SUNFEET INTERNATIONAL REHAB CENTRE PAKAR PENJAGAAN KAKI - PENGEMBARAAN ALONG MURNI (AM)

Friday, 17 December 2021

SUNFEET INTERNATIONAL REHAB CENTRE PAKAR PENJAGAAN KAKI

 

SUNFEET INTERNATIONAL REHAB CENTRE : PAKAR PENJAGAAN KAKI

PAKAR ORTHOTICS DAN PROSTETIK DI MALAYSIA

 


Pastinya semua pernah mengalami gejala sakit pada tumit, gerbang, bebola kaki, bahagian atas kaki, tulang kering, buku lali, lutut, pinggul, punggung bawah, postur kaki yang lemah, anomali gaya berjalan dan keletihan kaki. Seharusnya kaki menjadi salah satu anggota badan yang harus dititikberatkan dan seharusnya diperiksa oleh yang pakar dan berkemahiran.

 

Kebanyakan orang tidak menyedari perkara ini, tetapi biomekanik yang lemah di kaki boleh menyebabkan lebih daripada sekadar sakit kaki malahan lutut, pinggul dan sakit belakang turut menerima dampaknya.

 

Sebelum ini AlongMurni (AM) pernah membuat pemeriksaan kaki di SUNFEET INTERNATIONAL REHAB CENTRE. Kali ini AM turut datang bersama dengan anak lelaki AM iaitu Rayyan. Rayyan kerap mengadu sering sakit kaki di bahagian kiri, mudah lenguh dan sakit apabila memakai kasut sekolah. Menariknya di Sunfeet International Rehab Centre ini, selain daripada pemeriksaan kaki secara PERCUMA adalah segala kemudahan teknologi dan kepakaran tersedia di sini. Antaranya adalah:


  • Foot Biomechanical Assessment & Gait Analysis
  • 3D Foot Scanning Analysis
  • 3D Plaster Cast & Measurement
  • One Pair Personalized 3D Custom Orthotics
  • FREE One Pair Healthy Orthotic Shoes
  • FREE Foot Corrective Exercise
  • FREE Foot Alignment Adjustment
  • FREE Follow Up Review
  • FREE Priority Appointment

 


Rupa-rupanya SUNFEET INTERNATIONAL REHAB CENTRE telah berpindah lokasi. Lokasi baru SUNFEET INTERNATIONAL REHAB CENTRE terletak di, Ground Floor Wisma Daju 5 No 21 Jalan Barat, 46200 Petaling Jaya Selangor. Nak senang Waze sahaja STARBUCKS PJ8. Lokasinya betul-betul bersebelahan dengan Starbuck PJ8.

 

Sebenarnya, pemeriksaan lanjutan Ortotik (Orthotics) kaki amat disyorkan oleh pakar apabila otot, tendon, ligamen, sendi atau tulang tidak berada dalam kedudukan berfungsi yang optimum yang akhirnya menjadi punca kesakitan, ketidakselesaan dan keletihan.

 

SUNFEET INTERNATIONAL REHAB CENTRE MENJADI PILIHAN AM

 

Semestinya SUNFEET INTERNATIONAL REHAB CENTRE menjadi pilihan AM kerana teknologi dan kemahiran yang terbukti serta pakar yang diiktiraf iaitu Dato Dr Edmund Lee, PhD (AS) yang merupakan PAKAR ORTHOTICS YANG TERKENAL DI ASIA. Beliau merupakan generasi ketiga keluarga pakar Orthotics dan Prostetik di Malaysia. Dr Edmund menamatkan empat tahun latihan ortotik dan prostetik di University of Salford, United Kingdom, dan bekerja di pelbagai jabatan ortotik di Stoke-on-Trent dan London, United Kingdom selama dua tahun. Beliau kembali ke Malaysia dan memulakan SUNFEET INTERNATIONAL REHAB CENTRE.


Beliau yang mudah mesra dengan kanak-kanak amat berkemahiran dalam rawatan diagnostik, keupayaan untuk menetapkan dan mereka bentuk ortotik dan prostetik untuk pesakit telah mendapat pengiktirafan daripada rakan-rakan perubatan yang lain.

 

Pada 2011, beliau tersenarai dalam The Prestige's Top 40 Under 40. Pada 2014, seterusnya mengiktiraf kerja dan sumbangan beliau kepada industri, masyarakat dan negara. Beliau menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), anugerah berprestij yang membawa gelaran rasmi gelaran Dato'.

