MEDISANA:
PULSE OXIMETER
ALAT
PENGUKUR OKSIGEN DALAM DARAH
Pandemik COVID-19, juga
dikenali sebagai pandemik koronavirus atau wabak koronavirus telah diiktiraf
sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020.
Sehingga semalam sebanyak 16,1117 kes baharu dilaporkan di Malaysia dengan
lebih daripada 8408 kes kematian disebabkan oleh COVID-19.
Virus ini kebanyakannya
menular antara seseorang dengan cara yang serupa dengan influenza, melalui
titisan pernafasan daripada batuk atau bersin. Ia dianggap paling mudah
berjangkit apabila seseorang menerima tanda gejala, walaupun penyebarannya
mungkin sebelum gejala muncul. Masa antara pendedahan dan permulaan gejala
biasanya lima hari, tetapi mungkin berkisar antara dua hingga empat belas hari.
Gejala umum termasuk demam, batuk, dan sesak nafas. Komplikasi mungkin termasuk
radang paru-paru dan sindrom kesukaran pernafasan.
Langkah-langkah pencegahan
yang disyorkan termasuk membasuh tangan, menutup mulut apabila batuk,
mengekalkan jarak dari orang lain (terutamanya mereka yang tidak sihat), malahan
pemantauan dan pengasingan diri selama 14 hari untuk orang yang disahkan positif
telah dilakukan. Kerajaan Malaysia juga mengambil Langkah dengan melaksanakan
PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dalam usaha mengekang gejala Covid-19
berleluasa.
Tidak terkecuali AlongMurni
(AM). Am juga mengambil Langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). AM yang mempunyai asma juga kerap menjalankan
rutin check tahap kesihatan seperti tekanan darah,
kadar dengupan jantung, suhu badan & tahap oksigen dalam darah.
Baru-baru ini AM disarankan
oleh seorang rakan untuk menggunakan PULSE OXIMETER keluaran MEDISANA.
PULSE OXIMETER adalah ujian yang digunakan untuk mengukur tahap oksigen
(ketepuan oksigen) darah. Ini adalah ukuran mudah dan tidak menyakitkan. Jadi
AM dapat mengetahui tahap oksigen dalam darah AM sendiri.
PULSE OXIMETER juga digunakan untuk memeriksa kesihatan seseorang dengan keadaan yang mempengaruhi tahap oksigen darah, seperti:
- Serangan jantung
- Kegagalan jantung
- Penyakit paru obstruktif kronik (COPD)
- Anemia
- Kanser paru-paru
- Asma
- Pneumonia
Alat PULSE OXIMETER ini
seperti klip yang disebut probe diletakkan di bahagian badan, seperti jari atau
cuping telinga. Probe menggunakan cahaya untuk mengukur berapa banyak oksigen
dalam darah. Maklumat ini membantu dapat membantu AM jika AM memerlukan oksigen
tambahan. Pulse Oximeter keluaran MEDISANA boleh didapati dengan harga
RM299 termasuk 3 tahun warranti.
Beberapa minggu yang lalu, AM ikut serta dalam ‘zoom
live sharing’ bersama Dr Wong Teck Wee - seorang doktor pakar Kardiologi di
Hospital Serdang. Sesi bual bicara dengan Dr Wong yang berpengalaman 15 tahun
bidang perubatan & saranan beliau supaya kita sendiri melakukan monitor
tahap kesihatan dirumah sangat penting supaya pencegahan dapat dikesan awal
selain memudahkan kita tahu tahap kondisi tubuh badan setiap hari.
Zoom Live Bersama Dr Wong Teck Wee |
Banyak informasi baru AM
dapat sepanjang sesi sharing dengan Dr Wong terutama cara penjagaan diri bagi
mereka yang mempunyai ahli keluarga dengan masalah jantung, kencing manis &
beberapa lagi penyakit kronik yang sebenarnya kita tahu untuk pantau tahap
kesihatan sesorang pesakit tanpa perlu bantuan doktor. Melainkan keadaan teruk,
kena segera terus ke hospital terdekat.
