MARRYBROWN SATUKAN RASA TERIYAKI DAN WASABI

 

MARRYBROWN SATUKAN RASA TERIYAKI DAN WASABI

MENU OISHII JAPAN JADI PILIHAN
 

MARRYBROWN OISHII JAPAN

Kali ini AlongMurni (AM) berpeluang hadir ke Majlis Pelancaran Marrybrown bagi memperkenalkan menu terbaharu iaitu Oishii Japan. Dengan menyatukan rasa Teriyaki Wasabi, ianya boleh didapati di cawangan Marrybrown di seluruh negara mulai sekarang sehingga 7 Ogos. Malahan Marrybrown Oishii Japan membawa kejutan unik dalam setiap hidangan Oishii.


Selama lebih 40 tahun, Marrybrown telah gigih berusaha untuk menghidangkan "something different". Sementara itu, kempen Around the World merupakan inisiatif Marrybrown untuk menyediakan dan membawa variasi menu dari serata dunia kepada para pelanggan seperti Korea, Thailand dan Itali. 

 

MENU OISHII JAPAN

 


Menariknya adalah setiap menu hidangan Oishi disertakan Air Sakura Fizz berwarna merah jambu, menggambarkan keindahan pokok bunga sakura. Hidangan istimewa ini membuatkan AM seolah-olah berada di Jepun, berjalan-jalan di kota Tokyo sambil menjamu selera dengan pemandangan indah bunga sakura.

 

SET BURGER OISHII (COMBO)



Set Burger Oishii ini sangat esklusif dengan harga yang berbaloi kerana Kombo Burger Marrybrown Oishii ini didatangkan dengan Burger Oishii, potato wedges dan Air Sakura Fizz dengan harga bermula dari RM 15.30. Burger Oishii yang berwarna merah jambu ini sangat padat rasanya dengan kepingan ayam goreng yang disalut dengan Sos Teriyaki dan Wasabi. Memang padu tau!!

 

SET 2 PC OISHII CHICKEN (COMBO)

 


Ayam Goreng Marrybrown memang tidak lagi disangkal keranggupan dan keenakannya. Namun dengan paduan rasa Sos Teriyaki dan Wasabi tambah memberi ‘KICK’ bagi setiap gigitan. Menu ini disertakan 2 ketul Ayam Oishii yang diringi potato wedges dan Air Sakura Fizz yang boleh didapati secara eksklusif di Marrybrown, harga bermula dari RM 20.50.

 

SET OISHII RICE BOWL (COMBO)

 



Bagi yang sukakan nasi boleh cuba menu Set Oishii Rice Bowl ini. Set ini mempunyai kepingan Ayam Marrybrown yang rangup diselaputi sos Teriyaki Wasabi dihidang di atas nasi Marrybrown dan turut disertakan Air Sakura Fizz dengan harga bermula dari RM 12.90.

 

SET OISHII BOX MEAL

 


Kalau rasa keliru nak cuba mana satu, AM sarankan untuk memilih menu Set Oishii Box Meal ini. Menu ini didatangkan bersama Oishii Burger, 1 ketul Ayam Oishii, potato wedges dan Air Sakura Fizz dengan harga bermula dari RM 23.90.

 

"Jepun mempunyai pelbagai jenis makanan lazat yang menyelerakan untuk memikat hati anda. Ciri-ciri makanan Jepun bole dikatakan hampir serupa dengan masakan Malaysia, dimana kedua-duanya sedap, segar, lengkap, dan unik bagi setiap hidangan. Itulah sebabnya rakyat Malaysia mudah menerima makanan Jepun dan berasa amat selesa dengan hidangan dari negara matahari terbit itu. Oleh yang demikian, kami tidak sabar untuk memperkenalkan menu Oishii Japan kami yang unik namun sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia," kata Dato' Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.



"'Kami yakin bahawa menu Oishii Japan akan menarik minat semua penggemar kerana gabungan kualiti ramuan yang istimewa dan R&D untuk menu in memang adalah something different yang akan menyelerakan untuk semua. Kami tidak sabar untuk meminta rakyat Malaysia mencuba menu Jepun kami dan merasai OISHII sebenar," kata Dato' Joshua.

 

Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.



Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, hidangan Around the World, aplikasi MB, promosi dan perkhidmatan penghantaran Marrybrown, boleh layari:

 

Laman web: https://marrybrown.com/

Aplikasi MB: https://mbapp.marrybrown.com/

Facebook: MarrybrownMalaysia

Instagram: Marrybrownmy

YouTube: MarrybrownTV

Post a Comment

2 Comments

  1. Peminat makanan Jepun boleh serbu Marrybrown ni sebab ada sos teriyaki dan wasabi ni. Oishii ni bahasa Jepun bermakna sedap. Jom serbu Marrybrown...

    ReplyDelete
  2. Ohh my... I'm so tempting to try this new menu at MB, just can't wait to enjoy, thanks for sharing this . Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete