Nikmati Texas Chicken dan Tex Cafe Pertama Di Dunia

Ikuti blog Along Murni(AM) dalam melayari kenikmatan makanan di Texas Chicken dan Tex Cafe Pertama Di Dunia yang terletak di KLCC.

Mempelopori bidang teknologi dalam mengenali IPv6 dan Internet of Things(IOT)

Buat pertama kalinya Along Murni(AM) menyusuri bidang teknologi maklumat dalam mengenali Apa Itu IPv6.

Fenomena Seni KL Biennale 2017

Kuala Lumpur Biennale 2017 telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato Seri' Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz di Balai Seni Lukis Negara pada 24 November 2017.

Kenikmatan Merasai Makanan di The Mines Shopping Mall

Menyusuri kenangan mencipta rasa makanan enak di The Mines, Seri Kembangan bersama rakan-rakan blogger.

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah (PPZ - MAIWP)

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah (PPZ - MAIWP) dan tajaan dari COUDRE Kuala Lumpur

Monday, 19 February 2018

Restoran NY Steak Shack : Kepelbagaian Menu dan Dijamin Halal


RESTORAN NY STEAK SHACK : KEPELBAGAIAN MENU DAN DIJAMIN HALAL



Kali ini Along Murni (AM) singgah di Restoran NY Steak Shack yang terletak di Melawati Mall untuk mencuba menu terbaru yang diperkenalkan NY Steak Shack. Sebelum ini AM pernah singgah di NY Steak Shack yang terletak di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur. Rasa setiap kepingan-kepingan daging yang enak masih terbayang di ruang minda AM.



NY Steak Shack antara destinasi yang menjadi pilihan AM. Kalau ada kakitangan syarikat yang mencari menu-menu yang menarik dengan harga yang berpatutan di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, AM selalu sarankan ke NY Steak Shack. Memang berbaloi!!

Nak tau kenapa AM suka dan mengesyorkan untuk menjamu selera di NY Steak Shack ?

1. Dekorasi di dalamnya yang menarik dan selesa. Sesuai untuk menjamu selera bersama pasangan mahupun keluarga.










2. Kebersihan dan Restoran NY Steak Shack mendapat pengiktirafan Sijil Halal dari JAKIM




3. Menu yang menarik diperkenalkan setiap dua (2) bulan dan yang paling penting harga setiap hidangan memang berbaloi. Nak tau menu yang AM cuba?? Hehehe.. Memang terbaik!!

Promosi Bulan Februari





Pumpkin Soup
Pertama kali AM cuba Pumpkin Soup terus AM jatuh cinta ❤❤❤❤ !! kepadatan pumpkin yang enak dan rasa yang Wooww yang tak dapat AM gambarkan dengan kata-kata.

PUMPKIN SOUP: RM 7.90



Banana Milkshake

Menu yang wajib dicuba setiap kali singgah di Restoran NY Steak Shack. Menu yang paling digemari ramai dan Best Selling di sini. Banana Milk Shake yang paling sedap AM pernah rasa setakat ini.

BANANA MILK SHAKE: RM 12.90


The Trio Platter

Hidangan Trio Platter ini sesuai dimakan oleh 2-3 orang. Ada macam-macam di dalamnya. Gabungan 3 protein iaitu Spicy Tangy Chicken Wings, Country Fried Lamb dan Ribeye Steak. Ketiga-tiga protein ini memang sedap tau!! Kena wajib cuba dan pasti mengagumkan!! Ia juga dilengkapi oleh pumpkin rice, pasta dan kentang goreng disertai sayur-sayuran campuran yang sihat.

THE TRIO PLATTER : RM 79.90


The Empire

Daging lembu ‘patty’ seberat 150gms membuatkan AM terus menikmati keenakan dan kepadatan dagingnya. Dikelilingi dengan banyak cendawan dan bawang, burger dinikmati dengan kebanjiran mustard madu. Memang betul wooww!!! Betul-betul besar The Empire Burger ini, setinggi menara NY yang diilhamkan di Restoran NY Steak Shack.

THE EMPIRE BURGER : RM 27.90

Big Apple

Bahan-bahan di dalam Big Apple ini menarik minat AM untuk mencuba rasanya. Dengan rasa Roti Focaccia yang lembut dan Patty daging seberat 150gm bersama dengan hirisan epal dan nanas yang dipanggang ditambah sos istimewa bistro membuatkan letusan jus dalam setiap gigitan Big Apple!! memang juicy abis!!