 

Selain menjadi tetamu tetap di pelbagai rancangan radio dan TV, Dr Edmund juga telah menulis ruangan untuk The Health Today Magazine dan Parenting Magazine. Nama beliau juga sering dipaparkan dalam banyak akhbar popular The New Straits Times, The Star dan The Edge.

 

ORTHOTICS CUSTOM 3D PUNYA KELEBIHAN TERSENDIRI

 

Dr Edmund Lee 100% begitu komited terhadap tahap penjagaan dan kesihatan kaki. Beliau telah memperkenalkan ORTHOTICS CUSTOM 3D yang menjadi medium peranti daripada gambaran tiga dimensi bagi kaki seseorang dan juga diperbuat daripada bahan material yang sesuai dengan keadaan individu itu. Ia dibuat khusus untuk menangani keadaan struktur atau fungsi kaki yang membawa kepada permasalahan kaki yang rosak dan corak gaya berjalan yang tidak normal dengan memberikan sokongan, kestabilan dan keseimbangan. Ia adalah peranti boleh tanggal yang boleh dipindahkan antara kasut.

 

 

Lebih lama seseorang menggunakan dan memakai ORTHOTICS CUSTOM 3D, lebih banyak faedah yang akan dapat daripadanya. Antaranya adalah:

 

  • Memberi sokongan pada kaki bagi menampung berat dan memberi keyakinan kepada pemakainya.
  • Memperbaiki kecederaan sukan kronik dan akut.
  • Meningkatkan pengagihan berat badan dan postur.
  • Optimumkan kesesuaian dan keselesaan kasut serta menyerap hentakan.
  • Ubah kedudukan fungsi kaki yang tidak normal untuk membetulkan banyak penyakit kaki biasa atau mengelakkannya daripada menjadi lebih teruk.
  • Bantu kaki si kecil (anak) membesar dalam kedudukan yang lebih neutral atau sejajar secara anatomi.
  • Menghilangkan sakit pinggang akibat ketidaksamaan panjang kaki.

Malahan di SUNFEET INTERNATIONAL REHAB CENTRE juga terdapat Insole yang dibuat khas berfungsi untuk menjajarkan semula kaki untuk akhirnya melegakan kesakitan sewaktu melangkah berjalan. Jenis kasut Ortotik yang bersesuaian berfungsi untuk menyokong struktur dan mekanikal kaki dengan mengurangkan fungsi kaki yang tidak normal, menampung kecacatan kaki dan meningkatkan keberkesanan insole ortotik.

 

PROMOSI BACK TO SCHOOL

Sekarang tengah ada promosi ‘Back to School’ di Sunfeet International Rehab Centre iaitu setiap pembelian kasut dan barangan ada potongan 20% sehingga 30%. Memang menarik kan? Jom sama-sama buat pemeriksaan kaki untuk anak-anak dan dapatkan barangan di sini dengan potongan harga yang berbaloi dan menarik.

 

Lokasi: Sunfeet International Rehab Centre, Ground Floor Wisma Daju 5 No 21 Jalan Barat, 46200 Petaling Jaya Selangor. Waze: Starbucks PJ8

Facebook: https://www.facebook.com/sunfeetinternational

Instagram: https://www.instagram.com/sunfeetinternational/



7 comments:

Rawlins GLAM said...

Rawlins pun kena pergi gak nie untuk check keadaan dan kesihatan kaki. Mana tau ada masalah yang sendiri tak sedar kan. Boleh kita cegah dari awal.

The Foodie Passport said...

Wah, this place offers high-tech for shoes. Interestingly these shoes, where it can affect the health of the person. Indeed prevention is the best method. Thanks for sharing such a good article.

Fadima Mooneira said...

This is a good service. And I need to check my foot. Dah lama x check kaki. Thank you for sharing this review with me.

halimah muhiden said...

Kak pun pernah dtg SUNFEET INTERNATIONAL REHAB CENTRE ni, mmg jdg2 kaki kita ada masalah, vuma kita jer yg tak tau, bila dah dtg ke sini baru tau apa madalah kaki kita dan cara utk pulihkan kaki yg bermadalah

Sunshine Kelly said...

Congrats to SUNFEET on your new outlet opening, i like their services too.

AyuArjuna BiGoshh said...

best sangat sbb dapat buat.pemeriksaan kaki secara percuma. design kasut cantik dan selesa

Kitkat Nelfei said...

This Sunfeet offers is really interesting ya! Siap FREE screening and can get FREE correction products some more.. good initiative to promote healthy foot care products to the community. Kena pergi ni...