DESTINASI PERCUTIAN EKSKLUSIF

 

DESTINASI PERCUTIAN EKSKLUSIF

PRIVATE CRUISE BY HERCULES MOTOR YACHT

Percutian AlongMurni (AM) di Langkawi tambah menarik dan bergaya bila berpeluang untuk menaiki Private Cruise. FAM Trip ke Langkawi adalah anjuran QTT Group PLT dengan kerjasama LADA, Inter Media Production Sdn Bhd dan LVTS Golden Travel. AM dimaklumkan sepanjang aktiviti di Private Cruise ini perlu mengikut tema Serba Putih. Jadi gigihla mencari baju putih lengan panjang untuk dipakai semasa di atas Private Cruise nanti.


ROYAL LANGKAWI YACHT CLUB MARINA.


Untuk makluman, ini merupakan pertama kali AM menaiki Private Cruise dan semestinya perasaan mengujakan jelas tergambar di wajah AM. AM dan team tiba di Royal Yacht Club yang diuruskan oleh Your Cruise Sensation. Terdapat beberapa pilihan pakej yang kita boleh pilih seperti Private Charter Cruise by Motor Catamaran & Private Charter Cruise by Manta Blu. AM menaiki Private Cruise by Hercules Motor Yacht.



Private Cruise ini dilengkapi dengan bilik air, bilik tidur, ruangan dapur dan pelbagai lagi. Dengan setinggi 2 tingkat setengah, memang boleh memuatkan sejumlah 30 orang.

AM menaiki cruise selama 4 jam menyelusuri dan mengelilingi beberapa pulau seperti Pulau Timun, Pulau Tuba dan juga Pulau Dayang Bunting. AM juga berkesempatan mengambil gambar Ketika Private Cruise melalui Dataran Lang.



Antara aktiviti aktiviti menarik yang boleh dilakukan sepanjang berada di atas Private Cruise adalah: Melihat pemandangan dan melayari pulau pulau cantik di sekitar Pulau Langkawi

  • Saltwater Jacuzzi
  • Lunch buffet / dinner buffet dengan pemandangan laut dan matahari terbenam
  • Bergambar sepuasnya di atas kapal yang cantik dan mewah
  • Berenang bebas di laut (Wajib memakai Jaket Keselamatan walaupun tahu berenang)

 


SALTWATER JACUZZI 

AM tidak melepaskan peluang untuk turut sama melakukan aktiviti saltwater Jacuzzi. Walaupun AM sangat takut dengan laut yang dah sah sah dalam kerana AM tidak tahu berenang namun perasaan yang mengujakan untuk mencuba aktiviti tidak dapat menghalang AM. Untuk melakukan aktiviti air ini adalah WAJIB memakai Jaket Keselamatan ya!



AM sedang memakai Jaket Keselamatan


Takut dan Cuak juga nak turun ke bawah nie!! Macam macam dalam kepala otak masa ini..
Takut jaring tak mampu menampung berat badan AM la, takut kapal senget la bila nak nak turun.. Haishhh..

Seawater Jacuzzi berkonsepkan ala-ala Jacuzzi. Jaring dipasang di belakang bot dan AM perlu turun untuk mandi dalam kawasan jaring tu. Disebabkan bot pun tengah bergerak, jadi akan ada arus masa AM mandi tu. Jadi la macam jarring bot tarik anak anak ikan terbaik!!

Jujur AM katakan, memang seronok boleh berjacuzzi ditengah lautan. Walaupun tidak pandai berenang, tapi sangat selamat untuk berada di jaring ini. Dah tak kisah walaupun kulit jadi legam AM rela.



macam macam ragam bila dah mula aktiviti Saltwater Jacuzzi

Dah penat buat aktiviti air semestinya rasa lapar kan?? Makanan yang disediakan pun memang sangat lazat! Tengoklah menu menu di bawah.. Bertambah-tambah nasi yea.


Lebih 4 jam menaiki pelayaran Private Cruise ini dan akhirnya cruise kembali ke jeti di Royal Langkawi Yacht Club. Sebaik tiba di Jeti, AM dan team sempat bergambar bersama kapten dan anak kapal.

 


Pengalaman menaiki Private Cruise ini memang seronok sangat! Pelayaran yang mewah dengan aktiviti yang cukup menarik. 4 jam menaiki pelayaran ini bagaikan tidak puas.  In shaa Allah, jika diizinkan ada kelapangan untuk datang ke Langkawi pasti AM menaiki Private Cruise bersama keluarga AM.





Post a Comment

5 Comments

  1. Wah tak sabar gaj nak pergi bercuti bulan 12 ni sebab anak cuti sekolah.... Yahooooo cepatnya masa berlalu 😹😹😹 menarik tu dapat naik cruise nak pijak pantai jugaaaa...

    ReplyDelete
  2. Bestnya saltwater jacuzzi tu. Tak pernah lagi cuba, tapi nampak macam extreme pulak, itu yang exciting hihi

    ReplyDelete
  3. canteknyaaa pemandangan .. suka tgk.. kena plan nak turun Langkawi dengan family

    ReplyDelete
  4. Seronok dpt bercuti di Langkawi, lps pkp ni barulah blh rentas negeri. Kak blm pernah lg naik private cruise, best dpt naik Your Cruise Sensation dan byk aktiviti yg disediakan

    ReplyDelete
  5. Rawlins tak kira - next time Rawlins nak ikut tau. Yang nie memang nampak very exclusive dan mewah tau.

    ReplyDelete