Sizzling Ribeye Steak with Crispy Garlic

Menu ini kena wajib datang cuba sendiri bila singgah di Restoran NY Steak Shack. Menu yang AM syorkan dan merupakan best selling di Restoran NY Steak Shack. Serius sedap oooo..



Kredit Penghargaan Video : Khalid

Nak tau lokasi Restoran NY Steak Shack di Melawati Mall??
google maps:


Nak tengok aksi AM dan rakan-rakan AM makan?? Boleh singgah di sini.. Sekalung penghargaan dan terima kasih buat ZHARIF AZIS atas video yang awesome nie!!


KATA ALONG MURNI:


AM MEMANG SYORKAN UNTUK DATANG MENJAMU SELERA 
DI RESTORAN NY STEAK SHACK. 
RASA DAGING YANG ENAK DAN
 BERBALOI UNTUK DICUBA SERTA DITANGGUNG HALAL.
 JADI BOLEH NIKMATI KEENAKAN SETIAP HIDANGAN 
TANPA RASA WAS WAS.. 
JOOMM RERAMAI TERJAH DI RESTORAN NY STEAK SHACK!! WALLAAAAA!!






Monday, 12 February 2018

888 Teacoffee : Pilihan Minuman Seharian Terbaik

Teacoffee 888: Pilihan Minuman Seharian Terbaik AM


Teh Ceylon merupakan teh paling bersih di dunia dari segi sisa-sisa racun perosak, fakta yang disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal ISO.TeaCoffee keluaran 888 adalah pilihan minuman harian Along Murni. Setiap hari tanpa minum Teh atau Kopi terasa sesuatu kekurangan dalam aktiviti seharian AM.

TEH TARIK KELUARAN 888

Minum Pagi
Rutin Minum pagi, AM pastikan pilihan AM adalah Teh Tarik keluaran 888. Teh Tarik 888 dicampur dalam serbuk segera berkualiti tinggi. Teh Tarik 888 mempunyai aroma harum tahan lama dan tidak ada pewarna tiruan dalam teh susu. Cuma tambah air panas dan Teh Tarik yang harum dan wangi telah tersedia. Semudah itu dan AM rasa cergas untuk memulakan aktiviti pagi dan tugas seharian.

WHITE COFFEE  KELUARAN 888

Tugasan Malam
Kalau AM terpaksa berjaga malam untuk selesaikan tugasan AM, semestinya White Coffee 888 menjadi pilihan. AM akan rasa segar untuk berjaga dan meneruskan kerja yang tertangguh di siang hari. AM cuma perlu bancuh dengan air panas dan keharuman aroma White Coffee 888 akan memenuhi bilik AM.  

KOPI O KELUARAN 888

TEH O WANGI ROS KELUARAN 888

Tetamu yang datang ke rumah atau Pejabat.
Setiap kali tetamu datang ke rumah, AM akan hidangkan dengan Kopi O dan Teh O Keluaran 888. Kopi 'O' dengan Arabica mengandungi lebih banyak biji kopi Arabica untuk menyediakan lebih banyak kopi aromatik. Ia hanya mengandungi biji kopi dan gula, tidak ada bahan pengganti seperti biji gandum dan jagung dalam bahan-bahannya. Yang paling menarik adalah, kualiti uncang kopi dan tehnya. Selalunya ketika mengacau uncang teh/kopi, uncang teh/kopi keluaran 888 tahan lasak dari tekanan. jadi isi kandungan uncang teh/kopi tidak terburai seperti uncang teh/kopi keluaran lain. Pada masa yang sama, setiap tetamu akan dapat menikmati rasa dan aroma kopi Arabica serta wangian Teh O yang memang terkenal dengan wangian ros dalam bentuk teh Ceylon. Begitu juga dengan adanya Kopi O dan Teh O keluaran 888 di pejabat. Setiap kakitangan kebanyakan memang penggemar produk keluaran 888. Dari jauh keharuman Kopi dan Teh boleh dihidu dari ‘pantry’.

Nak tau lebih lanjut tentang produk keluaran 888 boleh jengah di sini PRODUK 888

KATA ALONG MURNI:

AM AMAT MENGGEMARI KEHARUMAN BAU AROMA
 TEH DAN KOPI KELUARAN 888. 
HIDUP RASA TAK LENGKAP TANPA MENIKMATI 
SECAWAN KOPI ATAU TEH SEHARI. 
MEMANG ENAK DAN KELAZATAN DIJAMIN 
DI SAMPING MUDAH DISEDIAKAN. 
JOMM MINUM TEACOFFEE 888. 
PASTI CERIA DAN LENGKAP HIDUP KITA. 
WALAAAAA..


