Nikmati Texas Chicken dan Tex Cafe Pertama Di Dunia

Ikuti blog Along Murni(AM) dalam melayari kenikmatan makanan di Texas Chicken dan Tex Cafe Pertama Di Dunia yang terletak di KLCC.

Mempelopori bidang teknologi dalam mengenali IPv6 dan Internet of Things(IOT)

Buat pertama kalinya Along Murni(AM) menyusuri bidang teknologi maklumat dalam mengenali Apa Itu IPv6.

Fenomena Seni KL Biennale 2017

Kuala Lumpur Biennale 2017 telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato Seri' Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz di Balai Seni Lukis Negara pada 24 November 2017.

Kenikmatan Merasai Makanan di The Mines Shopping Mall

Menyusuri kenangan mencipta rasa makanan enak di The Mines, Seri Kembangan bersama rakan-rakan blogger.

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah (PPZ - MAIWP)

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah (PPZ - MAIWP) dan tajaan dari COUDRE Kuala Lumpur

Wednesday, 14 March 2018

MATCHARENA KEMBALI: HANYA YANG TERBAIK DARI SF COFFEE


MATCHARENA KEMBALI: HANYA YANG TERBAIK 

DARI SAN FRANCISCO (SF) COFFEE

Sebelum ini, SF Coffee telah memperkenalkan beberapa minuman seperti Yo! Mango & Hello Berry pada awal tahun 2018. San Francisco Coffee kini memperkenalkan minuman berasaskan teh hijau yang menyegarkan – Matcharena yang boleh didapati disemua cawangan kopi premiumnya bulan Mac 2018.



Ia telah disenaraikan sebagai minuman siri bulanan terkini di San Francisco Coffee bersama minuman bersiri yang lain. Teh hijau Frisco Frappé merupakan campuran sempurna teh hijau dan krim dengan sentuhan manis vanila, Matcharena sangat baik untuk peminat SF Coffee kerana ia berfungsi sebagai minuman menyegarkan yang ideal.



Jadi Along Murni (AM) ambil peluang untuk mencuba Matcharena.. Perghhh!!! Bukan main sedap ooo.. Memang sesuai diminum ketika hari panas. Punya la AM dahaga, sekali sedut dah tinggal separuh wooo!!! Bagaimanapun minuman ini, hanya dijual dalam tempoh masa terhad. Jadi, jomm ramai-ramai datang singgah minum Matcharena di SF Coffee.

Matcharena boleh didapati di semua cawangan SF Coffee dari 6 Mac hingga 30 April 2018 pada harga RM16 (saiz sederhana 16oz) & RM17 (saiz besar 20 oz). Macam bunyi lagu kan?? Matcharena oooo Matcharena!!! Minuman “Matcharena” ini sebenarnya, memberi penghormatan kepada lagu popular Sepanyol hit Macarena oleh Los del Rio (Jom layan lagunya).

Baucer Beli 1 Percuma 1 SF Coffee
Bagi menyemarakkan vibe Matcharena, boleh memenangi baucer Beli 1 Percuma 1 SF Coffee bermula 10 Mac hingga 31 mac 2018.

Langkah dan caranya??

·         buat video versi tarian Matcharena berdurasi 2-3 saat.
·         kongsikan di Facebook atau Instagram dengan hashtag #SFCoffeeMatcharena.

Jom sertainya untuk menyemarakkan lagi vibe Matcharena dengan tarian Matcharena edisi isitmewa dari korang semua.

Sekiranya singgah ke San Francisco Coffee, jangan lupa memesan dan mencuba Matcharena.


Kini San Francisco Coffee mempunyai 39 cawangan di Lembah Klang, Negeri Sembilan & Pahang. Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.sfcoffee.com




Antara menu-menu di SF coffee yang sempat AM cuba adalah:






Terbaik menu di SF Coffee.. Turut minum bersama Matcharena.. Feeeeelll oooo!!!

