RICHWORKS ‘BUKA JALAN’ USAHAWAN KEKAL KUAT HADAPI TAHUN 2022

 

RICHWORKS ‘BUKA JALAN’ USAHAWAN KEKAL KUAT HADAPI TAHUN 2022


Awalnya AlongMurni (AM) dapat melihat permulaan tahun 2022 mampu memberi sinar cahaya kembali kerana kejayaan negara mengekang penularan wabak COVID-19 yang meragut ribuan nyawa rakyat Malaysia dan jutaan penduduk di seluruh dunia mula menampakkan hasil.


Bagaimanapun dek kealpaan kita, negara hingga kini masih dibelenggu wabak COVID-19 dan jangkitan terus kekal mencatat ribuan kes sehari.


Malangnya belum sempat AM menarik nafas lega, Malaysia telah dikejutkan dengan tragedi banjir amat buruk. Terdapat beberapa kawasan masih lagi ditenggelami air dan ada juga kawasan sudah surut serta memasuki fasa pasca banjir. Namun dalam masa yang sama, AM terkesan dengan semangat waja dari rakyat Malaysia yang turut sama mengembleng tenaga menghadapi musibah bersama-sama. AM rasa bangga menjadi Rakyat Malaysia.


Baru-baru ini pula, AM dengar tentang kenaikan harga barangan. Semakin bertambah kos sara hidup dan cabaran di tahun 2022 ini. 




Kali ini AM ingin kongsikan satu platform yang mampu membuka jalan usahawan untuk terus bangkit dan kuat mental dalam perniagaan.


Nama RichWorks semestinya tidak asing lagi di kalangan para usahawan yang telah berjaya. RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.



Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Datuk Wira Dr Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE.


Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring yang berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6 - 24 bulan.

 

PERIHAL DATUK WIRA DR AZIZAN OSMAN


Datuk Wira Dr Azizan Osman merupakan seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat results dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta.


Visi Dr Azizan Osman hari ini adalah

  • Untuk mengurangkan kadar kemiskinan di dunia
  • Meningkatkan pendapatan setiap isi rumah kepada lebih RM200 ribu setahun
  • Mewujudkan legasi 100,000 jutawan pada tahun 2030


BERITA BAIK DAN MENARIK BUAT USAHAWAN


Serba sedikit perkongsian dari DATUK WIRA DR AZIZAN OSMAN


"Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.


Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini. Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.


Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup. Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran. Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?


Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa. Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'! Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini. Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.


Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang. Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.


Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli. Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'. Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.


Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat? Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi. Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan."


Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada Ahad ini, pukul 8 pagi.


Jom sama-sama sertai dan boleh klik di Saluran Telegram Azizan Osman Official

https://bit.ly/vcdwdao


 

Post a Comment

0 Comments