RESTORAN IN COLONIAL MENYAJIKAN MENU YANG PREMIUM, BERKUALITI DAN TERBAIK

 

RESTORAN IN COLONIAL MENYAJIKAN MENU YANG PREMIUM,  BERKUALITI DAN TERBAIK


MUSLIM FRIENDLY HIDANGAN ORIENTAL DAN BAHAN TERPILIH

 



Mesti ramai yang suka makan masakan Cina Muslim kan?? AlongMurni (AM) pun suka makan dan cuba pelbagai jenis masakan Cina Muslim terutama sekali Dim Sum. Kalau kat KL memang susah nak cari Restoran yang menyajikan masakan Cina MUSLIM FRIENDLY. Kali ini AM nak kongsi lokasi yang AM terjah dan cuba sendiri menu masakannya. Lokasi Restoran In Colonial ini terletak di  Lot G13, The Intermark, 348 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur. Nak datang sini pun mudah. Boleh parking di dalam bangunan The Intermark atau menggunakan kemudahan awam iaitu LRT. Dari lokasi LRT Ampang Park ini mengambil masa 2 minit berjalan kaki ke The Intermark.

 

Di Restoran In Colonial ini menawarkan pelbagai masakan mengikut citarasa Cina Malaysia. Restoran ini telah beroperasi sejak tahun 2014 dan ianya telah diambil alih sepenuhnya oleh Pasangan Kapten Jaffar dan isteri Puan Latifah pada tahun 2020. Kapten Jaafar merupakan seoarang juruterbang senior yang cukup berpengalaman dan beliau sehingga kini masih berkhidmat sebagai juruterbang bersama Singapore Airlines.

 



Menu masakan di sini berkonsepkan santapan mewah dan AM dapat merasakan suasana era penjajah British dalam suasana yang aman dan selesa. In Colonial menawarkan pengalaman makan yang sesuai dengan tradisi masakan Barat-Cina. Kebanyakan menu yang direka mempamerkan hidangan Oriental dengan sentuhan pengaruh British dan Cina.

 

AM dimaklumkan oleh Chef Shamsul bahawa Restoran In Colonial sentiasa memastikan pelanggan yang datang menjamu selera mendapat rasa terbaik dan paling tulen daripada banyak masakan Cina Halal popular yang ditawarkan dengan menggunakan hanya bahan-bahan yang paling segar dan berkualiti.

 



Kapasiti ruangan di sini boleh menempatkan sehingga 150 orang pada satu satu masa. Kalau nak tahu kebanyakan pelanggan yang datang ke sini terdiri daripada orang yang bekerja di kawasan sekitar The Intermark ini. Tidak hairanlah jika waktu makan tengahari Restoran In Colonial ini dah FULL HOUSE tau!! Masakan yang sedap dan berkualiti pasti ramai yang akan datang berkunjung.

 

MENU SAJIAN MASAKAN RESTORAN IN COLONIAL


Restoran InColonial menggunakan bahan yang dijamin 100% bahan halal dan paling penting setiap hidangan yang disediakan adalah 'homemade' disediakan sendiri dalam keadaan segar dan berkualiti oleh Chef-chef di sini.

 

Bagi memberi kepuasan dan memenuhi permintaan pelanggan yang datang, Restoran In Colonial ini memperkenalkan hidangan Dim Sum dan Pao sebagai menu baru. Bagi AM setiap Dim Sum dan Pao yang disajikan di sini amat berkualiti dan premium yang terdiri daripada bahan-bahan yang segar dan bermutu tinggi.

 


PELBAGAI JENIS HIDANGAN DIM SUM DAN PAO PREMIUM 



Antara menu-menu menarik yang sempat dan AM cuba adalah:


MASAKAN KULIT LEMBU /BABAT




Nampak biasa tapi bila sekali mencicipinya pasti terasa betapa padunya rasa babat (kulit lembu) ini. Dengan aroma yang menarik dan paduan rasa Manis, Pedas dan Masam membuatkan AM rasa WOW!!!


MASAKAN SOTONG DAN KEPAK AYAM

Kombinasi rasa Kepak dan Sotong yang di 'stim' dengan pelbagai perisa namun mengekalkan kemanisan daging ayam dan sotong sesuai dimakan tak kira bangsa dan usia. Kanak-kanak pasti suka dengan keenakan dan kelembutan daging ayam ini.


FU CHOK ROLL DAN CRISPY WANTAN

Terasa betapa premium bahan-bahan yang terdapat di dalam Fu Chok dan Wantan ini. AM sangat suka.. Rasa makanan yang ada kelas dan berkualiti.


SPRING ROLL SEAFOOD


IN COLONIAL KAKI AYAM



Bukan sebarang rupa yea.. Kalau rasa sekali pasti nak lagi. Di samping Kaki Ayam yang terkenal dengan khasiatnya yang mempunyai Kolagen, paduan rasa yang enak kerana ianya digoreng dan di 'Stim' lagi pasti memberi rasa yang sangat Istimewa.


NASI GORENG ISTIMEWA IN COLONIAL

Rasa Nasi Goreng Istimewa ini memang betul betul memukau rasa. AM sangat suka rasanya kerana Nasi Goreng ini padat dengan aroma dan rasa Seafoodnya. Memang Highly Recommended yea bagi sesiapa yang ingin berkunjung dan menjamu selera di In Colonial


BUBUR AYAM



CRISPY YEE MEE SEAFOOD


Yang ini juga merupakan salah satu menu yang Highly Recommended.. Pasti AM akan datang semula untuk menjamu selera bersama-sama Client dan En Boss. 


KO TEOW DAGING (HONG KONG SYTLE)





Menarik untuk EDISI kali ini, kepada yang berminat untuk datang menjamu selera di sini, Kalau korang boleh guna Promo Kod : InCoAlong dan berpeluang untuk mendapat Diskaun Harga sebanyak 10%.

 

Untuk pertanyaan lanjut dan untuk sebarang tempahan menu dan sajian di Restoran In Colonial

boleh hubungi atau Whatsapp ke nombor +6012 7849033

 

 

Barisan Duduk : Kiri (Chef Shamsul), Kanan (Dato Syed Isa - Consultant)
Barisan Berdiri : Para Blogger dan Online Portal

Post a Comment

4 Comments

  1. Nampak tempat ni pun selesa dan memang makanan yang dihidangkan ni kena dengan saya. Saya peminat makanan cina. Nak makan makanan cina ni kena cari yang halal baru la tak ragu nak makan.

    ReplyDelete
  2. Woah... look at the dimsums and spring rolls. I just read a review about this restaurant 2 days ago on someone's blog. This restaurant has a lovely ambiance. I wish to dine here someday. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  3. Kenapa AM pergi tak ajak Rawlins? Rawlins memang hardcore fan chinese food.

    ReplyDelete
  4. Wau... byk menu2 yg menarik, kak pun suka dgn masakan Cina Muslim mmg sedap, nama pun unik dan cantik tempatnya, byk hidangan dia

    ReplyDelete