KATA ALONG MURNI:


JOOMM SINGGAH DI SF COFFEE DAN 
RASAI KEENAKAN DAN 
KELAZATAN RASA MATCHARENA.. 
TEMPOH TERHAD DAN JANGAN LEPASKAN PELUANG INI 
UNTUK DATANG MINUM 
BERSAMA KELUARGA DAN PASANGAN TERCINTA!! 
MASA UNTUK MATCHARENA!! WALAAA!!!


THE WETLANDS KAMPUNG BELUKAR DURIAN : SATU PENGALAMAN MENGUJAKAN


THE WETLANDS KAMPUNG BELUKAR DURIAN: 
SATU PENGALAMAN YANG MENGUJAKAN ALONG MURNI (AM)




Pengembaraan Along (AM) dan team Borakkita kini tiba di THE WETLANDS yang terletak di Kampung Belukar Durian. Laluan masuk agak ke dalam dan selepas melewati kampung. Menurut Puan Rohani yang juga merupakan Pengurus THE WETLANDS, sejarah penerokaan dan pembukaan Kampung Belukar Durian berkait rapat dengan pembukaan Kampung Sedili Kecil. Kampung Sedili Kecil dikatakan telah dibuka oleh seorang tauke berbangsa Cina yang bernama Jay Tee. Beliau dipercayai berniaga di perairan Sedili Besar yang pada ketika itu telah tercatat didalam peta. Oleh kerana penduduknya yang sedikit, maka kampung itu telah diberi nama Kampung Sedili Kecil.



Pertambahan penduduk di Kampung Sedili Kecil telah menyebabkan timbulnya idea baru dalam kalangan penduduk untuk meneroka dan membuka petempatan baru. Diceritakan oleh penduduk tempatan, pada ketika penerokaan kawasan tersebut sedang dilaksanakan, terjumpa sebatang pokok durian yang besar di tengah-tengah hutan belukar. Pokok durian itu turut dikatakan yang tumbuh sebatang sahaja di kawasan itu. Penemuan yang dianggap aneh ini telah menjadi asas kepada penamaan kawasan baru tersebut sebagai Kampung Belukar Durian



Tanah lembap Sedili yang terletak di tenggara negeri Johor adalah merupakan tanah lembab yang jarang ditemui dan mempunyai keunikannya tersendiri. Keunikan pelbagai jenis tanah lembap di kawasan tersebut telah membentuk lembangan saliran di mana kawasan tersebut masih tidak terjejas dan yang memerlukan pemeliharaan pemuliharaan. Dengan menyusuri Sungai Sedili Kecil, AM dapat melihat dan menikmati panorama serta suasana ekosistem daripada pantai berpasir dan berbatu serta berair masin hinggalah ke kawasan air payau dan air tawar.

Pantai hutan paya bakau di tebing sungai dan pantai mampu melindungi kawasan berdekatan daripada dibadai keganasan ribut dan banjir. Hutan bakau yang mempunyai sistem akar serabut juga mampu membantu mencegah daripada berlakunya hakisan di tebing sungai dan pantai. Ia sekaligus dapat membantu mengekalkan kualiti air sungai tersebut yang juga dapat memelihara ekosistem sungai. Oleh kerana itu jugalah, kawasan ini sinonim bagi pemancing udang galah.




Di WETLANDS ini juga ada tempat penginapan Chalet dan Dorm disediakan. Memang mendamaikan dan rasa suasana kampung. Tapi yang menariknya adalah beranda bilik ini betul-betul mengadap ke Sungai Sedili Kecil.. Boleh terus memancing udang dari beranda bilik.. Walaaaa!!!

Kos Penginapan adalah antara RM 120 - RM 150 dan boleh hubungi Puan Rohani di 013-7026327 untuk sebarang pertanyaan lanjut.



Di Wetlands Kampung Belukar Durian juga boleh buat BBQ.. Makan reramai sambil melepak di ruang yang disediakan..



Antara aktiviti yang AM lakukan di WETLANDS KAMPUNG BELUKAR DURIAN adalah:

MELOKAN

Lokan (Polymesoda expansa) adalah sejenis moluska dwicangkerang yang banyak terdapat di lumpur pinggir laut. Lokan adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan dan sangat enak.

