HOTEL PULSE GRANDE TAWAR 100 SAJIAN HIDANGAN MENARIK DAN ISTIMEWA - PENGEMBARAAN ALONG MURNI (AM)

Tuesday, 7 December 2021

HOTEL PULSE GRANDE TAWAR 100 SAJIAN HIDANGAN MENARIK DAN ISTIMEWA

 

HOTEL PULSE GRANDE 

TAWAR 100 SAJIAN 
HIDANGAN MENARIK DAN ISTIMEWA

MASAKAN MELAYU DAN ANTARABANGSA

PROMOSI WEEKEND BBQ & STEAMBOAT BUFFET DINNER

 


Baru-baru ini AlongMurni (AM) menerima undangan dan berkesempatan untuk mencuba menu-menu yang menarik dan istimewa di Hotel Pulse Grande, Putrajaya yang dahulunya dikenali sebagai Putrajaya Shangri-La Hotel. Hotel ini terletak di puncak bukit yang menghijau menghiasi Putrajaya sebagai Bandar Taman ‘Pintar’ Malaysia di abad ke-21 yang menempatkan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.



PALM HILL CAFÉ

 

AM menjamu selera di PalmHill Café yang terletak di Tingkat 1 Hotel Pulse Grande, Putrajaya. Terdapat pelbagai pilihan sajian berasaskan masakan melayu dan antarabangsa. Pihak Hotel Pulse Grande telah mengadakan promosi Weekend BBQ & Steamboat Buffet Dinner bermula pada 3 Disember 2021, dari 6.30 petang sehingga 10 malam pada setiap Jumaat dan sabtu.

 

Lebih 100 juadah yang telah disediakan khas oleh pasukan chef berpengalaman, Pulse Grande Hotel menawarkan pengalaman indah menikmati hidangan makan malam dalam kedamaian alam sekitar yang menghijau. Ini amat sesuai dengan konsep hotel ini yang berasaskan Hotel dalam Taman, Taman Dalam Hotel.

 

Uniknya untuk Weekend BBQ & Steamboat Buffet Dinner adalah boleh menjamu selera samada di bahagian luar (outdoor) ataupun bahagian dalam (Indoor). Jadi terpulang pada kita untuk menikmati sajian di dalam atau di luar Café namun ianya masih tertakluk pada SOP dan kekosongan tempat duduk.

 

OUTDOOR


pemandangan luar PalmHill Cafe di waktu siang

Pemandangan luar PalmHill Cafe di waktu malam

Untuk hidangan BBQ & steamboat diletakkan di bahagian luar. Bersebelahan dengan kawasan lapang dan pokok-pokok. Dikelilingi dengan warna redup kehijauan memang cantik dan sejuk mata memandang.

Antara menu-menu menarik Steamboat dengan pelbagai pilihan kuah dan aneka bahan adalah: 


Nampak menarik kan? sememangnya lazat dan sedap yea.. AM buat campuran bahan steamboat gunakan kuah sup.. Perghh.. terangkat abiss.. 


Sajian berkonsepkan Grill dan BBQ juga tidak kurang hebatnya. Ada ketam, udang, kerang, ayam, ikan, kambing dan bebola yang semestinya enak bila diadun bersama sos Blackpaper dan BBQ. 




INDOOR

Menu-menu di bahagian dalam PalmHill Cafe juga tidak kurang hebatnya. Memang meriah dengan kombinasi masakan Melayu dan Antarabangsa. 



Antara menu yang menjadi pilihan AM adalah Masak Lemak Ekor. Memang sedap bila cicah dengan roti.. Masak lemak Ekor ini cukup rasa dan kena dengan selera tekak AM iaitu Cukup Pedas, Cukup Lemak. Siap AM hirup kuah lagi.. 


KONSEP TERBUKA, SELESA DAN SELAMAT

Dalam satu masa boleh memuatkan sehingga 160 pax (sebelum PKP lebih 300 pax). Setiap pengunjung perlu menggunakan glove (sarung tangan disediakan) ketika mengambil makanan. Dan didapati juga untuk hidangan pencuci mulut memang telah diletakkan di pek individu. Hand sanitizer ada disediakan bagi memudahkan pengunjung membersihkan tangan mereka (atas faktor kebersihan dan juga pencegahan).

 

Untuk satu meja buffet hanya diterhadkan 6-7 pax (asal adalah 10 pax). Terdapat juga promosi untuk pengunjung yang menginap di hotel. Di mana pengunjung akan diberikan kupon Weekend BBQ & Steamboat Buffet Dinner secara PERCUMA.

 

Hanya RM110 nett/pax boleh menikmati pelbagai jenis makanan yang enak, lazat dan sedap pada setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula pukul 6.30 petang sehingga 10.00 malam. Pengunjung yang ingin mendapatkan info promosi terkini menempah atau sebarang pertanyaan, boleh menghubungi :

Tel : 03-8887 8888 / 010-228 5353 

 

9 comments:

Fadima Mooneira said...

WOW.... 100 Sajian tu! Menarik! memang makan sakan lah siapa yang bersinggah ke Pulse Grand. Thank you for sharing this awesome news.

The Foodie passport said...

I am really impressed with one hundred different dishes. Really looks good the roasted lamb. This one is surely a killer deal for buffet lovers who love to indulge in various types of food.

仙妮 said...

Wowo...the food selection so so good for all the guests, a good space for staycation & dining. Cheers Siennylovesdrawing

Izaramli said...

Banyaknya makanan yg disediakan. Semua pun nampak macam sedap je ni. Boleh try la nanti ajak family sekali. Kalau bulan puasa ni mesti meriah menu.

Aisya Ismail said...

Banyak nya menu!

AyuArjuna BiGoshh said...

pelbagai menu ditawarkan mmg rambang mata ya.. Semuanya nampak sedap dan menarik

Wai Yee aka Rane said...

really nice to enjoy all the yum food at PalmHill Café at level 1 Hotel Pulse Grande, Putrajaya.

Sunshine Kelly said...

Wow so many dishes to eat and all of them look so delicious.

camdandusler said...

good post 😊 would you like to follow each other? if the answer is yes, please follow me on my blog & i'll follow you back. https://camdandusler.blogspot.com