DESTINASI TARIKAN PELANCONG : PARADISE 101 LANGKAWI - PENGEMBARAAN ALONG MURNI (AM)

Friday, 19 November 2021

DESTINASI TARIKAN PELANCONG : PARADISE 101 LANGKAWI

 

DESTINASI TARIKAN PELANCONG

PULAU BUATAN : PARADISE 101 LANGKAWI

PLAY , RELAX &  REFRESH



AlongMurni dimaklumkan yang Pulau Langkawi memiliki 99 buah pulau semulajadi. Jadi ada dua buah pulau buatan yang dibangunkan menjadikan angkanya kini 101. PARADISE 101 inilah pulau ke 101 itu !! Asalnya dua buah pulau kecil yang terletak berhadapan Pantai Kok ini dibina sebagai perlindungan dari ombak Tsunami. Namun pulau yang ke 101 atau dikenali sebagai Paradise 101 Langkawi kini dijadikan tarikan terbaru di Langkawi. 




Dari Jeti 101 berhampiran Pelabuhan Telaga membawa AM menaiki bot dan dalam masa yang singkat menyeberang ke Paradise 101. Ini sebenarnya 5 minit perjalanan merentasi air. Paradise 101 ialah pulau tempat peranginan harian yang mesra alam yang membolehkan AM untuk meluangkan masa sepanjang hari dengan bersantai, berenang dan menikmati sukan air. Pulau itu sendiri berlatarbelakang yang indah iaitu kehijauan yang subur dari pulau utama dan sekeliling laut Andaman yang indah.




Pulau Buatan yang seluas 2 ekar dan dikelilingi oleh pantai berpasir putih, pokok casuarina dan pinoh yang tinggi, kemudahan resort siang hari, dan laut Andaman yang indah pastinya memukau pandangan untuk menikmati dan mengabdikan setiap kenangan di sini.

Bagi yang tak nak main atau nak relax and refresh kat ini ada banyak tempat menarik untuk berehat dan bersantai dan juga mandi laut. Untuk yang suka berOOTD pasti tidak melepaskan peluang kerana banyak props dan senibina yang menarik yang dicapture.





Kemudahan awam seperti surau dan juga bilik mandi dan tandas sangat luas dan selesa. Jadi kena sedia bawa pakai lebih untuk main aktiviti dah juga untuk bergambar. Namun nasib tidak menyebelahi kerana waktu kedatangan AM di Paradise hujan. Jadi tak semua aktiviti air dibenarkan kerana faktor ombak dan angin kuat.  AM Cuma sempat main permainan Aqua Park namun ada yang bermain Bola Tampar Pantai. Jadi agak riuh dan AM jadi pengadil perlawanan. Hehehehe..





RESTORAN PARADISE 101

Kebetulan semasa di sini turut sama meraikan sambutan hari lahir Manja yang merupakan ‘Org Kuat’ QTT Group PLT Sdn Bhd. Memang jadi detik kenangan yang terindah buat dua pasangan suami isteri kan..





Menu menu di sini memang menarik dan amat menyelerakan. Tengoklah Nasi Goreng Udang.. Selalunya Nasi menutupi udang tapi di Paradise 101 ini, Udang menutupi nasi yea.. Awas ya!!







Memang satu kenangan yang indah terabadi di sini. Terima kasih buat QTT Group Plt Sdn Bhd atas anjuran dan kerjasama oleh LADA, InterMedia Production Sdn Bhd dan LVTS Golden Travel.









8 comments:

Hamidah said...

wahh bestnyaa..

Fadima Mooneira said...

Oh wow!!!!!!!! Cantik nyer 101 Paradise nie. Looks like Langkawi has so many beautiful hotspots now. I miss traveling to Langkawi. Wish to travel there soon. Insya-Allah.

Eiza GreenAppleKu said...

Cantik la view 101 Paradise. Terutama udang yang menutupi nasi goreng tu. Mengoda sungguh gambar tu. Hahaha...

Bella Jamal said...

Rupanya pulau buatan ke 101! Menarikla! View cantik makan seafood pun sedap2. Tak sabar nak pi Langkawi!

Rawlins GLAM said...

Menariknya lokasi Paradise nie. Banyak betul tempat yang very insta-worthy dan nyaman. Next time kena singgah nie.

AyuArjuna BiGoshh said...

cantik tempat ni suka tgk.. and makanan dia terutama udang tu nampak sedap sangat

Kitkat Nelfei said...

Best la Paradise 101 ni! Teringin nak pergi juga maybe next Langkawi trip kena drop by sini la! Banyak tempat cantik utk bergambar kan! Activity pun best2!

Aisya Ismail said...

Tak pernah jemu pergi ke Langkawi.