Nikmati Texas Chicken dan Tex Cafe Pertama Di Dunia

Ikuti blog Along Murni(AM) dalam melayari kenikmatan makanan di Texas Chicken dan Tex Cafe Pertama Di Dunia yang terletak di KLCC.

Mempelopori bidang teknologi dalam mengenali IPv6 dan Internet of Things(IOT)

Buat pertama kalinya Along Murni(AM) menyusuri bidang teknologi maklumat dalam mengenali Apa Itu IPv6.

Fenomena Seni KL Biennale 2017

Kuala Lumpur Biennale 2017 telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato Seri' Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz di Balai Seni Lukis Negara pada 24 November 2017.

Kenikmatan Merasai Makanan di The Mines Shopping Mall

Menyusuri kenangan mencipta rasa makanan enak di The Mines, Seri Kembangan bersama rakan-rakan blogger.

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah (PPZ - MAIWP)

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah (PPZ - MAIWP) dan tajaan dari COUDRE Kuala Lumpur

Tuesday, 31 July 2018

AKADEMI ALTUZ: MERUNGKAI PERMASALAHAN DISLEKSIA


AKADEMI ALTUZ: MERUNGKAI PERMASALAHAN DISLEKSIA
KAEDAH ORTON-GILLINGHAM


Kali ini AlongMurni (AM) ingin merungkai permasalahan Disleksia di kalangan masyarakat. Pastinya ramai di sini pernah menonton drama bersiri ‘7Hari Mencintaiku’ yang ditayangkan di TV3. AM rasa terkesan dengan salah satu watak kanak-kanak bernama Buntat yang dilakonkanoleh Muhammad Ariff Abdullah hingga ramai yang menitiskan air mata dan terbawa-bawa dengan watak yang dilakonkan oleh ‘Buntat’ dengan berkesan. Di sebalik keberkesanan lakonan itu, siapa sangka kanak-kanak berusia 12 tahun tersebut, Muhammad Ariff Abdullah menghidap disleksia iaitu sejenis masalah gangguan pembelajaran.

Penghidap disleksia bagaimanapun tiada masalah mengikuti kelas-kelas yang bersifat praktikal seperti kelas menari, berlakon, muzik dan seni. Mereka hanya berdepan kesukaran dalam subjek-subjek yang memerlukan aktiviti menulis, membaca serta menghafal.

antara tokoh-tokoh menhidap Disleksia
Masyarakat sering menganggap disleksia berlaku kerana kegagalan ibu bapa mendidik anak-anak atau kegagalan mereka dalam memberikan arahan yang betul kepada penghidapnya, namun perkara tersebut dinafikan oleh pakar-pakar perubatan yang menjalankan kajian terhadap pesakit disleksia.

Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.


Namun kini masalah ini boleh diatasi dengan wujudnya Akademi Altuz. Bagi menangani masalah Disleksia, Akademi Altuz menggunakan kaedah Orton-Gilingham. Kaedah berstruktur ini diperakui oleh Persatuan Disleksia Antarabangsa (IDA)

Semua Pakar Akademik Terapi Bahasa di akademi ini telah menjalani pembelajaran lengkap serta
latihan amali yang dipantau oleh penyelia bertauliah dan diperakui oleh Orton-Gillingham
Practitioners and Educators (AOGPE) dan IDA.



“Adalah amat penting bagi pakar pemulihan, pendidik serta guru yang membimbing pelajar disleksia

untuk dipantau, dan dilatih pada tahap tinggi mengikut kaedah berasaskan-bukti.  Latihan celik huruf
seharusnya dikendalikan secara menyeluruh, dan diperakui oleh organisasi antarabangsa termasuk
ketika menjalani tempoh latihan amali. Pembangunan tahap profesionalisme yang berterusan juga
harus ada demi kebajikan kanak-kanak yang akan mereka didik nanti,” ujar pengasas Akademi Altuz, Dr Choy Su-Ling.

AM BERSAMA DR CHOY SU LING (PENGASAS AKADEMI ALTUZ)

Dr Choy, bersama dengan pengurus pusat pembelajaran Yap Jo Ling, telah melakar sejarah dalam
komuniti disleksia antarabangsa selaku dua orang pakar akademi terapi bahasa yang pertama dari
Malaysia menjalani latihan di AOGPE.  Mereka akan terus dipantau dan diaudit oleh AOGPE demi
memenuhi dan mengekalkan standard pengajaran yang tinggi. 


