Terbang Bersama Firefly

 


TERBANG BERSAMA FIREFLY

#FireflyBeyondConvenience

MURAH, MUDAH DAN TERATUR



Setelah hampir 2 tahun terkurung dan tidak boleh merentas negeri, akhirnya AlongMurni (AM) menarik nafas lega kerana permasalahan Pandemik semakin berkurangan namun kita masih dalam tempoh berjaga jaga dan disarankan mengekalkan SOP yang telah ditetapkan.


Boleh dikatakan AM bersorak sakan apabila menerima jemputan untuk turut sama terlibat dalam FAM Trip ke Langkawi anjuran QTT Group PLT dengan kerjasama LADA, Rouhi Retreats, Inter Media Production Sdn Bhd dan LVTS Golden Travel.


Tertera di tiket penerbangan bahawa kami berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 23 Oktober 2021 pada jam 10 pagi dengan menaiki pesawat FY1576. Kami berkumpul 2 jam awal dan sempat bersarapan pagi sementara menunggu Kaunter Daftar Masuk yang akan dibuka pada jam 9 pagi.



DAFTAR MASUK


Sebelum ke kaunter daftar masuk, segala beg dan bagasi akan dilakukan pemeriksaan menggunakan mesin ‘scanner’ terlebih dahulu. DIINGATKAN powerbank dan seperti alatan elektronik TIDAK boleh diletakkan di dalam bagasi kerana dikhuatiri akan meletup jika diletak di ruangan bagasi pesawat. Jadi pegawai yang bertugas akan meminta mana-mana penumpang untuk mengalihkan barangan elektronik seperti powerbank. Barangan elektronik harusnya dibawa bersama, diletakkan dalam beg galas (Hand Carry) dan diletakkan di ruangan bersama penumpang.


Sebenarnya, Tiket dan wang pembayaran telah diuruskan oleh pihak penganjur. Jadi AM hanya perlu tunjukkan kad pengenalan dan status profile di MySejahtera. Diingatkan HANYA yang cukup 2 dos vaksin dan selesai tempoh matang 14 hari sahaja dibenarkan melakukan penerbangan. Selepas pengesahan dilakukan oleh pegawai yang bertugas, bagasi ditimbang dan ‘tagging’ diberikan pada setiap bagasi AM. Akhirnya pegawai menyerahkan boarding pass dan perlu terus ke Departure Hall.


AM di kaunter Daftar Masuk


The best thing tentang penerbangan Firefly ini ialah dapat 20kg bagasi percuma. Jadi tak perlu risau kerana harga tiket dah termasuk dengan berat bagasi yang mesti kurang dari 20kg.


Sebelum ke Departure Hall, AM perlu scan QR Code APM dan menyatakan butiran percutian sepanjang di Langkawi termasuk butiran tempat penginapan di sana. Maklumat yang telah diisi perlu ditunjukkan kepada pegawai JPAM sebaik tiba di Langkawi nanti. Kemudiannya sekali lagi pemeriksaan dilakukan oleh pihak Kastam melibatkan beg galas yang dibawa masuk dan ‘body check’ untuk tujuan keselamatan. Barangan seperti jam tangan, gelang, tali pinggang dan alatan elektronik hendaklah dibuka dan diletakkan di dalam bakul yang telah tersedia. Setelah ‘body check’ dilakukan barulah AM boleh memakai semula barangan yang diletakkan di dalam bakul tadi.


Jam menunjukkan 9.30 pagi apabila AM sampai di Departure Hall. Jadi AM perlu menunggu panggilan pesawat AM iaitu FY1576. Sementara itu, bolehla ke tandas dan berborak dengan blogger-blogger yang dah lama tak bersua.

Sempat berborak bersama dengan blogger Zharif bertanya khabar sepanjang PKP yang lalu


Tepat jam 9.50 pagi panggilan pesawat AM diumumkan dan AM diminta beratur mengikut seat yang tertera di Boarding Pass. Sekali lagi pegawai yang bertugas melakukan pemeriksaan kehadiran pada buku daftar masuk, seat number dan flight ticket dan dipastikan sama mengikut Kad Pengenalan AM. Malahan profile MySejahtera perlu ditunjukkan bahawa AM dibolehkan sebelum berlepas melalui boarding gate.

Pemeriksaan dilakukan oleh pegawai bertugas sebelum dibenarkan ke Boarding Gate


Teruja AM untuk menaiki flight Firefly


Wahhh.. AM sangat teruja melihat pesawat FY1576. AM bernasib baik dapat duduk di kerusi yang menhadap keluar tingkat pesawat. Rasa cuak tapi perasaan teruja mengatasi ketakutan yang datang. Masa pesawat nak berlepas, serius AM rasa takut sampai siap pegang ganggang kerusi kuat-kuat sambal pejam mata. Bila dah rasa pesawat dah stabil dan mula terbang di awangan barulah AM bukakan mata.

Nasib baik ada blogger Marou di sebalik. Kurang sikit takut naik flight


PEMANDANGAN DARI LUAR TINGKAP



Penerbangan ke Langkawi mengambil masa 1 jam 15 minit. Jadi sepanjang tempoh penerbangan, AM disajikan dengan  kudapan seperti Biskut Famos Amos, Kacang Masin Manis dan Air mineral. Layanan yang diberikan oleh pramugari yang bertugas memang tip top dan AM sempat beli cenderahati berupa klip Firefly untuk kenang kenangan AM bersama Firefly.


Kudapan dari Firefly


Alhamdulillah, AM selamat sampai ke Lapangan Terbang Langkawi pada jam 11.15 pagi. Penerbangan AM bersama Firefly memang beyond my expectation. AM sangat puas hati dengan penerbangan menggunakan Firefly. Walaupun harga tambangnya murah namun masih memberikan perkhidmatan dan servis terbaik. Segala mudah, teratur dan mengikut SOP yang telah ditetapkan. 


AM bergambar bersama pramugari Firefly

SYABAS FIREFLY!!

Kami juga masih menggunakan perkhidmatan Firefly untuk balik semula pada 28 Oktober 2021 dengan menaiki pesawat FY1577 pada Jam 11.35 pagi dan tiba pada 12.50 petang. Sepanjang 5 hari 4 malam di Langkawi, AM akan kongsikan di blog AM yang seterusnya yea..

 

AM bersama dengan blogger blogger lain telah selamat tiba.


Post a Comment

6 Comments

  1. Betul semoga percutian anda dapat memberi ketenaanga ya. Jangan lupa stay safe selalu. Naim tak berani lagi ke tempat awam yang ramai orang hehe

    ReplyDelete
  2. siap dapat kudap2 ya, bagus betul service firefly. dah lama tak naik firefly ni,

    ReplyDelete
  3. Meriah ye group ke Langkawi ni naik Firefly. Bestnya kalau dapat ikut - flight pun letups.

    ReplyDelete
  4. Seronok baca cerita AM naik firefly ke Langkawi. Details betul AM cerita. Terasa macam ada dekat sana juga dgn AM. Boleh lah nanti naik Firefly juga

    ReplyDelete
  5. Wah mantapla geng travel. Sonokla dah boleh berjalan ye. Kite blom pernah naik FireFly. Asik naik AirAsia aje. hehe.

    ReplyDelete
  6. i have never got the chance to fly with firefly but it looks so convenient and comfortable. siap ada in flight snacks lg!

    ReplyDelete