SARAS DELIGHTS BAKERY AND CAFÉ PUNYAI KEUNIKAN TERSENDIRI

 

SARAS DELIGHTS CAFE


Melaka kaya dengan berbagai adat,budaya dan kepercayaan kerana di sinilah terdapat berbagai kaum dan etnik tempatan seperti Melayu, Cina , India serta kaum Baba Nyonya, Chitty dan Portugis. Masyarakat Baba dan Nyonya sememangnya terkenal di Melaka. Masyarakat ini juga terkenal dengan makanan tradisinya turun temurun dari nenek moyang mereka. Biasanya makanan kaum Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu.

 

Ramai sangat yang sarankan AlongMurni (AM) untuk mencuba menu menarik yang terdapat di Saras Delight Bakery and Café. Kafe ini terletak di Parking Lot Pantai Hospital Ayer Keroh, Melaka. Kafe yang berkonsepkan santai ini menyajikan hidangan yang sangat lazat, padu dan pastinya menepati selera tempatan umumnya.

 

SARAS DELIGHT BAKERY AND CAFÉ

 

Nak cari Kafe ini sangat mudah. Ianya terletak di level G, bangunan parkir bertingkat yang bersebelahan dengan Hospital Pantai Ayer Keroh Melaka. Terdapat medan selera yang dinamakan “Makan Makan”.

 

Bagi AM lokasi ini sangat strategik. Selain terbuka kepada pengunjung dari luar, pelawat mahupun pesakit yang datang untuk menerima rawatan juga boleh menjamu selera di sini. Sementara menunggu angka giliran untuk menerima rawatan, boleh juga singgah menjamu selera di Saras Delight Bakery and Café ini.

 

SARAS DELIGHTS CAFE

Kafe ini mempunya ruang makan yang bersih, eksklusif dan luas dibuka setiap hari (kecuali Ahad) dari Jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam. Manakala Hari Sabtu dibuka dari jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang.

 

Walaupun baru sebulan beroperasi, pemilik kafe yang lebih mesra dikenali Puan Sara ini mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam bidang penyediaan makanan. Suami beliau juga merupakan salah seorang pakar bedah di hospital ini.

 


SARAS DELIGHTS CAFE
AM bersama dengan Puan Sara (Kiri AM) dan kakitangan Saras Delights

Puan Sara amat mementingkan kualiti dan rasa pada setiap menu hidangan sehingga kadangkala beliau sendiri yang turun untuk sama terlibat dalam proses memasak dan penyediaan makanan. Uniknya di sini adalah, setiap menu hidangan di Kafe ini tidak menggunakan perasa dan pewarna tambahan namun rasanya tetap sahaja lazat dan menyelerakan. Ketulenan dan kesegaran bahan masakan menjadi faktor utama dalam menu sajian di Saras Delight and Bakery Café ini.

 

Antara menu yang sentiasa jadi pilihan dan menarik minat AM adalah:


SARAS DELIGHTS CAFE


HIDANGAN MENU MENARIK JADI PILIHAN.

 

PASTRI

Bagi AM, yang menariknya Pastri di sini adalah rasanya yang padu dan enak serta bahan terpilih yang berkualiti serta segar.Terasa kelembutan dan pastri meskipun ‘crunchy’ di luar.

 

SARAS DELIGHTS CAFE

KEK & KUIH MUIH

Aneka kek dan kuih muih di sini memang enak malahan ianya adalah HomeMade yang tiada bahan pengawet dan pewarna tiruan. Macam Kek Pandan yang AM rasa ini memang terasa kewangian dan rasa pati dari pandan itu sendiri. Malahan gula yang diadun dan digunakan adalah dari Gula Melaka. Jadi memang rasa manis dan berlemak.

 

SARAS DELIGHTS CAFE

PASTA & SOUP

AM paling suka Pasta Pesto. Walaupun baru pertama kali mencuba, terus rasanya enak dan AM akan datang ke sini lagi untuk mencuba Pasta Pesto. AM dimaklumkan menu seperti Teriyaki Chicken with Rice, Bakso dan Nyonya Curry Laksa sering menjadi pilihan dan pengunjung yang datang ke sini. Bila AM mencuba, memang ada rasa ‘WOW’ terutamanya Nyonya Curry Laksa. Memang padu dan sedap tau!!

 

SARAS DELIGHTS CAFE

PIZZA

Pizza di sini saiznya adalah 8” dan ianya dimasak dengan paduan bahan inti yang banyak. Kulit Pizzanya adalah jenis ‘thin crust’. Jadi memang sangat enak bila AM mencuba Cajun Chicken Pizza dan Hawaii Chicken Pizza.

 

SARAS DELIGHTS CAFE

RICE

AM merasakan Nasi Rendang dan Nasi Sambal Ayam punyai keunikan rasa dan keistimewaan tersendiri. Ianya dihidangkan dalam mini pek dengan lauk pauk yang diasingkan. Memang well organized cara penyediaan menu di sini.

 

SARAS DELIGHTS CAFE

Tunggu apa lagi, lain orang lain rasanya. AM sangat sarankan untuk yang berada di Melaka atau berkunjung di Melaka untuk datang mencuba dan singgah di Saras Delight and Bakery Café ini. Memang berbaloi dan pasti puas hati.


SARAS DELIGHTS CAFE


 

Post a Comment

3 Comments

  1. wah nampak sedap2 belaka ya makanan kat sini. sayang pulak tak dapat join hari tu. :)

    ReplyDelete
  2. Memang sedap.. Nanti kita ke Melaka, kita singgah ke sini yea.. AM nak order lagi Pasta Pesto.. Aeril boleh cuba Nyonya Curry Laksa mesti Aeril suka

    ReplyDelete
  3. Wahhh... Menarik nampaknya ni... Kena pergi ni

    ReplyDelete