TEROKAI ZAMAN PRASEJARAH DI JURASSIC DINOSAUR ADVENTURE PARK

 

TEROKAI ZAMAN PRASEJARAH DI JURASSIC DINOSAUR ADVENTURE PARK

PAVILION BUKIT JALIL

 

Jurassic Dinosaur Adventure Park

Kali ini AlongMurni (AM) berada di Jurassic Dinosaur Adventure Park yang bertempat di Pavilion Bukit Jalil. Taman tema ini dibuka khususnya kepada golongan kanak-kanak untuk menerokai dan merasai pengalaman bermain di taman permainan interaktif tertutup bersama pelbagai spesis dinosaur dari zaman prasejarah.

 

Taman tema ini menampilkan pelbagai jenis dinosaur animatronik dengan saiz yang sebenar, menggambarkan kehidupan di habitat mereka dan mampu bergerak serta menghasilkan bunyi yang menggerunkan. Kita juga dibenarkan untuk mengambil gambar bersama dinosaur-dinosaur ini.

 

Objektif utama taman tema ini adalah untuk menyediakan platform yang mencetus minat kanak-kanak untuk mempelajari lebih tentang makhluk prasejarah ini sambil bermain dengan pelbagai aktiviti dan sukan yang menyeronokkan.

 

INFO PENTING 

Jangan lupa memakai stokin dan pelitup muka sepanjang berada di Jurassic Dinosaur Adventure Park bagi memastikan kebersihan dan kesihatan kendiri anak-anak.

 

TARIKAN JURASSIC DINOSAUR ADVENTURE PARK

 

HUTAN PRA-SEJARAH  

AM amat kagum dengan pelbagai jenis dinosaur yang seakan-akan hidup dan mendengar ngauman Dinosaur! Kita dibenarkan untuk berswafoto tetapi waspada, jangan sampai digigit!


Jurassic Dinosaur Adventure Park

Swafoto AlongMurni bersama Dinosaur


BERINTERAKSI DENGAN DINOSAUR YANG SEOLAH-OLAH BERNYAWA

Ada mascot Dinosaur yang membuatkan anak-anak jadi teruja untuk mendekati dinosaur.

 

Jurassic Dinosaur Adventure Park

TUNGGANG DINOSAUR KEGEMARAN

Kanak-kanak juga berpeluang melakukan tunggangan luar biasa dengan menunggang dinosaur kegemaran. Dengan pelbagai pilihan, pilih dinosaur dan mula menunggang!

 

KERETAPI EXPRESS DINO

Semua naik! Choo Choo! Ini bukan keretapi biasa - dengan dino ekspress.

 

GELONGSOR GUNUNG BERAPI

Ada gelongsor sepanjang 3 meter untuk bermain juga yea. Boleh panjat-panjat dan kemudiannya menggelongsor turun.

 

Jurassic Dinosaur Adventure Park

LAVA TRAMPOLINE

Ada trampoline yang boleh kanak-kanak melompat dengan bebas.

 


RUANG PERMAINAN MENGGALI TULANG DINOSAUR

Seronok tengok anak-anak main gali gali cari tulang dinosaur.



PERMAINAN MENEMBAK DINO HUNTING

Bahagian ini AM paling suka sebab rasa real dapat main tembak-tembak dinosaur gunakan senapang tersedia.

 

Dino Hunting

ISTANA BELON UDARA DINO JUNGLE

Kalau berada dalam Istana ini memang seronok main lompat sambal gusti gusti sebab Istana diperbuat daripada Belon Udara. Jadi jangan tak akan cedera walaupun jatuh ketika melompat.

 


BALL PIT INTERAKTIF

Siapa tidak suka ball pit yang menarik! Keistimewaan ball pit ini ialah ianya datang bersama skrin interaktif yang menggalakkan anak-anak melontar bola ke arah gol di skrin.

 

Ball Pit

GAUNG TEKA TEKI BINAAN

Ada bahagian teka teki Menyusun bentuk yang bersesuaian. Mencabar minda anak-anak.

 


GELONGSOR KERIANGAN INTERAKTIF

Gelongsor yang punyai keseronokan tersendiri.


Maklumat Acara & Tiket

KKday merupakan pembekal tiket eksklusif Jurassic Dinosaur - Adventure Park Interactive Indoor Playground. Tiket masuk boleh dibeli melalui https://kkday.me/dinogcma.

 

Jurassic Dinosaur Adventure Park

JURASSIC DINOSAUR – ADVENTURE PARK INTERACTIVE INDOOR PLAYGROUND

  Lokasi

Pavilion Bukit Jalil, Lot 5.85.00, Level 5, Orange Zone

  Tarikh    dibuka

1 Jun sehingga 31 Ogos 2022

 

Waktu Operasi

Hari biasa: 10.00am - 8.30pm (Tutup dari 2:00pm - 3:30pm)

Pas sehari

Hari minggu/Cuti Am/Malam Cuti Am/Cuti Sekolah: 10.00am - 9.40pm, 6 sesi sehari (10am, 12pm, 2pm, 4pm, 6pm, 8pm)

100 minit / sesi

Kemasukan akhir pada pukul 8pm

 

Harga tiket seperti berikut:

 Tiket

Harga

Harga Hari Biasa

RM 55

Harga Hari Minggu

(termasuk cuti am, malam cuti am dan cuti sekolah)

RM 60

Untuk sebarang info lanjut boleh jengah ke :

Website: https://www.kkday.com/en-my

Facebook: https://www.facebook.com/KKday

Instagram: https://www.instagram.com/kkdaymy/

 


 

Post a Comment

3 Comments

  1. Tempat yang menarik untuk dilawati terutama kanak2

    ReplyDelete
  2. bebudak suka ni mau tak mau keluar camni

    ReplyDelete
  3. Menarik nya, nanti boleh bawak anak anak buah datang sini :)

    ReplyDelete