Thursday, 8 February 2018

RISDA ECO PARK: SATU PENGEMBARAAN LASAK SERIBU PENGALAMAN


RISDA ECO PARK: SATU PENGEMBARAAN LASAK SERIBU PENGALAMAN

Along Murni (AM) kini berada di RISDA Eco Park dalam Trip #traveloguemalaysia bersama @borakkita.com. Nak tau apa yang menarik kat sini?

AM bersedia untuk memulakan cabaran
Lokasi RISDA Eco Park terletak di Daerah Batang Padang, Mukim Slim. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Eco Park yang terletak di Ladang RISDA Ulu Slim mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit (masa perjalanan) melalui Lebuhraya Utara Selatan, susur keluar di Tanjung Malim. Jarak dari Tanjung Malim ke RISDA Eco Park adalah kira-kira 30 km. Manakala jika dari Ipoh lebih kurang 1 jam 45 minit (masa perjalanan) melalui Lebuhraya Utara Selatan, susur keluar di Slim River. Jarak dari Slim River ke RISDA Eco Park adalah kira-kira 23 km.



Ladang RISDA Ulu Slim berkeluasan 2,234 hektar dan dikelilingi oleh keindahan alam semula jadi. Kawasan ladang ini dikelilingi oleh hutan simpan berlatar belakang banjaran titiwangsa di mana sungai -sungai yang tidak tercemar mengalir melalui kawasan ladang. Kawasan sekitar pula didiami oleh perkampungan tradisi Melayu dan orang Asli. Di samping itu, terdapat punca air panas berhampiran kawasan ladang iaitu di kawasan Kg. Pasir, Ulu Slim.

KEMUDAHAN yang disediakan di RISDA Eco Park adalah seperti :-
  • 20 unit kabin yang boleh menempatkan 120 orang, dilengkapi dengan kemudahan asas seperti katil (6 katil / kabin), penyaman udara, kipas dan tandas (dalam kabin).
  • Fasiliti lain seperti pancuran air, Gazebo, tempat rehat / berkelah, kawasan berpasir yang sesuai untuk melakukan 'outdoor games' dan 'Shuttle Tractor' iaitu kenderaan yang boleh digunakan di Eco Park dan melawat sekitar kawasan  Eco Park.
  • 3 Kolam memancing " catch & release ".
Pakej penginapan

KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT PAKEJ PENGINAPAN

KAWASAN TAPAK PERKHEMAHAN.
Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan di RISDA Eco Park adalah seperti :-
  •  Sesuai untuk perkelahan secara berkumpulan atau melakukan aktiviti santai bersama keluarga.
  •  Sesuai untuk aktiviti sukaneka ( 'telematch' ).
  •  Sesuai untuk mengadakan kursus-kursus secara 'Hands-On'.
  •  Sesuai untuk menjalankan aktiviti-aktiviti lasak seperti menunggang kenderaan ATV, 'Jungle Tracking' Lata Berembun dan sekitarnya serta 'Fyling Fox' yang dikendalikan oleh penyelia yang berpengalaman.
  •  Sesuai diadakan aktiviti-aktiviti lasak di sepanjang sungai seperti 'white water rafting', 'mountain bike's', 'fourwheel drive', 'water tubing',  'paintball' dan pelbagai lagi.

Antara aktiviti lasak yang sempat AM tempuhi sepanjang di RISDA ECO PARK adalah:





Berminat?? Inginkan keseronokan dan mengembara terokai aktiviti lasak?? Jemput datang ke

Akademi RISDA ESTATES
Ladang RISDA Ulu Slim,
35800 Slim River,
Perak Darul Ridzuan.
Mobile:  013 7878877 ( En. Khairul Fahmy bin Mohd Wali )
Mobile:  013 3984028 ( Pejabat )

Terima kasih pada para penaja dan pihak pengurusan #borakkita atas pengalaman yang penuh berharga dan yang paling penting mengeratkan tali persahabatan dan kerjasama antara seluruh pasukan.

