Seminar Amazing Rezeki : Mengenal Potensi Diri dan Persekitaran

 SEMINAR AMAZING REZEKI : MENGENAL POTENSI DIRI DAN PERSEKITARAN

DIANJURKAN OLEH AMAZING SUCCESS

MENGGERAKKAN SIFAT HABLUMMINALLAH DAN HABLUMMINANNAS


Dalam Islam, setiap muslim wajib mengenal Allah Sang Pencipta. Namun sebelum kita mengenal Allah, ada baiknya untuk mengenal diri sendiri terlebih dahulu. Dengan mengenal diri sendiri, maka kita akan jauh lebih mudah mengenal Allah SWT.


Baru – baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk menghadiri satu seminar ‘Amazing Rezeki’ yang bertempat di Hotel Crystal Crown, PJ selama 2 hari 1 malam. Banyak informasi yang AM perolehi dalam misi mengenal diri dan potensi diri sendiri.


Dari Kiri AM : Master Muslee (Penceramah Metalife) dan Kanan AM : Cik Lily Putih, Mahamahu, Rawlins, Faries dan Zharif


Panel-panel penceramah yang disediakan oleh Team Amazing Success nyata punyai pengalaman dan diiktiraf pengetahuannya. AM diajar tentang ilmu METALIFE.


Secara umumnya, metalife ini merupakan satu ilmu untuk memahami pengaruh energi pada alam dan juga diri. Melalui energi ini AM dapat mengenal pasti ragam emosi dan juga karakter diri sendiri. Dari situ AM boleh tahu di mana kekuatan dan kelemahan diri AM demi mengejar kejayaan di dunia dan akhirat. Energi ini dketahui atau dikira berdasarkan tarikh lahir AM. Terdapat cara yang khusus untuk mengira kod-kod energi ini.





Namun begitu, hendaklah diingatkan, bahawasanya kod-kod energi ini hanyalah sekadar teori untuk dipelajari. Ia tidaklah termaktub secara khusus tepat 100%. Hanya sekadar teori yang mungkin boleh dijadikan rujukan atau peringatan. Akhirnya kita tetap berpaksikan pada qada dan qadar yang Allah telah tetapkan.



Apa yang menariknya, setelah Am mengira kod-kod energi ini berdasarkan tarikh lahir AM, AM dapati tahu potensi diri AM yang mana mungkin sebelum ini AM tidak sedar atau separa sedar bahawa potensi itu ada dalam diri AM. Tinggal lagi cuma untuk diasah dan dikedepankan. Jadi ‘gear’ tindakan dah boleh bergerak bila enjin dipanaskan.


AM bersama dengan rakan-rakan bersedia nak buat pengiraan



Konsep energi itu dikira dalam bentuk prisma atau piramid. Terdapat pengiraan yang khusus dan nombor-nombor itu akan dimasukkan dalam kotak-kotak yang tersedia. Setiap kotak-kotak itu mempunyai kod energinya yang tersendiri. Oleh itu, pengiraan kod sangat perlu berhati-hati kerana ia akan memberi kesan kepada kod yang lain. 



Alhamdulillah, dengan tunjuk ajar Master Muslee yang memberi panduan spanjang pengiraan kod ini membantu AM sebagai peserta seminar dapat mengetahui kod energi AM yang betul dan tepat. Pengiraan kod-kod ini menggunakan kemahiran asas matematik namun agak perlu dihadamkan betul betul. 



Gambar rajah di atas merupakan kotak prisma yang dibekalkan bagi mengira kod-kod peserta berdasarkan tarikh lahir masing-masing. Tak dapat nak terangkan secara terperinci pengiraan kod-kod itu kerana agak susah untuk diajar melalui penulisan. Setelah membuat pengiraan, AM dapat mengenalpasti kod energi AM. Sekarang masanya untuk menganalisa kod energi AM. Jadi, AM akan kongsikan energi dan potensi diri yang ada dalam kod energi.


Kuasa elemen AM adalah‘API’ - Kekuatan & cabaran AM adalah pada nilai perasaan dan ‘survival-hidup’ dari masa ke semasa. Ragam emosi AM adalah pada faktor menggerak tindakan dalam kehidupan seharian, samada secara agresif (berstrategi) atau pasif (tak-peduli). Dari sudut psikologi, ‘perlu dan mahu’ AM adalah pada adaptasi dan memanipulasi sesuatu atau orang lain bagi meneruskan kesinambungan (survival) hidup dan keselesaan diri. Cabaran diri AM adalah pada sikap tak-sabar, baran, nak cepat, kalut atau berterabur serta tidak suka 'layan karenah' manusia.



Apabila AM dapat kenalpasti kelemahan dan kekuatan yang ada pada diri jadi AM dapat bertindak untuk mengurus dan mengawal tabiat emosi diri. Program Seminar Amazing Rezeki ini sedikit sebanyak dapat menjadi panduan selain mengenal kekuatan, kelemahan dan konflik diri AM, AM juga dapat panduan dalam orientasi bagi membangunkan diri sendiri. Seolah-olah kita dapat panduan apa yang perlu dan tidak perlu kita lakukan berdasarkan pada elemen diri dan persekitaran.




Contohnya kesimpulan hasil daripada pengiraan elemen AM apabila melibatkan pengaruh Orientasi diri.


‘Anda merupakan insan dinamik, iaitu miliki 3 kekuatan asas diri iaitu agresif-spiritual, rezeki-family dan baik hati-sosial secara serentak. Anda perlu seimbang antara menjadi manusia yang spiritualis, usahawan dan membantu masyarakat bagi menggerakkan sifat hablumminallah (menjaga hubungan dengan Allah) dan hablumminannas (menjaga hubungan sesama manusia). Anda perlukan business partner dan team jika berniaga. Dari segi kewangan, anda perlu berhemah dalam berbelanja dan dicadang memupuk tabiat menabung demi masa depan.’


Pada yang berminat untuk mempelajari ilmu METALIFE ini boleh jengah dan layari laman Facebook Page Amazing Success iaitu di https://www.facebook.com/Amazingsuccess.net

Penceramah dan Para Peserta Seminar Amazing Rezeki

Seminar ini sangat bagus dihadiri oleh para usahawan yang ingin memulakan perniagaan atau yang gagal dalam perniagaan kerana dapat Analisa sendiri kesalahan yang diperbuat terdahulu untuk terus membangunkan diri dan perniagaan. Moga informasi yang AM kongsikan ini dapat memberi manafaat untuk semua.

 

Post a Comment

1 Comments