Benan Island Resort : Lokasi Pulau Percutian Menarik


 BENAN ISLAND RESORT
 LOKASI PULAU PERCUTIAN MENARIK



Untuk ke Pulau Benan Island Resort, AlongMurni (AM) dan team menggunakan perkhidmatan feri dari Jeti Pulau Labun. . Dari Jeti Pulau Labun ke Jeti Pulau Benan Island Resort mengambil masa kira-kira 25 minit sahaja. Sepanjang 25 minit itu, AM melayan perasaan menikmati keindahan laut dari dalam feri.

 

Pertama kali AlongMurni (AM) menjejakkan kaki ke Pulau Benan, AM terpesona dengan biru dan jernihnya air laut. Dari Jeti Pulau Benan dapat dilihat perkampungan asli penduduk setempat yang berumah di pinggir pantai. Memang terasa unik dan menarik di mata AM. Sepanjang berjalan menyelusuri persisiran pantai dan kawasan penduduk setempat dari Jeti Pulau Benan ke Pulau Benan Island Resort, AM saksikan keindahan alam dan kehijauan yang masih terpelihara di sini. Memang menakjubkan.


Ada juga kenderaan seperti motosikal yang telah diubahsuai untuk digunakan bagi mengangkut barangan dan pengunjung dari Jeti menuju ke Benan Island Resort.

 


Apabila tiba di Pulau Benan Island Resort, kami disambut dengan senyuman penduduk dan Tuan Empunya Pulau Benan Island Resort (BIR). AM dan team dijamu dengan kesegaraan air kelapa sebaik sahaja tiba. Kemudiaannya ditunjukkan lokasi penginapan.

 

PENGINAPAN DI BENAN ISLAND RESORT (BIR)

AlongMurni


Bagi team perempuan tempat penginapan adalah di dalam Villa manakala bagi team lelaki adalah penginapan jenis Glamping.

 

1. Villa

Maksima bagi setiap Villa boleh memuatkan 3 orang. Setiap Villa mempunya 3 katil jenis Single Bed. Malahan ada siap tersedia kemudahan bilik mandian dan tandas. Menariknya di Villa Benan Island Resort ada fasiliti seperti penghawa dingin, tuala mandian, alat membasmi serangga dan wangian serai. Malahan ada juga tersedia Air Mineral, pek kopi dan teh serta Indo Mie. Setiap pagi staff di Villa akan meghantar satu termos air panas untuk dibuat air panas ataupun untuk digunakan pada Indo Mie. Memang servis yang terbaik!!

 


2. Glamping

Kawasan glamping terletak di bahagian atas dan setiap glamping boleh memuatkan sehingga 4 orang. Bagi Glamping yang ditempati oleh team lelaki, terdapat penghawa dingin dan tilam jenis Single Bed. Di sini juga telah tersedia Air Mineral, pek kopi dan teh, Indo Mie dan Termos air panas. Cuma bilik air berada di luar dari kawasan Glamping iaitu beberapa Langkah di belakang Glamping.

 


PEMANDANGAN INDAH DI BENAN ISLAND RESORT

Bagi AM Pulau Benan memang begitu indah dengan kehiajauan alam semulajadi dan kebersihan pantainya masih terpelihara. AM benar-benar terpukau dengan keindahan alam ciptaan Allah. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat di’capture’ sepanjang berada di sini.



AKTIVITI MENARIK DI BENAN ISLAND RESORT

Banyak aktiviti menarik yang dapat dilakukan di sini. Segalanya telah siap tersedia. Antaranya adalah:

·         Berkayak

·         Mandi Manda

·         Berbasikal

·         Merasai kesegaran dan keenakan air kelapa.

·         Memancing

·         OOTD


          AM juga berpeluang mencuba makan menu makanan laut seperti Siput Gong Gong, Tiram dan Sotong yang dimasak secara istimewa oleh penduduk setempat.



Kawasan yang luas dan padang rumput yang lapang juga sesuai diadakan aktiviti ‘team building’. Lihatlah betapa meriahnya AM dan team bermain di kawasan yang luas.



AM ingin kongsikan sedikit sedutan video pemandangan yang menarik sepanjang AM berada di Benan Island Resort (BIR)
 

 

KATA ALONGMURNI

Kalau nak bercuti ke Batam jangan lupa untuk datang sendiri menikmati keindahan alam semulajadi di Benan Island Resort. Pasti puas hati dan berbaloi. AM memang sangat saranan untuk bercuti ke Benan Island Resort bagi pasangan yang baru berkahwin, bersama keluarga ataupun bersama rakan-rakan. Jom ke Benan Island Resort!!

Email : benanresort@gmail.com

Telefon : +62 822-1115-8899

Facebook : https://www.facebook.com/benanislandresort

Instagram : https://www.instagram.com/benanislandresort/



 



















Post a Comment

0 Comments