Selalu tengok lokan yang besar dan tersedia untuk di ‘NGAPP’ di mana-mana restoran. Ini merupakan pertama kali, AM mencuba untuk melokan.. Wahhh!! memang sesuatu yang mengujakan AM untuk mencuba..

Aktiviti pencarian lokan bermula!!! Nampak tak?? Muka memasing teruja nak mencari!! Tak kisah walau terpaksa berjalan di atas lumpur!!


 Hasil pencarian AM dan team Borakkita.. Sebesen juga la!! dalam masa satu jam mencari!! Abaikan kesan lumpur pada kaki tue.. sanggup kotor demi sebuah pengalaman!! hhahah..


Kaki memasing dipenuhi lumpur dan bersedia berbaris untuk memulakan aktiviti mencuci kaki dan lokan.. hahahaha..








Selesai sudah aktiviti mencuci lokan.. Bersih kan??


Jadi masa untuk memasak hasil lokan kami!! Tips untuk pastikan lokan bersih. Masukkan air dan cili kering atau cili padi ke dalam besen beserta lokan.. Kemudian kita gaulkan dan biarkan seketika.. Jadi Lokan tersebut akan memuntahkan pasir-pasir yang terdapat dalam cengkerangnya.. Jadi Lokan sudah tersedia untuk dibakar mentah-mentah!!


Dah siap bakar, lokan sedia untuk di 'NGAPPP'.. pergghh!! sedap makan hasil penat lelah mencari!! Feel dia lain macam sikit!!!..



LAWATAN KE PUSAT PENTERNAKKAN DAN PENETASAN BELANGKAS


Untuk ke Pusat Penternakkan dan Penetasan Belangkas, AM dan team menaiki bot menyelusuri Sungai Sedili Kecil.. 



Satu daripada usaha pemuliharaan dijalankan di Sedili Kecil Johor sejak lebih tiga dekad lepas.

Pusat ternakan dan penetasan belangkas mula itu dibina dan diusahakan oleh Ahmad Mustafa dan keluarganya pada tahun 1984. Pusat tersebut menerusi beberapa siri naik taraf menggunakan peruntukan individu, Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sedili dan terbaharu menggunakan peruntukan yang disalurkan menerusi kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) antara beberapa jabatan dan agensi seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), PNK Sedili dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sedili.










Namun di sesetengah tempat, belangkas amat popular sebagai makanan dan sudah ada kajian mengenainya terutama bahagian darah belangkas yang mempunyai nilai perubatan..

Ketika ini ribuan belangkas ditangkap nelayan tempatan dan di sesetengah tempat ia dimasak dan telur yang berwarna kekuningan dimakan. Belangkas betina lebih digemari kerana telurnya.

Selain itu, kajian mengenai belangkas turut dijalankan iaitu darah belangkas digunakan sebagai endotoksin. Lisat amoebosit daripada darah belangkas dikenal pasti mampu mengesan kehadiran bakteria gram negatif dalam kuantiti yang sangat kecil.

Oleh itu, bagi memastikan populasi belangkas tidak pupus, pemeliharaan dan pemuliharaan belangkas secara mampan perlu dipertingkat.


KATA ALONG MURNI:

 AM SANGAT MENYOKONG USAHA BAGI MEMULIHARA 
DAN MEMELIHARA SPESIES BELANGKAS INI 
DARI PUPUS DAN DIANCAM..
 SATU UCAPAN TAHNIAH DAN PENGHARGAAN KEPADA
 PERSATUAN NELAYAN KAWASAN (PNK) SEDILI DENGAN KERJASAMA 
STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN (NBOS), 
LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA (LKIM), PNK SEDILI DAN
 PUSAT TRANSFORMASI LUAR BANDAR (RTC) SEDILI.
 SEKALUNG BUDI JUGA PADA PIHAK KEJORA 
DALAM USAHA MENAIKKAN INDUSTRI DAN 
EKONOMI PELANCONGAN DESA.