#coloursoflives #traveloguemalaysia#southperak #tourismmalaysia#sayangmalaysia #dekatje #myperodua#peroduamalaysia #canonmalaysia#888teacoffee #wangiworldmalaysia

KATA ALONG MURNI:

AKTIVITI LASAK YANG MENYERONOKKAN
 DISAMPING MEMUPUK SEMANGAT KERJASAMA DAN SETIAKAWAN
 ANTARA SATU SAMA LAIN. 
AM BERJAYA HILANGKAN RASA TAKUT PADA KETINGGIAN
 BERKAT SOKONGAN TEMAN SEPASUKAN.

Wednesday, 7 February 2018

TUNE HOTEL KLIA2 : PENGINAPAN TERBAIK, MURAH, MUDAH, CEPAT DAN SELESA

TUNE HOTEL KLIA2 : PENGINAPAN TERBAIK, MURAH, MUDAH, CEPAT DAN SELESA

Baru-baru ni Along Murni (AM) selesai mesyuarat di Melaka dan AM kena bergegas ke Penang untuk mesyuarat seterusnya. Kalau diikutkan dari Melaka ke Penang boleh mengambil masa 8 jam jika memandu kereta, tapi kalau naik kapal terbang hanya 1 jam penerbangan sahaja. Jadi untuk menjimatkan masa AM ambil keputusan untuk naik kapal terbang dari KLIA2.

AM mengambil penerbangan awal pagi pukul 8 pagi dari KLIA2, jadi malam sebelum terbang tu AM bermalam di Tune Hotel, KLIA2. Kalau nak bertolak dari Melaka terlalu awal takut mengantuk dipertengahan jalan, dan yang paling digeruni ialah tak bangun awal, jadi jalan paling selamat ialah bermalam di KLIA2 untuk kurang risiko tertinggal kapal terbang. AM 'park' kereta di parking berbumbung di Putrajaya Sentral. Sehari lebih kurang dalam RM4 je. Dari Putrajaya Sentral menaiki KLIA Transit ke KLIA2 dengan kos RM6.20 seorang. Owh ya, tiket penerbangan Malindo Air dari KLIA2 ke Penang yang AM beli berharga RM38 seorang, amat murah walaupun beli seminggu sebelum terbang.



AM tak pernah bermalam KLIA2, so AM agak teruja untuk ke sana. KLIA2 amat moden, dan kemudahan di sini juga amat bagus. Memang bertaraf antarabangsa. Ianya adalah airport tambang murah yang besar.. lebih 5 tingkat kalau di kira dari parking ke tingkat paling atas. Stesen KLIA Express/Transit berada di Level 2, Arrival juga di Level 2 manakala Departure di Level 3.
KLIA2 menempatkan shopping complex yang dinamakan Gateway@KLIA2. So, kalau boring menunggu masa untuk boarding, bolehlah jalan-jalan cuci mata atau habiskan duit di sini. Nak makan/minum juga amat mudah, sebab tempat makan memang bersepah-sepah di sana-sini. Kelihatan banyak lagi ruangan kedai yang masih kosong, mungkin sebab KLIA2 amat baru jadi belum sempat nak penuhkan kedai-kedai disini.



Memandangkan AM dah buat reservation di Tune Hotel dengan search tune hotel klia2 on traveloka. Di Traveloka, kita boleh mencari hotel yang kita nak booking di samping untuk booking tiket flight. Traveloka ni amat memudahkan dan menyenangkan perjalanan kita. Tune Hotel terletak di luar bangunan KLIA2, tetapi tidak susah untuk ke sana sebab terdapat tempat pejalan kaki khas yang menyambungkan KLIA2 dan Tune Hotel.



Tune Hotel ini tidak mengecewakan dengan harga yang dikenakan memandangkan lokasinya yang amat strategik. Harga semalam untuk 2 orang bagi bilik double bed ialah RM180 nett. Biliknya comel, tetapi tidaklah sempit. Peralatan dalam bilik di susun kemas jadi nampak teratur dan mudah nak bergerak. Ada towel (biasanya di Tune Hotel lain nak pakai towel kena bayar tambahan) dan peti besi untuk simpanan barangan berharga. Tandas amat bersih, lengkap dengan separate rain shower. Tiada almari baju disediakan, tapi ada tempat gantung baju. Cukuplah untuk pelanggan mereka yang rata-rata bermalam 1 malam jer.. sebab airport begini orang jadikan tempat bermalam untuk transit atau penerbangan awal je. Orang tak duk lebih daripada itu, jadi almari memang tak perlu.





