LKE Semarakkan Industri Durian Negara

 

LKE SEMARAKKAN INDUSTRI DURIAN NEGARA


PROGRAM LEGASI PERKONGSIAN DURIAN YANG PATUH SYARIAH - NANASX
 


Sektor pertanian berkembang dengan positif sejajar dengan limpahan ekonomi pertanian melalui peluang menembusi pasaran global yang semakin mendapat permintaan tinggi. Antara tanaman yang kini mendapat perhatian dalam pasaran tempatan dan luar negara adalah Raja Buah iaitu Durian yang turut disebut sebagai sumber kekayaan baharu negara.


Kali ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk hadir dalam Majlis Perasmian Program Legasi Perkongsian Durian Patuh Syariah yang pertama LKE Musang Queen yang dinamakan Phase 5: NanasX yang bertempat di LKE Green Tech Farm, Bentong, Pahang. 




Sempena program ini, LKE Group Sdn. Bhd (LKE) bekerjasama dengan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TARUC) demi menjalankan kajian terhadap kaedah yang paling efektif untuk membesarkan dan menjaga pokok durian secara saintifik sebagai usaha untuk meningkatkan industri dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi ideal untuk pengeksportan durian secara global.



Dengan peningkatan permintaan untuk durian premium, AM dimaklumkan pihak LKE Musang Queen membolehkan para rakan kongsi mengakses pasaran melalui tanah pegangan bebas seluas 200 ekar mereka. Projek ini mempunyai 20 fasa, dengan setiapnya mempunyai saiz yang berlainan dan kepelbagaian durian premium. Ini hanya dibolehkan kepada bakal rakan kongsi setelah pokok di dalam kawasan terbabit mencapai usia 1 tahun atau lebih dan mempunyai infrastruktur yang secukupnya. Ini menunjukkan ketelusan dan pada masa yang sama mengurangkan risiko yang diambil para rakan kongsi.


Dengan pelancaran ‘Phase 5: NanasX’ yang menghasilkan durian Blackthorn dan Musang King di kawasan seluas 5 ekar, Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan LKE Group Sdn. Bhd., Encik Jeremy Chin mengumumkan komitmen syarikatnya untuk mempamerkan kebolehpercayaan dengan mematuhi undang-undang syariah.


Mr. Jeremy Chin, Co-Founder and Managing Director of LKE Group Sdn. Bhd.


Beliau berkata, “Di LKE, kami telah mengambil pelbagai langkah untuk membina kredibiliti dan ketelusan di dalam operasi, antaranya adalah pematuhan syariah. Saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa LKE Musang Queen adalah program perkongsian durian legasi patuh syariah yang pertama di Malaysia, sekaligus memberi kelebihan kepada para rakan kongsi kami.”


“Kami sentiasa mencari cara untuk menambah baik masa depan kami, kerana semua projek kami memberikan tumpuan terhadap kelestarian dan inovasi. Satu lagi aspek yang memberi manfaat kepada rakan kongsi projek LKE Musang Queen adalah LKE Legacy Plan. Dibangunkan di atas tanah pegangan bebas, rakan kongsi dibolehkan untuk mewaris pegangan mereka kepada ahli keluarga yang lain untuk meraih pulangan yang lumayan pada masa akan datang,” tambah beliau.


LKE turut mengumumkan kerjasama bersama TARUC untuk menjalankan program kajian menggunakan sampel tanah untuk menyelidik kesan pembolehubah terhadap perkembangan dan kesihatan pokok durian. Melalui program ini, LKE berniat untuk memahami dengan lebih menyeluruh kaedah saintifik yang terbaik untuk membesarkan dan menjaga pokok durian dengan harapan untuk menemukan kaedah baru sekaligus membangunkan industri secara menyeluruh. Dengan ini, Malaysia mampu untuk memenuhi permintaan durian untuk pasaran global secara efektif, di mana ianya dijangka mencecah USD30 billion menjelang 2025. 


YBhg. Dato’ Zahimi bin Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian juga turut berkongsi keyakinan dan kepercayaan bahawa adaptasi teknologi pertanian moden di sepanjang rantaian nilai dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran buah durian tempatan untuk pasaran global. Pendekatan yang dilaksanakan oleh LKE bertepatan dengan sinergi pintar bagi memacu pembangunan ekosistem pertanian lestari melalui kerjasama erat antara jabatan, institusi pengajian tinggi dan pihak swasta yang dapat memaksimumkan nilai kemampanan ekonomi sektor agromakanan negara.


YBhg. Dato’ Zahimi bin Hassan, Director-General of Agriculture (DOA)


Beliau turut menyatakan pengeksportan buah durian dari Malaysia telah berjaya menembusi pasaran pelbagai negara seperti China, Taiwan, Korea, Australia, New Zealand, USA, Singapura, Vietnam dan Jepun. Jika dibandingkan, nilai eksport durian pada tahun 2015 bernilai 64.9 juta ringgit dan telah meningkat kepada 74.2 juta ringgit pada tahun 2020. Menariknya, permintaan global industri durian dianggarkan bernilai 30 bilion USD menjelang tahun 2025.





Malahan AM turut merasakan pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) yang diperkenalkan membuktikan Kerajaan sangat prihatin terhadap hasil pengeluaran yang selamat dan berkualiti dengan mengambilkira kebajikan pekerja serta memelihara alam sekitar. Kombinasi elemen myGAP dan Garis Panduan Pembangunan Durian di Tanah Bercerun yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian dapat membantu pengusaha mengurangkan risiko bencana dan seterusnya mengusahakan tanaman durian secara lestari.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://www.lkegroup.com.my/lke-musang-queen/.

 





Post a Comment

2 Comments

  1. Unik pulak event ni. Macamana nak merancakkan industri durian dalam negara. Boleh tarik juga pelancong tempatan. Kalau pelancong luar selalunya kurang sikit dengan durian ni sebab bau kuat.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah, usaha sebegini akan merancakkan industri pertanian negara dan sekaligus menambahkan pendapatan negara dan peluang pekerjaan bagi warga tempatan.

    ReplyDelete