Sepanjang sesi bual bicara Bersama
Dr Wong, AM mendapat informasi berkaitan ‘Happy Hypoxia’ atau dikenali
permasalahan kandungan oksigen rendah yang menjadi pembunuh senyap tidak bergejala
yang membawa kepada kematian. Dr Wong memaklumkan yang ‘Hypoxia’ ini berpunca
daripada pelbagai penyakit terutama paru-paru dan jantung. Ini sekaligus
menyebabkan kerosakan otak, paru-paru dan organ dalaman badan. Pengesanan awal
kandungan oksigen rendah ini boleh mengelakkan kematian. Bagi AM di sinilah
fungsi tepat PULSE OXIMETER ini.
Pulse Oximeter ini agak unik
dan mudah digunakan. Malahan tak perlu untuk ‘plug in’ cuma gunakan bateri dan
boleh dibawa kemana-mana. Jika nak tahu,
Medisana adalah jenama berasal dari negera Jerman. Dengan teknologi perubatan
negara maju, kini sesiap sahaja boleh milik alat pemantaun sendiri di rumah
tanpa perlu membayar harga mahal & paling penting setiap bacaan produk
Medisana boleh dipercayai ketepatannya.
Produk MEDISANA
terjual secara online dalam portal shopping popular Shopee & Lazada. Tak
payah susah-susah pergi beli kat farmasi luar. Duduk rumah, order online barang
pun sampai di rumah. Boleh jugak beli untuk mak ayah kat kampung supaya mudah nak monitor sendiri di rumah. Klik link
bawah kalu berminat beli secara online.
Medisana Offcial Store
https://shopee.com.my/medisanaofficialstore
https://www.lazada.com.my/shop/medisana/
Maklumat lanjut boleh buka website Medisana
13 Comments
ramai yang dah share pasal pulse oximeter ni. kena beli juga satu kat rumah, bolehlah buat permeriksaan kendiri di rumah :)
ReplyDeleteRawlins pun ada beli oxymeter tapi bukan this one. Beli sebab takut baca pasal happy hypoxia tu.
ReplyDeleteSis pun dah ada, segala peralatan untuk pandemik dah ada.. risau kann, biarlah kita tau tahap kesihatan kita dengan segera, mencegah lebih baik dari merawat..
ReplyDeleteBagus ada oximeter ni tme pandemik utk test oksigen dlm bdn bdn kite kan... Wawa pon nk cuba beli satu utk fmili kt sana.. Boleh check setiap hari bacaan normal ke tak
ReplyDeleteAlat yang dah wajib semua orang kena ada dekat rumah untuk pantau oksigen dalam darah dan juga denyutan nadi. Saya lepas kena covid baru beli sebab masatu penafasan masih tak berapa stabil lagi. Berdiri pun cepat penat macam tak cukup nafas nasib ada oximeter ni so if kadar oksigen drop boleh cepat-cepat dapatkan rawatan.
ReplyDeleteKak takde lg oximeter ni tp kakak sulong ada beli sbb ada darah tinggi, bagus jgk Produk MEDISANA ni utk penggina yg nak dimpan kat rumah
ReplyDeleteProduct Medisana memang bagus dan kualiti terjamin coz I have their products too.
ReplyDeletevoetbaltenues kids
ReplyDeletegoedkope voetbalshirts
ReplyDeleteMaglie Calcio
ReplyDeleteRamai tengok org beli produk ni masa musim pendemik mcmni. Terimakasih sebab share mengenai ni. harap nanti dpt memberi manfaat buat semua :)
ReplyDeleteartikel yang menarik, yuk kunjungi jurnal Teknik Unimuda Sorong
ReplyDeleteThanks for information
ReplyDeleteKampusnya politisi