Owh ye, sarapan tidak disediakan di sini, juga tiada room service. Kalau rasa lapar, boleh ke KLIA2 untuk makan, tidakpun boleh dapatkan pelbagai snek di 7eleven di ground floor Tune Hotel ini. Malam itu AM tidur nyenyak di Tune Hotel. Katilnya memang selesa. Selepas mandi warm shower, AM terus check-out sebaik selepas subuh. Check-out process juga amat mudah; cuma pulangkan semula keycard dan AM boleh terus memulakan perjalanan! No question asked...sebab bayaran semua dah langsai, dan takde mini bar untuk dicaj. . So, jangan la risau kalau tak tahu nak menginap di mana kerana Tune Hotel ada la hotel yang akan memberi segala kepuasan kepada kita dari segi harga untuk bilik, perkhidmatan mahupun keadaan bilik.

KLIA2 amat luas. Untuk penerbangan domestik, AM kena berjalan dari security check ke boarding gate dalam 15min! Fuh!! Bayangkan kalau terlewat sampai, memang naya nak kena berlari jauh-jauh macam tu. AM tak pasti berapa jauh kedudukan boarding gate penerbangan antarabangsa, tapi dari pemerhatian AM rasa agak jauh juga. So, AM nasihatkan jika korang menggunakan airport ni, silalah datang awal ye ;)

KATA ALONG MURNI:
TUNE HOTEL KLIA2 SARANAN AM 
UNTUK YANG ULANG ALIK ATAS URUSAN KERJA.
 MURAH, MUDAH, SELESA DAN MELANCARKAN URUSAN PERJALANAN 
DENGAN ADANYA TUNE HOTEL KLIA2. 
TERBAIKK DARI AM BUAT SEMUA!!

Sunday, 4 February 2018

PERODUA AXIA GEAR UP : ELEGAN, TERKINI DAN TAHAN LASAK


PERODUA AXIA GEAR UP : 
TAMPIL DENGAN PENUH ELEGAN, TERKINI DAN TAHAN LASAK

Sepanjang Trip Travelogue Malaysia ke Perak bersama team @borakkita.com. Along Murni (AM) telah memilih untuk memandu Perodua AXIA Gear Up dengan jenis warna ‘Glittering Silver’.



Perodua Axia dikuasakan oleh enjin VVT-I yang mampu bergerak sehingga 22.5Km / L dalam mod Eco-Driving.

Axia juga telah dianugerahkan penarafan 4-bintang oleh ASEAN NCAP (Program Penilaian Kereta Baru untuk Negara-negara Asia Tenggara) yang setaraf dengan standard keselamatan antarabangsa.




Kenapa AM memilih untuk memandu AXIA Gear UP ?

·         ujian kualiti terperinci telah dilakukan oleh pakar melalui penyelidikan dan pembangunan
·         dipasang oleh kakitangan Perodua yang terlatih
·         Imej sporty perodua AXIA Gear Up


Sentuhan dalaman Axia Standard dengan penambahan:
  • reka bentuk yang bergaya
  • lembut tetapi tahan lama
  • Bahan PVC, mudah dibersihkan










KATA ALONG MURNI:


MEMANG BERBALOI MEMILIKI KENDERAAN 
KELUARAN PERODUA IAITU AXIA GEAR UP. 
AXIA GEAR UP LEBIH MESRA ALAM
 & YANG PALING PENTING KESELESAAN SEMASA MEMANDU. 
TERIMA KASIH KEPADA PENAJA PERODUA MALAYSIA ..
 MEMANG TERBAIK UNTUK SEMUA!!!



Wednesday, 31 January 2018

XPDC dan CROMOK : BERGABUNG GEGARKAN MAEPS SERDANG.


XPDC dan CROMOK : BERGABUNG GEGARKAN MAEPS SERDANG.

Kredit Video PROPA RANGERS

Peminat Heavy Metal pastinya begitu teruja untuk menyaksikan Metal Legends Live In Concert yang menggabungkan band heavy metal popular XPDC dan Cromok pada 3 Februari ini di MAEPS, Serdang. Along Murni merasakan ini satu pergabungan terbaik dalam mengimbau dan membawa kembali muzik bercorakkan Heavy Metal.


XPDC
Kumpulan XPDC mula mencipta nama dengan lagu mengeja "C.I.N.T.A" ciptaan Z.N. Kevin dan lirik oleh J.S.Kevin. Lagu tersebut pernah ke final Juara Lagu 1990 dengan persembahan mantap XPDC. Untuk konsert kali ini, XPDC yang membariskan Mael (vokalis), Zuar (bass), Amy (dram) dan Jeff (gitar).

