4 DESTINASI TEMPAT MAKAN PILIHAN ALONGMURNI


4 DESTINASI TEMPAT MAKAN

 PILIHAN ALONGMURNI

 


NASI DAGANG PAK MALAU

Nasi Dagang Pak Malau kini menjadi salah satu menu unik makanan di Langkawi. Menggunakan resepi asli nasi dagang Terengganu, Pak Malau turut menyediakan pelbagai menu tambahan yang dimakan bersama nasi dagang istimewanya seperti gulai ikan tongkol, kurma kambing, daging kerutup, ayam kampong dan macam-macam lagi. Secara keseluruhannya semua masakan yang disediakan kat sini memang sedap dan disesuaikan dengan citarasa orang tempatan.

 


HARGA MENU

Mengikut jenis lauk yang diambil. Antara harga makanan:

  • Kambing Kurma: RM 22
  • Ayam kampung : RM 15
  • Ayam Goreng Rempah : RM 12
  • Ayam Gulai : RM 11
  • Daging Kerutuk : RM 11
  • Ikan Gulai : RM 11

 


Lokasi strategik Nasi Dagang Pak Malau menjadi satu lagi daya tarikan utama di sini. Terletak di jalan utama menuju ke Makam Mahsuri, setiap pengunjung yang lalu di jalan ini pasti tidak akan terlepas pandang kedai makan Pak Malau yang direka berkonsepkan rumah kampung moden. Mood makan AM menjadi lebih berselera dengan melihat sawah padi serta pemandangan kampung dan bukit bukau.


Dah macam Orang Orang Di Sawah dah!!


KONSEP KEDAI

Pak Malau menggunakan hiasan-hiasan dalaman lama seperti tembikar, tempayan, kereta antik serta perabot lama bagi memberikan mood nostalgia. Meja makan juga bukan saja disusun di sekitar kedai makan, malahan Pak Malau juga memberi peluang sekiranya ingin makan berhadapan dengan sawah padi. Menurut Pak Malau, spot ni adalah di antara spot famous dan kadang-kadang orang menjamu selera kat sini menghabiskan sampai 2 jam semata-mata ingin menikmati pemandangan.


 

Alamat : Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia

Nombor Telefon : +60 12-271 1977

Waktu Operasi :  8:00 a.m – 2:00 p.m

Facebook : Nasi Dagang Pak Malau

 


SELERA LUBUK BUAYA

 


AM sangat suka dengan harga dan menu masakan di sini. Memang sedap dan setiap menu masakan laut memang segar dan kena dengan selera tekak AM.

Restoran Selera Lubuk Buaya walaupun murah tapi mutu makanannya masih segar dan berkualiti. Makanan dan minuman juga disediakan dengan cepat walaupun AM datang dalam kumpulan yang agak besar.



Lokasinya tidak jauh dari Pantai Cenang dan di penghujung jalan Pantai Tengah. Ada pelbagai jenis lauk-pauk di sini.

Alamat : Lot 9659 Kampung Padang Putih Jalan Pantai Tengah 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia

HUBUNGI : Selera Lubuk Buaya

 

WARUNG UPIH IKAN BAKAR SEAFOOD

 


Bagi AM, Warung Upih Ikan Bakar Seafood memang punyai keunikan dan keistimewaan tersendiri. Mana kan tidaknya, sementara menunggu matahari terbenam, AM boleh memesan menu makanan dan bersiar siar di Persisiran Pantai Tengah. Bila menu makanan dah tiba boleh la menjamu selera sambal menikmati matahari terbenam dan disaksikan deruan angin pantai yang nyaman.


Sempat OOTD berlatar belakangkan matahari terbenam sementara menunggu hidangan sampai


Masakan di sini  memang pelbagai dan masakannya lebih bercirikan masakan Thailand kerana tukang masaknya berasal dari Thailand.

LOKASI :  Charlie Motel, Jalan Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia

HUBUNGI : Warung Upih

 

NELAYAN KB KAFE.

 

AM mencuba Kerabu Bronok di Nelayan KB Kafe

Menu masakan di sini memang menu kampung yang betul betul sedap dan wajib dicuba. Antara menu yang AM cuba adalah Gulai Ikan Termenung, Ulam-ulaman, Ikan Termenung Goreng dan Kerabu Bronok. Kerabu Bronok merupakan masakan yang pertama kali AM cuba. Memang sedap rupanya bronok ini rupanya. Rasanya kenyal kenyal dan ‘Crunchy’. AM siap telefon mak bagi memastikan mak AM pernah makan ke tidak bronok ini. Memang niat nak bawa mak dan keluarga datang sini untuk cuba keenakan kerabu bronok ini.



Haaa.. lagi satu yang AM suka adalah rasa Gulai Ikan Kembungnya memang terangkat dan Kaw Kaw abis. Layan AM makan sampai tambah dua kali nasi dibuatnya.



Pendek kata 4 Destinasi Tempat Makan yang menjadi pilihan AlongMurni wajib dicuba dan disinggah jika ke Pulau Langkawi. AM memilih 4 Destinasi ini memandangkan harganya yang murah, berbaloi, keenakan dan kesedapannya pasti memuaskan hati bagi pengunjung yang singgah ke sini..




 

Post a Comment

10 Comments

  1. Best ni ! Kena masuk list. Memang tengah plan nak pegi cuti bulan depan. Tq share

    ReplyDelete
  2. wow semuanya belum pernah try, boleh bookmark ni, nanti boleh try kan...

    ReplyDelete
  3. Ok save entry ni untuk rujukan kalau nak jejak langkawi. Kadang kena pilih betul2 kedai makan sebab risau jadi macam kes viral tu. By the way gambar semua lawa2....

    ReplyDelete
  4. Seronok tengok group nie jejalan dan makan-makan. Makanannya memang meriah ye. Pak Malau tu lazat betul juadah situ. Tempat lain tak pernah try lagi.

    ReplyDelete
  5. Nasi Dagang Pak Malau tu memang famous dari dulu lagi. Even Trip Advisor said is a must dine place. The other three look awesome too. Thank you for sharing. Good post!

    ReplyDelete
  6. memang sedap ke semua restoran2 ni kan murni! lepas ni kalau pergi langkawi lagi dah tahu nak makan dekat mana :)

    ReplyDelete
  7. Lawanya view sunset Langkawi. Bilalah kite nak sampai sana. huhu. Btw mesti sedap semua tempat makan tu kan. Nanti boleh try bila singgah Langkawi.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulilah, so far ke langkawi, semua tempat makan ni dah pun di cuba, cuma lupa plak rasanya yang mana sedap dan kurang sedap, tapi semua memuaskan..

    ReplyDelete
  9. byk tempat menarik di langkawi kan.. x sabar nak bercuti dengan family.nanti

    ReplyDelete
  10. I wish I could teleport to Langkawi NOW so I can enjoy makan at Warung Upih Ikan Bakar Seafood huhu

    ReplyDelete