Kaedah Orton-Gillingham telah dibangunkan pada tahun 1920 oleh Dr Samuel Orton, doktor
pertama yang menemui disleksia, bersama dengan Anna Gillingham, seorang pakar psikologi dan
guru yang berbakat. Kaedah ini diperkukuhkan lagi melalui lebih 10,000 kajian saintifik selama lebih
70 tahun yang membuktikan bahawa kaedah membaca mesti merangkumi lima prinsip utama:
kesedaran fonemik, fonik sistematik, kelancaran, perbendaharaan Bahasa dan pemahaman.



KATA ALONG MURNI

AKADEMI ALTUZ MENJADI PILIHAN BAGI IBU BAPA YANG
 MEMPUNYAI ANAK-ANAK DENGAN SIMPTOM MASALAH DISLEKSIA.
 JIKA ANAK-ANAK MEMPUNYAI MASALAH DALAM PEMBELAJARAN, 
KITA SEBAGAI IBU BAPA SEHARUSNYA MENGENALPASTI DAN CUBA MEMBANTU AGAR MEREKA DAPAT BERDIKARI TANPA MEMERLUKAN BANTUAN
 BILA DEWASA KELAK. 
MASYARAKAT PULA JANGAN MUDAH MENGHUKUM SEBALIKNYA 
CUBA UNTUK MEMAHAMI SETIAP PERMASALAHAN YANG BERLAKU
 KERANA GENERASI MUDA MERUPAKAN
 PELAPIS BANGSA KITA DI MASA HADAPAN.
 MOGA MANAFAAT DAPAT DIPEROLEH DAN ANAK-ANAK 
MENDAPAT BIMBINGAN SEPENUHNYA DI 
AKADEMI ALTUZ




Friday, 27 July 2018

WEDDING HOMESTAY : PAKEJ MENARIK DARI RNN CEM SDN BHD


WEDDING HOMESTAY : PAKEJ MENARIK DARI RNN CEM SDN BHD
SERBA LENGKAP & HARGA BERBALOI



Bila bercakap mengenai perkahwinan, semestinya kaum perempuan begitu teruja. Semuanya mengimpikan perkahwinan yang indah dan bahagia. Kalau boleh Till jannah. Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara untuk suka-suka. Kita berkahwin untuk menghalalkan hubungan sah sebagai suami isteri dan meneruskan legasi keluarga disamping memenuhi tuntutan agama.


AlongMurni (AM) berkesempatan untuk menjengah Majlis Rumah Terbuka Terlajak Raya yang dianjurkan oleh RNN CEM Sdn Bhd dengan kerjasama Chef yang begitu petah berkata-kata iaitu Chef Yang Jamil. Bila AM menjejak kaki ke majlis ini, AM terkesima dan kagum dengan hasil rekaan dan ketelitian setiap perincian konsep yang cuba diketengahkan. Nak tau kenapa?? Konsep yang cuba diketengahkan dan diperkenalkan begitu unik dan terbaru iaitu dengan Tema ‘Wedding Homestay’.

Wedding Homestay

By RNN CEM SDN BHD
27, Jln Doktor U1/67,
 Kawasan Perindustrian Temasya,
 40150 Shah Alam, Selangor
016-873 4032

INFORMASI TENTANG RNN CEM SDN

RNN Catering & Event Management di uruskan penuh oleh RNN CEM SDN yang beroperasi di Jalan Sentul Kuala Lumpur di terajui oleh Pn Fadlina Lai (Pengarah Urusan) dibantu oleh En Khairul Haizal (Marketing Officer) , En Kamarul Izwan (Operation Manager), Chef Norhashimah ( Head Chef) serta ahli pasukan hebat yang lain. Syarikat ini berpengalaman lebih 15 Tahun dalam industri katering dan pengurusan majlis. Tidak hairanlah setiap kerja dalam menjayakan majlis dibuat dengan lebih teliti dan professional. RNN Catering & Event Management juga mengendalikan perkhidmatan katering untuk majlis kecil kecilan mahupun besar seperti akikah, seminar, keraian, majlis pertunangan, majlis perkahwinan dan sebagainya.







Pemilihan homestay juga adalah mengambil kira aksessebiliti, kemudahan dan keluasan tempat. Paling penting homestay ini juga telah dilengkapi dengan kemudahan dan telah didekorasikan oleh pakar pereka dalaman tersohor iaitu Pak Abu.