AM BERSAMA DENGAN KUMPULAN XPDC

Antara Anugerah dan pencapaian XPDC.
  • Finalis Juara Lagu 1990 - lagu C.I.N.T.A
  • Top 5 kategori Album Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik 1998 - Album Brutal
  • Top 5 kategori Album Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik 1999 - Album Konsert Raksasa XPDC Brutal
  • Top 5 kategori Album Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik 2000 - Album Samurai
  • Top 5 kategori Album Hard Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik 2003 - Album V6
  • Top 5 kategori Album Pop Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik 2005 - Album Unmetal 2
  • Top 5 kategori Album Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik 2010 - Album Rasopariso

“XPDC tidak sabar mahu menghiburkan peminat. Kami juga teruja beraksi dengan Cromok,” laung XPDC dengan teruja. XPDC juga akan menampilkan kelainan dalam persembahan mereka nanti terutama dari segi pemilihan dan susunan lagu. Antara segmen yang menarik ialah dram solo daripada Amy dan solo gitar menggandingkan Jeff dan Karl.

CROMOK
Cromok yang dibarisi Sam (vokalis, bass), Karl (gitar) dan Miji (dram) berkata “Sudah lama kami tidak beraksi di pentas konsert. Kami berharap konsert ini bukan sahaja mengubat kerinduan peminat, tetapi dapat membawa mereka mengimbas kembali kenangan bersama Cromok.”

AM BERSAMA DENGAN KUMPULAN CROMOK

Kali terakhir Cromok terbabit dalam konsert berskala besar ialah di konsert reunion 25 tahun Cromok Thrashing Kuala Lumpur di KL Live pada 2012 lalu. Setahun selepas itu mereka diundang sebagai ‘opening act’ bagi Konsert Metallica Live In Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 2013.

Apa yang menarik, Cromok juga bakal membawa seorang tetamu khas dari Australia untuk menyaksikan konsert terbabit. Beliau ialah Danny Kaleda yang juga pengurus asal Cromok ketika di awal penubuhan mereka di Australia dahulu. Danny adalah individu penting yang banyak membantu Cromok sehinggalah majalah Hot Metal Megazine Australia menganugerahkan mereka ‘The Best Heavy Metal Band’ di Sydney  pada 1990. Danny juga adalah pengasas label Vampire Records di Australia dan memiliki stesen radio sendiri.

Kaki metal mana yang mahu menjadi saksi XPDC ‘berentap’ buat pertama kali dengan Cromok nanti? Jangan ketinggalan bagi mendapatkan tiket dan hadir bersama di MAEPS, Serdang.

Sementara itu, Pengurus Operasi JMP Production Sdn Bhd, Faezatul Asykin Anuar yang juga wakil penganjur berkata, penonton juga berpeluang memenangi hadiah gitar Ibanez GRX70QA tajaan Joe Savana Gamma Rock House menerusi cabutan bertuah. “Selain itu penonton dan peminat juga berpeluang mendapatkan barangan cenderahati Cromok dan XPDC  seperti kemeja-T, CD, VCD, pick gitar dan poster,” katanya.

Menurut Faezatul, persembahan busking juga akan diadakan di tapak konsert bermula jam 12 tengah hari hingga 7 malam. Dalam pada itu, penganjur juga berharap penonton dapat menjaga etika dan disiplin supaya konsert dapat berjalan dengan lancar. “Konsert ini juga akan dirakam sepenuhnya oleh penganjur. Jadi, segala bentuk rakaman ‘live’ daripada penonton menggunakan kamera DSLR, kamera digital dan drone adalah dilarang sama sekali,” katanya.


Peminat yang ingin mendapatkan tiket boleh melayari laman web www.ilassoticket.com dengan harga bermula RM68 (thrash zone), RM120 (hardcore zone) dan RM250 (vip & backstage zone). Tiket juga boleh didapati di XPDC Kita Peng Yu Shop (Uptown Kota Damansara) dan XPDC Bundle & Alteration Jeans (Kajang).


KATA ALONG MURNI.

PERGABUNGAN HEAVY METAL KALI INI 
PASTI MENJANJIKAN KELAINAN. 
PEMINAT HEAVY METAL??
 JOM TURUN RAMAI-RAMAI.. 
SOKONG INDUSTRI MUZIK TANAH AIR.