Tuesday, 13 March 2018

DAPUR JENDELA : RETRO DAN UNIK


DAPUR JENDELA : RETRO DAN UNIK

Selepas bersiar-siar di sekitar Johor Bharu, Along (AM) dan team Borakkita singgah makn malam di Restoran Dapur Jendela.  Restoran ini terletak di deretan kedai di Jalan Tan Hiok Nee Johor Bahru berdekatan dengan Pasar Karat JB. Menarik kan bila tengok dari luarnya.


AM berasa teruja dan kagum dengan dekorasinya.. Sungguh Unik dan agak retro suasana di dalam restoran.


Memasing dah rasa teruja nak mencuba menu masakan di sini.Menu utama kat sini adalah Roti Jala,Nasi Kukus Ayam berempah dan sambal sotong,Mee Soto dan ada juga Ubi Rebus cecah dengan sampal tumis Ikan bilis. Menu yang selalu kita makan waktu sarapan tapi boleh di makan di malam hari.. memang betul-betul membangkitkan selera. 










Lempeng dicicah dengan sambal tumis ikan bilis dan roti jalanya memang terbaik wooo..

KATA ALONG MURNI: 

AM SARANKAN YANG DATANG KE BAZAR KARAT JOHOR BHARU 
UNTUK SINGGAH DI DAPUR JENDELA. 
DENGAN DEKORASI DAN MENU LAIN DARI YANG LAIN 
PASTI MEMBANGKITKAN SELERA DAN MENINGGALKAN MEMORI BERSAMA KELUARGA..




JEJAK WARISAN DI JOHOR BHARU : MENAIKI BECA & RV LUXURY COACH


JEJAK WARISAN DI JOHOR BHARU : MENAIKI BECA & RV LUXURY COACH

Selesai sahaja sarapan pagi di Hotel Amari, Along Murni (AM) dan team Borakkita memulakan aktiviti bersama SITTY TRAVEL pusing-pusing kawasan sekitar Pekan Johor Bharu. Masih banyak rupanya tempat-tempat yang menarik di sini. Kami kemudiannya berjalan kaki menyelusuri setiap lorong-lorong di pekan.







Antara mural-mural yang terdapat di sepanjang lorong lorong kecil yang sempat AM 'capture' adalah:







BANGUNAN SULTAN IBRAHIM

AM sempat singgah di Bangunan Sultan Ibrahim yang juga merupakan bekas bangunan urus Setia negeri Johor. Ia terletak di Bukit Timbalan di Johor Bahru, Malaysia. Bangunan ini telah dibina di antara tahun 1936 dan 1939 dan telah siap pada tahun 1940 kerana kerajaan kolonial British mencuba untuk menyelaraskan pentadbiran negeri. Ia telah dirasmikan oleh almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar.



Ia juga merupakan bangunan tertinggi di Malaya semasa zaman sebelum Merdeka .


Seni bina bangunan ini menggabungkan kolonial serta Melayu dengan seni bina reka bentuk yang Saracenic dan menara menjadikannya mercu tanda di Johor Bahru. Bangunan ini telah direka oleh firma seni bina terkenal British, Palmer dan Turner yang juga bertanggungjawab dalam perancangan Hospital Besar Johor Bahru yang kini dikenali sebagai Hospital Sultanah Aminah serta beberapa mercu tanda penting di Singapura.


Bangunan ini dahulunya menempatkan Menteri Besar (pejabat Menteri Besar) dan Dewan Undangan Negeri Johor sebelum kedua-duanya telah dipindahkan ke Kota Iskandar.


‘SALAHUDDIN BAKERY’ : kedai roti tertua di Johor Bharu.

Bau aroma roti yang dibakar dengan menggunakan ketuhar kayu cukup  membuatkan AM  yang berjalan di sepanjang Jalan Dhoby untuk berhenti.