Turut hadir beberapa jemputan VVIP dan VIP yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka RNN Catering & Event Management Sdn Bhd, antaranya seperti YBhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah, Ketua Setiausaha Kemeneterian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Puan Seri Hjj Dayang Normala (isteri Allahryarham Tan Seri Elyas Omar, Dato' Jalaluddin Hassan, Dato' Shah Rezza, Rumah Amal Kebajikan  Persatuan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan Kajang Selangor dan Akademi Tahfiz Al Abrar.








Pihak RNN Catering & Event Management Sdn Bhd kini mencari 10 pelanggan yang bertuah untuk diberikan diskaun terhebat iaitu REBAT sehingga RM 8000. Wahh!! Apa lagi?? Musim cuti sekolah dan pasti ramai yang mencari pakej-pakej perkahwinan yang berbaloi dan lengkap dengan semua.

PILHAN MENU MAKANAN

Untuk pakej makanan di Wedding Homestay by RNN Catering & Event Management Sdn Bhd, mereka menawarkan 2 pilihan menu makanan. Tiada paksaan dalam pemilihan makanan ni, cuma ada beza untuk 2 set ini. Ada menu biasa dan menu kampung.

Menu Cadangan 1
Menu Cadangan 2 (Menu Kampung)
         i.            Nasi minyak/ Briyani 80%
       ii.            Nasi putih 20%
      iii.            Ayam masak merah/ goreng berempah
     iv.            Daging hot Palembang/ masak hitam
       v.            Dalca sayur
     vi.            Acar Jelantah dan Papadom
    vii.            Buah dan kordial punch
  viii.            Tea corner dan 30% dessert
     ix.            2 jenis kuih kukis
       x.            Bubur kacang/ pulut hitam

         i.            Nasi putih beras Basmati Pusa
       ii.            Ayam goreng berempah
      iii.            Daging salai masak lemak cili api/ kawah
     iv.            Sayur campur
       v.            Ikan kering
     vi.            Ulam-ulaman dan sambal belacan
    vii.            Buah dan kordial punch
  viii.            Tea corner dan 30% dessert
     ix.            2 jenis kuih kukis
       x.            Bubur kacang/ pulut hitam













PAKEJ WEDDING HOMESTAY

RM35/ pax - 1000pax (Harga promo RM27.99/pax)
RM40/ pax - 800pax (Harga promo RM29.99/pax)
RM58/ pax - 500pax (Harga promo RM40.99/pax)

Pakej termasuk menu pilihan, pramusaji 14 orang, 4 serving dome, set keluarga pegantin/ VIP beserta dengan hidangan raja sehari untuk 10 orang. Menu hidangan raja sehari: Ayam golek, ikan siakap sweet sour, sayur campur, udang, buah-buahan.

Selain daripada untuk digunakan sebagai homestay untuk majlis perkahwinan, RNN Catering & Event Management Sdn Bhd  juga menyediakan perkhidmatan majlis akikah, khatam Al-Quran, sambutan hari lahir dan banyak lagi.



Sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi:-
RNN Catering &Event Management Sdn Bhd
No 2, Jln Terap Off Jalan Kovil Hilir,
Jalan Sentul, 51100,WP Kuala Lumpur.

Office: 010-3672383 / 013-2829394
Hotline : 016-873 4032 /012-325 2383

Email: sales.hotcatering@gmail.com

IG  hotcatering
Youtube : hotcatering



KATA ALONG MURNI

AM SANGAT SUKAKAN DAN KAGUM DENGAN DEKORASI YANG TERHASIL. 
RNN CEM SDN BHD SEMESTINYA MENYAJIKAN PAKEJ-PAKEJ MENARIK 
SERBA LENGKAP DAN SEMPURNA 
UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN DENGAN HARGA YANG BERBALOI. 
PADA YANG BERMINAT, BOLEH MEMBUAT TEMPAHAN SEGERA.
 JANGAN LENGAH DAN RAGU-RAGU.. 
PILIH RNN CEM SDN BHD PASTI BERBALOI!!!

TEMA DISCOVER AUSTRALIA : JADI PILIHAN DI RESTORAN KONTIKI


TEMA DISCOVER AUSTRALIA : JADI PILIHAN DI RESTORAN KONTIKI
FEDERAL HOTEL KUALA LUMPUR
‘ITS ALL ABOUT AUSTRALIA FOOD’


Bila terpandang dengan kain rentang “Discover Australia’ Along Murni (AM) secara langsung terus teringat pada Kanggaro. Bagi AM Australia memang sinonim dengan Kanggaro.



