FILEM DOKUMENTARI SITI: ARE YOU READY? PUNYAI KEUNIKAN TERSENDIRI

 

FILEM DOKUMENTARI 

SITI: ARE YOU READY? 

PUNYAI KEUNIKAN TERSENDIRI

DATO’ SRI SITI NURHALIZA ON TOUR – LIVE IN CONCERT

 

Pasti ada yang turut sama menonton Konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada 2019 yang turut menjadi fenomena LUAR BIASA dan Konsert ini telah mendapat sambutan hebat daripada peminat dan pencinta muzik serta ulasan positif dari pihak media setiap negara. Ini ekoran, semua aspek melibatkan penghasilan konsert baik sebelum, semasa dan selepas konsert menjadi keutamaan bagi menghasilkan sebuah konsert yang berprestij, bertenaga dan meninggalkan kesan tersendiri buat para peminat.

 

AlongMurni (AM) berpeluang untuk turut sama hadir di Red Carpet dan Tayangan Perdana Filem Dokumentari Siti: Are You Ready? yang ditayangkan di Dadi Cinema, Pavilion pada 22 Disember 2021. AM berasa sangat teruja dan kagum melihat hasil daripada Filem Dokumentari Siti: Are You Ready?. AM kongsikan serba sedikit pandangan dan keunikan yang terdapat dalam DokuFilem ini.

 

Siti: Are You Ready? merupakan sebuah filem dokumentari berdurasi 80 minit yang menampilkan detik di atas dan di belakang pentas, persembahan langsung serta “Untold Story” sepanjang jelajah Konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza on Tour (SNOT) di tiga buah negara iaitu Indonesia (Jakarta), Singapura dan Malaysia (Kuala Lumpur).

 



Dato’ Sri Siti Nurhaliza on Tour – Live In Concert ialah gabungan rakaman tiga destinasi yang difilemkan di hadapan sekitar 20,000 para peminat sepanjang konsert jelajah berlangsung di Jakarta, Singapura dan Kuala Lumpur pada 2019. Konsert tersebut berlangsung dengan jayanya pada 21 Februari 2019 (Istora Senayan, Jakarta), 2 Mac 2019 (Singapore Expo, Singapura) dan 16 Mac 2019 (Axiata Arena, Kuala Lumpur).

 

KEUNIKAN FILEM DOKUMENTARI ‘SITI: ARE YOU READY?’

Filem ini mengangkat sudut pandang seorang isteri, ibu dan penyanyi dalam kehidupan seharian serta memaparkan perjuangan beliau berlawan dengan diri sendiri serta kebimbangan yang dilaluinya menuju ke hari konsert. Beliau kembali bangkit meneruskan rutin sebagai penyanyi selepas cuti bersalin lalu muncul di pentas berskala besar. Dan pastinya konsert tersebut meninggalkan memori dan kesan sentimental yang bukan sedikit buat Siti dan para pencinta penyanyi kesayangan ramai ini di dalam Dokufilem Siti: Are You Ready?.

 

Konsert yang dilaksanakan bersempena 23 tahun penglibatan beliau di dalam industri ini mempamerkan kekuatan mental dan stamina sewaktu beraksi di atas pentas selepas melahirkan cahayamata sulungnya, Siti Aafiyah.

 

Segala pengalaman bersama para peminat dan rombongan konsert jelajah ini dikongsi dalam filem dokumentari ini. Dari sekecil-kecil persediaan hinggalah sebesar apresiasi peminat dan pecinta seni, semua dipaparkan dalam filem yang diterbitkan oleh Shiraz Projects dan Siti Nurhaliza Productions ini.

 

Menampilkan dua anak muda dengan jiwa besar sebagai pengarah, Siti: Are You Ready? mempamerkan kebolehan luar biasa M.Azhar Rot dan Anz Izwan memikul tanggungjawab sebagai pengarah filem ini. Kebolehan dua pengarah muda ini bukan sahaja boleh dilihat dengan mata kasar melalui sinematografi serta visual yang diambil namun lebih bermakna lagi apabila mereka bijak mengambil jiwa dan rasa di sepanjang pembikinan konsert ini berlangsung. Ini semua bakal dirasakan melalui filem ini. Sempat mengalir air mata semasa menonton preview di malam gala. Penuh jiwa dan rasa!

 


Pengarah Filem Dokumentari Siti:Are You Ready?
M. Azhar Rot dan Anz Izwan

Aspek dokumetari yang paling menarik apabila Siti Nurhaliza menonjolkan kecintaan yang tulen dan tidak berbelah bahagi terhadap muzik dan kehidupannya. Buat pertama kalinya, beliau mendedahkan segala-galanya di hadapan kamera. Semua yang dipaparkan dalam filem dokumentari ini adalah situasi sebenar, bukannya lakonan. Banyak juga keringat dan air mata yang tumpah ketika menganjurkan konsert SNOT ini.

 

Jangan lupa saksikan filem dokumentari Siti: Are You Ready? - Live In Concert yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 30 Disember 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dijual secara kombo pada harga RM19.90, penonton berpeluang menonton konsert SNOT yang akan menyusul sejurus filem dokumentari selesai secara berulang-ulang selama 48 jam (2 hari). Buat peminat Siti Nurhaliza yang berada di luar Malaysia dan Brunei anda boleh melanggan di platform Vimeo on Demand bermula 30 Disember 2021 dengan harga USD4.99.

 

SUMBANGAN DATO’ SRI SITI NURHALIZA KEPADA MANGSA BANJIR

Menyentuh isi permasalahan banjir yang tengah melanda Malaysia baru-baru ini, Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut menyatakan bahawa sebahagian daripada hasil langganan di Astro First dan Vimeo on Demand akan disalurkan kepada mangsa banjir melalui badan kebajikan terpilih. Jumlah sumbangan belum ditetapkan kerana bergantung kepada jumlah kutipan.

Post a Comment

7 Comments

  1. Nampak menarik ye dokumentari ni sebab Siti ada. Usaha yang baik juga kalau derma kat mangsa banjir.

    ReplyDelete
  2. can't wait to watch this. have always been curious to see what goes on in her personal life!

    ReplyDelete
  3. Sapa yg tidak suka Siti, bila ada dokumentari tentu peminat2 Siti suka dan menderma

    ReplyDelete
  4. Dulu nak beli tiket, tapi tiket habis! Tak dapat tengok live, dapat tgok dkt TV pun jadilah hehe :)

    ReplyDelete
  5. Wow best nyer! mesti ramai peminat tok ti akan support termasuk kita juga.

    ReplyDelete
  6. Wahh cerita tentang Tokti, mesti satu Malaysia pun nak tengok kan.

    ReplyDelete
  7. ni yang dekat astro first tu kan? teringin nak subs. kalau siti nurhaliza, confirm tak akan menyesal punya!

    ReplyDelete