tempat letak kereta yang luas, percuma beserta khidmat RELA

·         kemudahan Airbnb di kawasan berdekatan

·         berdekatan dengan Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah

 

 


LOKASI :

No. 2A, Persiaran B, Seksyen U8, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

https://goo.gl/maps/hCMbhiyMhwfxnhHh8



Tel :

Cik Az - 0126864515

Pn Majidah - 0176503436

Pn Hamidah – 7350117

 

#OkadEventSpace #ShahAlam #Ramadan2021

Post a Comment

2 Comments