Sebenarnya nama Australia berasal dari bahasa Latin ‘australis’ yang berati ‘selatan’. Australia adalah Negara terbesar ke-6 di dunia, yang merangkumi seluruh benua seluas 7,6 juta km2. Australia mempunyai ekosistem yang menakjubkan dengan flora dan fauna yang unik, termasuk hutan hujan yang masih kekal, susunan batu-batuan unik dan pantai-pantai yang indah.





Kedatangan AM ke Restoran Kontiki Federal Hotel Kuala Lumpur untuk menjelajah dan mendekati keunikan makanan Australia dengan tema ‘Discover Australia’ menjadi pilihan di Restoran Kontiki. Pelbagai andaian dan pendapat tentang keunikan dan menjadi citarasa gastronomi masyarakat Australia umumnya cuba AM dekati dan rasai. Kombinasi makanan, minuman, sukan, seni dan kebudayaan membuatkan Australia mempunyai tarikannya tersendiri. Maka tak hairanlah bahawa ramai di antara kita menganggap Australia sebagai syurga makanan.






Tema ‘Discover Australia’ menjadi pilihan agar masyarakat Malaysia dapat merasa sendiri masakan asli dari Australia yang dibawakan oleh The Federal Hotel Kuala Lumpur dengan kerjasama Hotel The Grace Sydney dan mendapat sokongan dari Kedutaan Australia, AUSTRADE, Tourism Australia.






Federal Hotel Kuala Lumpur menawarkan pelbagai keunikan rasa asli masyarakat di Australia dan segalanya boleh dinikmati di Restoran Kontiki bermula dari 13 Julai hingga 29 July 2018. Ini adalah sempena meraikan hubungan rapat Australia dengan Malaysia hampir 63 tahun pada tahun 2018 ini. Makanan enak yang disediakan oleh Chef Darren Ho yang sangat berpengalaman telah memenangi anugerah ‘Best New Restaurant’ di Australia serta Chef Tang Hou Chin bakal membawa AM dan semua untuk  menjejah keunikan makanan Australia.







Menu ‘Discover Australia’ yang diketengahkan ialah BBQ Buffet. Makanan seperti BBQ, udang, ikan, pai serta kentang goreng sangat popular dikalangan rakyat Australia yang akan dimakan bersama sos tomato, salad, mayonis, sos bbq dan roti mereka yang sangat enak dan lembut.

AM BERSAMA CHEF DARREN HO
Limpahan gastronomi  jelas dapat dilihat dari setiap sajian yang dipersembahkan oleh Chef Darren Ho dan Chef Tang Hou Chin . Gastronomi ?? Gastronomi merupakan kajian mengenai hubungan antara budaya dan makanan. Istilah ini sering disalah tafsir sebagai istilah yang mengacu kepada seni masakan. Gastronomi hanyalah sebahagian kecil dari seni memasak. Gastronomi mengkaji berbagai komponen budaya dengan makanan sebagai panduan. Kata makna gastronomi berasal dari bahasa Yunani kuno γαστήρ (gastros) yang ertinya "perut" dan νόμος (nómos) yang maksudnya "pengetahuan" atau "ilmu".






AM tak nak cakap lebih-lebih sebab penting untuk datang sendiri ke Restoran Kontiki Federal Hotel Kuala Lumpur setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad hingga 29 Julai 2018. Waktu dibuka pada 6:30 petang hingga 10:30 malam. Harga seperti dibawah.
  • Dewasa : RM148
  • Kanak-Kanak: RM55
  • Warga Emas : RM 74
  • 30% OFF bagi pemegang kad atau ahli Gracious Rewards & FHI Privilege Club
  • 25% OFF bagi pemegang Kad Citibank


Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun / warga emas atas 55 tahun dan harga and tawaran boleh berubah tanpa notis.   Untuk membuat tempahan boleh hubungi +603 2148 9166 atau melawat laman sesawang 

KATA ALONG MURNI.

TEMA ‘DISCOVER AUSTRALIA’ YANG DIPILIH OLEH RESTORAN KONTIKI 
SANGAT BERTEPATAN DAN PENUH KEUNIKAN MAKANAN TERSENDIRI. 
DENGAN ADANYA CHEF-CHEF YANG BENAR-BENAR BERPENGALAMAN DAN AMAT MEMAHAMI SENI DALAM MASAKAN, 
JADI GASTRONOMI ANTARA KEDUA-DUANYA DAPAT DITAMPILKAN 
DENGAN BEGITU UNIK DAN KLASIK. 
JOMM MERIAHKAN HUJUNG MINGGU INI BERSAMA DENGAN KELUARGA
 DAN SAHABAT HANDAI KE RESTORAN KONTIKI YA!!