IFTAR@KL 2018: PROGRAM KEPERLUAN PELANCONGAN ISLAMIK


IFTAR@KL 2018: PROGRAM KEPERLUAN PELANCONGAN ISLAMIK
INTIPATI PENGISIAN ROHANI DAN KESENIAN ISLAM
SEMARAKKAN BULAN RAMADHAN


Rentetan daripada Iftar@KL2016 dan Iftar@KL2017 yang begitu mendapat sambutan daripada masyarakat tempatan dan pelancong luar Negara, Iftar@KL2018 muncul kembali dengan pengisian program keperluan pelancongan islamik  dengan intipati pengisisan rohani dan kesenian Islam.

Bagi tahun ke-7 ini, Iftar@KL 2018 telah berlangsung di bulan Ramadan 1439H sebanyak enam (6) kali pada tarikh 26&27 Mei, 2&3, 9&10 Jun 2018 (Setiap Sabtu dan Ahad) di Jalan Raja, Kuala Lumpur (berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad). Urus setia telah berusaha melakukan penambahbaikan penganjuran yang diselaraskan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).



Iftar@KL 2018 bertujuan untuk menjadikan bulan Ramadan sebagai satu bulan di mana kegiatan kerohanian dan kesenian Islam dapat disemarakkan kepada masyarakat khususnya dalam kalangan generasi muda serta memupuk nilai-nilai murni melalui penganjuran aktiviti. Urus setia berusaha membawa Iftar@KL 2018 sebagai satu program keperluan pelancongan secara islamik dan platform menjadikan Kuala Lumpur sebagai Pusat Seni dan Budaya di peringkat Antarabangsa.
Selain itu, ia bertujuan untuk mengimarahkan dan memakmurkan bulan Ramadan sebagai  bulan ibadah dan keprihatinan sesama insan melalui amalan-amalan kebajikan di samping mengeratkan hubungan silaturahim masyarakat pelbagai kaum. Melalui program seumpama ini, umat Islam digalakkan untuk mengejar ganjaran dan kenikmatan bulan yang penuh berkat.


Kelainan pengisian IFTAR@KL 2018, sebanyak lima belas (15) komponen pengisian aktiviti berbanding empat belas (14) aktiviti pada tahun 2016 & 2017 yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bersama Rakan Pengajuran Bersama (NBOS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Pertahanan Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia serta pelbagai agensi iaitu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Tourism Malaysia, Islamic Tourism Centre, Jabatan Warisan Negara, Jabatan Penerangan Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Masjid Jamek Kampong Bharu, Alam Flora, Food Truck Entrepreneurs dan Sukarelawan Budaya JKKN serta Voluntourism di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan iaitu :
  • ·         Penyediaan dan Pengagihan Bubur Lambuk
  • ·         Pameran Bubur Lambuk
  • ·         Produk Pakej Umrah
  • ·          Tadarus Al-quran
  • ·         Sukarelawan
  • ·         Klinik Tahsin Al-Quran
  • ·          Jualan Food Truck
  • ·         Kaunter Zakat
  • ·         Mobile CTC
  • ·         Kaunter Sumbangan
  • ·         Majlis Berbuka Puasa (Iftar)
  • ·          Solat Berjemaah (Maghrib, Isyak dan Terawih)
  • ·          Bicara Ramadan (Ramadan Talk)
  • ·          Konsert Ramadan dan Moreh.

Melalui program ini juga, akan dihiburkan oleh Kumpulan Nasyid terkenal Tanah air iaitu Kumpulan Hijjaz, UNIC, Raihan dan artis-artis nasyid yang lain manakala penceramah terkenal akan dijemput untuk memeriahkan program sepanjang iftar@KL 2018 berlangsung iaitu Sahibul Samahah  Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, YBhg. Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, YBhg. Datuk Ustaz Kazim Elias, YBhg. Dato’ Ustaz Badlishah Bin Alauddin, YBhg. Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzillah Kamsah dan PU Azman.

JKKN ialah sebuah agensi di bawah Kementerian pelancongan dan Kebudayaan yang bukan sahaja menjalankan aktiviti kebudayaan dan kesenian di Malaysia malah menyemarakkan nilai-nilai murni, semangat perpaduan, penyelidikan, kerohanian, dan mengetengahkan majlis-majlis Ilmu yang berlandaskan kecintaan kepada Negara.

Melalui Iftar@KL 2018, bulan Ramadan dijadikan sebagai satu bulan di mana kegiatan kerohanian dan kesenian islam dapat disemarakkan kepada masyarakat khususnya generasi muda dalam memupuk nilai-nilai murni terutama masyarakat kota.

KATA ALONG MURNI:

AM SANGAT MENYOKONG PROGRAM SEUMPAMA INI. 
DI SAMPING DAPAT BERBUKA PUASA BERSAMA PENGUNJUNG YANG HADIR SAMADA TEMPATAN DAN ANTARABANGSA, 
IA JUGA DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN SIRATURRAHIM SESAMA ISLAM. MALAHAN PORGRAM-PROGRAM YANG DIANJURKAN JUGA
 PENUH DENGAN PENGISIAN ROHANI DAN BERCIRIKAN ISLAMIK. 
SEMOGA MISI DALAM MENGIMARAHKAN BULAN RAMADHAN INI 
MENDAPAT KEBERKATAN DAN MENJULANG MALAYSIA DI MATA DUNIA!

Post a Comment

0 Comments