Hari ASMA Sedunia 2020 Beri Pendedahan dan Informasi Kepada masyarakat

 

HARI ASMA SEDUNIA 2022

MENUTUP JURANG DALAM PENJAGAAN ASMA

BERI PENDEDAHAN DAN INFORMASI KEPADA MASYARAKAT.
 


Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk hadir ke Majlis Persidangan Hari Asma Sedunia 2022. Persidangan yang dianjurkan oleh ASTHMA MALAYSIA ini bertempat di Pusat Persidangan dan Acara Connexion, Kuala Lumpur. Persidangan ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan bertepatan dengan sambutan memperingati Hari Asma Sedunia tahun ini.

 

Ia juga merupakan gabungan kerjasama antara Persatuan Thoracic Malaysia (MTS),Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA), Persatuan PerubatanMalaysia (MMA), Persatuan Ahli Farmasi Malaysia (MPS), AstraZeneca Malaysia dan Novartis Malaysia. Persidangan yang diadakan separuh hari ini bertujuan membincangkan cabaran dan penyelesaian dalam menangani jurang dalam penjagaan asma di Malaysia selaras dengan tema Hari Asma Sedunia tahun ini iaitu MENUTUP JURANG DALAM PENJAGAAN ASMA.

 



Di Malaysia, terdapat hampir dua juta pesakit asma. Penyakit respiratori merupakan punca kematian kedua di hospital-hospital Kementerian Kesihatan. Kekurangan pengiktirafan asma sebagai bidang tumpuan dalam agenda penjagaan kesihatan negara telah disebut sebagai salah satu halangan utama dalam membolehkan akses awal dan adil diberikan kepada diagnosis dan rawatan berpandukan bukti dalam kalangan pesakit asma di negara ini.

 

Menerusi persidangan ini, pakar penjagaan kesihatan, wakil pesakit dan rakan industri berkumpul untuk meneroka potensi menjadikan asma sebagai bidang keutamaan penyakit tidak berjangkit (NCD) utama di Malaysia. Selain merasmikan pelancaran semula laman web rasmi Asthma Malaysia, YB Khairy turut menyaksikan majlis menandatangani ikrar oleh pelbagai pihak bagi menyatakan komitmen bersama mereka dalam meningkatkan penjagaan asma di Malaysia.

 



Beberapa siri ceramah dan dialog telah diadakan pada sebelah pagi yang diketuai oleh beberapa pakar perubatan dan wakil pesakit, dimana dapat disimpulkan bahawa terdapat keperluan campur tangan yang lebih besar terhadap penyakit asma di Malaysia bagi membendung penderitaan dan beban kewangan oleh pesakit akibat daripada asma mereka yang tidak dikawal dengan baik.

 

Dari sesi ceramah dan dialog yang AM hadiri, AM dapat simpulkan Punca kepada permasalahan Asma adalah kerana kurangnya pendedahan dan ilmu pengetahuan tentang cara-cara mengatasi dan menghadapi situasi ketika asma melanda. Walau bagaimanapun, faktor risiko yang kuat telah dikenal pasti. Ini termasuk :

  • ·         Kecenderungan genetik.
  • ·         Obesiti
  • ·         Jantina

·   Pendedahan alam sekitar kepada bahan dan zarah yang disedut cth. debunga, kulat spora dan zarah hama habuk (faktor alahan).

  • ·         Jangkitan pernafasan virus.
  • ·         Penyedutan asap atau bahan kimia di tempat kerja (bukan faktor alahan).
  • ·         Diet
  • ·         Tekanan

 

Antara Panel, Pakar Perubatan dan wakil pesakit yang turut hadir dalam sesi ceramah dan dialog

MENGENAI ASTHMA MALAYSIA


Asthma Malaysia adalah sebuah pertubuhan yang bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk menjadi sumber yang boleh dipercayai tentang asma, untuk meningkatkan kesedaran terhadap piawaian penjagaan terbaik dan untuk memperkasakan pesakit dalam pengurusan asma mereka.

 



Asthma Malaysia berusaha untuk menjadi portal bagi penyakit asma yang terulung di Malaysia dengan harapan untuk memperkasakan pesakit dan menjadikan mereka lebih berpengatahuan. Asthma Malaysia juga berhasrat untuk memastikan penjagaan asma di Malaysia standing dengan yang terbaik di dunia dengan harapan untuk mengurangkan penderitaan dan kematian yang dikaitkan dengannya.

 

Asthma Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah pertubuhan yang terlibat secara proaktif dalam kempen penyelidikan dan promosi untuk meningkatkan kesedaran terhadap asma di Malaysia.

Post a Comment

0 Comments