Kedai Roti Salahuddin di bahagian lama Johor Bahru telah mengumpulkan pengikut yang setia sejak mula dibuka. Kedai roti ini menyiapkan roti, kek dan pastri dengan cara yang lama menggunakan oven ketuhar yang berumur 70 tahun untuk membakar barang-barang mereka, memberikan mereka rasa tradisional, pedesaan. Reguler akan memberitahu anda bahawa segala-galanya di sini adalah luhur, tetapi pastikan untuk mencuba bengkak dan kue Bengali mereka juga. Juga ambil roti segar untuk pergi, yang paling dinikmati dengan mentega dan jem. Tempat letak kereta boleh menjadi isu di sini jadi mungkin idea untuk mendapatkan seseorang untuk memandu ketika anda berjalan ke kedai roti. Ambil perhatian bahawa Salahuddin Bakery ditutup setiap hari Jumaat.







ALAMAT / LOKASI No 26, Jalan Dhoby, Bandar Johor Bahru, 8000 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim.

HUBUNGAN NO + 607- 227 3736 / + 6012-7668380 / + 6012-7688380

JAM OPERASI 8.00 pagi - 2.00 petang (ditutup pada hari Jumaat)

BECA

Menjelang malam, AM diberitahu yang kami akan menaiki beca dari Hotel Amari bagi melihat suasana malam di kawasan sekitar.Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh PS HOLIDAYS..



Perkhidmatan beca yang bermula dari Hotel Amari akan melalui beberapa batang jalan termasuk Jalan Wong Ah Fook, Jalan Gereja serta Persiaran Muafakat Bangsa Johor.

Inisiatif yang mendapat kerjasama Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) Johor ini menyediakan perkhidmatan 12 beca di laluan sepanjang 2.2 kilometer meliputi Jalan Wong Ah Fook, Jalan Gereja dan Persiaran Muafakat Bangsa Johor.

Perkhidmatan itu beroperasi di Hotel Amari, dari jam 5 petang hingga 9 malam setiap hari.

Kadar bayaran RM15 dikenakan bagi setiap pengguna yang membawa mereka mengunjungi ke tempat menarik antaranya Bukit Timbalan, muzium, dan rumah ibadat pelbagai kaum.

Selepas menaiki beca, AM merasa pula naik RV Luxury Coach. Memang cantik jenis bus nie.. AM ada sempat capture tapi malangnya sebab waktu malam tidak nampak jelas.. Tapi bila masuk je dalam nie, AM rasa kagum dan Wowww!!!!

gambar di atas AM ambil dari google









Kapasiti: 6 Dewasa & 2 Anak | Yuran Sewa RM2000 / Hari
Pakej Termasuk
  • Pembantu pemandu
  • Diesel, tol, yuran letak kereta
  • Accesories dapur penuh - Termasuk Set BBQ
  • Sistem karaoke dengan 30,000 lagu - Cina, Melayu & Inggeris
  • Tempat letak kereta - 1hp x 2pcs & 2hp x 1pcs
  • Bas yang beroperasi 40 unit udara berpecah udara
  • Tangki air bersih 1,000 liter
  • Tandas mandi & bilik mandi berasingan - dengan pemanas air
  • Insurans kemalangan perjalanan penumpang

Kami menuju ke Istana Bukit Serene dengan menaiki RV Luxury Coach.. Wahhh!! memang rasa mewah je sepanjang perjalanan ke sana.. siap boleh karaoke lagi!! Walaaa!!!


ISTANA BUKIT SERENE

Istana Bukit Serene mempunyai menara yang berukuran 35m dan merupakan antara tarikan pelancong yang terkenal di Johor Bahru. Pelancong juga kagum dengan ukiran unik di dinding di bangunan bersejarah ini yang mempunyai pengaruh Art Deco.







Istana ini mempunyai taman besar yang luas yang merupakan tapak umum untuk banyak perhimpunan dan perayaan diraja. Istana ini dijaga dengan baik oleh Angkatan Tentera Johor, tentera swasta Sultan sendiri.

Istana Bukit Serene adalah hadiah dari kerajaan Johor kepada Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar bersempena sambutan ulang tahun ke-40 sebagai Sultan Johor.

KATA ALONG MURNI:

PENGALAMAN YANG INDAH BUAT AM.. 
MERASA NAIK BECA DAN MENAIKI COACH MEWAH!!
 DI SAMPING DAPAT MELAWAT MENYELUSURI 
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KAWASAN SEKITAR PEKAN JOHOR BHARU..