APLIKASI MINDFUL MUSLIM: BANTU TINGKATKAN
KESIHATAN MENTAL DAN KEROHANIAN DIRI
APLIKASI
PENENANG JIWA PERTAMA BERTERASKAN ISLAM DI DUNIA
Kesan pandemik Covid-19 telah menyebabkan ramai orang
kehilangan pekerjaan, kelaparan, tiada tempat tinggal dan terpaksa bergantung
kepada sumbangan makanan untuk makan. Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) merekodkan
seramai 99, 696 pekerja diberhentikan antara Januari hingga 27 November lalu
akibat penularan Covid-19.
Sebagai Rakyat Malaysia AlongMurni (AM) tentu sahaja
risau terhadap peningkatan kes harian Covid-19, malahan laporan kes bunuh diri
yang sering terpampang di media cetak dan media elektronik berada pada tahap
yang membimbangkan. Data Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kes bunuh
diri pada tahun 2019 adalah sebanyak 609 manakala tahun 2020 sebanyak 631 kes
dan bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini pula sebanyak 468 kes dilaporkan.
Sumber : Keratan Akhbar Kosmo, 18 November 2020
AM sendiri tidak nafikan kadang kadang AM juga turut merasa
kehilangan, rindu pada teman-teman, rindu pada ibu dan saudara di kampung sejak
PKP dilaksanakan lantaran kes Covid 19 yang semakin meningkat dalam negara. Benar
kata pujangga, ‘Kesunyian Mampu Membunuh Iman Dalam Diri’.
Namun AM bersyukur kerana ada teman serumah yang sentiasa
menghibur, menyokong dan menguatkan semangat AM yang goyah dek bebanan kerja
dan juga kerinduan terhadap Anak dan Keluarga di Kampung. Mana tidaknya, kerap
juga kami serumah mengadakan Sesi ‘Pillow Talk’ sebelum tidur bagi muhasabah
diri dan meluahkan segala yang terbuku di hati. Cara ini sedikit sebanyak
memberi kekuatan kepada diri masing-masing
Alhamdulillah, semenjak dari PKP 1.0 , kami serumah mula
mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa. Kalau dulu, kesibukan kerja sering
menjadi alasan untuk melewatkan dan meninggalkan solat, namun dalam tempoh PKP
ini, kami serumah sering solat berjemaah dan sama-sama membaca Al-Quran untuk
disedekahkan kepada orang yang tersayang.
AM memilih ayat yang bersesuai yang disarankan untuk mengawal emosi |
AM juga diperkenalkan dengan satu Aplikasi ‘Mindful
Muslim’ yang hanya perlu di download di App Store dan di situ semangat AM
tambah lebih kuat, lebih tenang dan yakin diri.
APLIKASI ‘MINDFUL MUSLIM’
Mindful Muslim merupakan aplikasi penenang
jiwa pertama di dunia berasaskan Islami. Aplikasi ini dibangunkan untuk membantu lebih 1.8 billion
orang Islam di seluruh dunia, meningkatkan kesihatan mental dan emosi.
Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Mindful Muslim, Mohamad
Akhtaar Abdul Ghani, objektif utama pembangunan aplikasi ini adalah untuk
membantu meningkatkan kesihatan mental umat Islam yang
berdepan pelbagai cabaran pada masa kini dengan berkonsepkan Islamik.
Sesi Bersama CEO Mindful Muslim : En Mohamad Akhtaar Abdul Ghani
Aplikasi ini dilengkapi bacaan ayat al-Quran,
zikir, kisah-kisah para Nabi, ceramah motivasi, bacaan rukyah, doa-doa khas menghilangkan
tekanan dan bunyian alam semulajadi. Kadang-kadang AM sendiri hanyut dibuai
perasaan dan seolah-olah berada di kampung yang tenang dan mendamaikan. Aplikasi
ini juga mempunyai versi suara wanita dan lelaki agar pengguna boleh
mendengarnya dengan lebih selesa mengikut jantina masing-masing.
Pendek kata Aplikasi ini dilengkapi dengan ciri-ciri
seperti berikut:
- Ceramah audio dari kisah-kisah penuh harapan dari Al-Quran dan Hadis.
- Doa / Ruqyah untuk tujuan tertentu - untuk menghilangkan kegelisahan /kemurungan, kesunyian dan perasaan rendah yang lain
- Pilihan pembaca/pendengar
- Bunyi alam sekitar
- Membina senarai main ciri di atas
- Buku harian tidur untuk membantu menulis jurnal pada waktu malam.
Setelah dilancarkan pada tahun 2020, aplikasi
ini dibangunkan bersama 16 penyelidik yang turut berperanan sebagai penulis dan
membuat voice over dan boleh didapati dalam versi bahasa Inggeris
dan bakal diperluaskan dalam bahasa Melayu dan Arab.
Aplikasi Mindful Muslim boleh dilayari
secara percuma selain mempunyai kandungan premium yang boleh
dilanggan pada harga AS$3.90 (RM16.09) sebulan.
Allah berfirman:
"Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui yang ada
di dalam jiwa kamu,jadi ingatlah Dia "
(Quran 2: 235)
MUAT TURUN MINDFUL MUSLIM APP
iOS: https://apps.apple.com/my/app/mindfulmuslim/id1503293513
ANDROID: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mindfulmuslim
MINDFUL MUSLIM
Laman Sesawang
: https://mindfulmuslim.app/
Facebook
: https://www.facebook.com/mindfulmuslimapp
Instagram : https://www.instagram.com/mindfulmuslim.app
#MindfulMuslimMy #MindfullMuslim
#MindfulMuslimApp #MotivasiIslam
6 Comments
Aplikasi yang bagus untuk kegunaan seisi keluarga. Manfaatkannya agar mendapat lebih ketenangan ye AM. Pasang waktu malam sebelum tidur. Confirm mudah lelap. InsyaAllah.
ReplyDeleteWaaa nampak sungguh tenang tu yaaa.. memang betul, Sis jadikan MM ji terapi ketika nak tiudr, agak minda serabut je, buka dan dengarkan..
ReplyDeleteSeronok pula baca pasal aplikasi ni. Memang bagus sangat untuk mereka yang memerlukan. Mommies yang work from home pun kadang2 rasa stress juga boleh la try untuk lebih tenangkan diri
ReplyDelete"Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui yang ada di dalam jiwa kamu,jadi ingatlah Dia"
ReplyDeleteI am a Christian, but this words is mean so much to me. Ya, Tuhan sudah tahu apa yang ada di dalam jiwa kita, jauh sebelum kita memikirkannya. Dia bahkan sudah mencatat masa depan kita bahkan saat kita masih di dalam perut ibu kita. God is so good and He is Almighty right?
Btw, saya banyak baca blogger Malaysia menulis app Mindful Muslim ini. Kita perlu aplikasi2 seperti ini untuk membantu menenangkan jiwa di musim yang tak biasa ini kan.
artikel yang menarik, yuk kunjungi jurnal Teknik Unimuda Sorong
ReplyDelete"Thank you for nice information
ReplyDeletePlease visit our website unimuda and uhamka"" . ."" . ."". ."" . ."" . ."" . ."" . ."