Tuesday, 31 July 2018

AKADEMI ALTUZ: MERUNGKAI PERMASALAHAN DISLEKSIA


AKADEMI ALTUZ: MERUNGKAI PERMASALAHAN DISLEKSIA
KAEDAH ORTON-GILLINGHAM


Kali ini AlongMurni (AM) ingin merungkai permasalahan Disleksia di kalangan masyarakat. Pastinya ramai di sini pernah menonton drama bersiri ‘7Hari Mencintaiku’ yang ditayangkan di TV3. AM rasa terkesan dengan salah satu watak kanak-kanak bernama Buntat yang dilakonkanoleh Muhammad Ariff Abdullah hingga ramai yang menitiskan air mata dan terbawa-bawa dengan watak yang dilakonkan oleh ‘Buntat’ dengan berkesan. Di sebalik keberkesanan lakonan itu, siapa sangka kanak-kanak berusia 12 tahun tersebut, Muhammad Ariff Abdullah menghidap disleksia iaitu sejenis masalah gangguan pembelajaran.

Penghidap disleksia bagaimanapun tiada masalah mengikuti kelas-kelas yang bersifat praktikal seperti kelas menari, berlakon, muzik dan seni. Mereka hanya berdepan kesukaran dalam subjek-subjek yang memerlukan aktiviti menulis, membaca serta menghafal.

antara tokoh-tokoh menhidap Disleksia
Masyarakat sering menganggap disleksia berlaku kerana kegagalan ibu bapa mendidik anak-anak atau kegagalan mereka dalam memberikan arahan yang betul kepada penghidapnya, namun perkara tersebut dinafikan oleh pakar-pakar perubatan yang menjalankan kajian terhadap pesakit disleksia.

Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.


Namun kini masalah ini boleh diatasi dengan wujudnya Akademi Altuz. Bagi menangani masalah Disleksia, Akademi Altuz menggunakan kaedah Orton-Gilingham. Kaedah berstruktur ini diperakui oleh Persatuan Disleksia Antarabangsa (IDA)

Semua Pakar Akademik Terapi Bahasa di akademi ini telah menjalani pembelajaran lengkap serta
latihan amali yang dipantau oleh penyelia bertauliah dan diperakui oleh Orton-Gillingham
Practitioners and Educators (AOGPE) dan IDA.



“Adalah amat penting bagi pakar pemulihan, pendidik serta guru yang membimbing pelajar disleksia

untuk dipantau, dan dilatih pada tahap tinggi mengikut kaedah berasaskan-bukti.  Latihan celik huruf
seharusnya dikendalikan secara menyeluruh, dan diperakui oleh organisasi antarabangsa termasuk
ketika menjalani tempoh latihan amali. Pembangunan tahap profesionalisme yang berterusan juga
harus ada demi kebajikan kanak-kanak yang akan mereka didik nanti,” ujar pengasas Akademi Altuz, Dr Choy Su-Ling.

AM BERSAMA DR CHOY SU LING (PENGASAS AKADEMI ALTUZ)

Dr Choy, bersama dengan pengurus pusat pembelajaran Yap Jo Ling, telah melakar sejarah dalam
komuniti disleksia antarabangsa selaku dua orang pakar akademi terapi bahasa yang pertama dari
Malaysia menjalani latihan di AOGPE.  Mereka akan terus dipantau dan diaudit oleh AOGPE demi
memenuhi dan mengekalkan standard pengajaran yang tinggi. 


Kaedah Orton-Gillingham telah dibangunkan pada tahun 1920 oleh Dr Samuel Orton, doktor
pertama yang menemui disleksia, bersama dengan Anna Gillingham, seorang pakar psikologi dan
guru yang berbakat. Kaedah ini diperkukuhkan lagi melalui lebih 10,000 kajian saintifik selama lebih
70 tahun yang membuktikan bahawa kaedah membaca mesti merangkumi lima prinsip utama:
kesedaran fonemik, fonik sistematik, kelancaran, perbendaharaan Bahasa dan pemahaman.



KATA ALONG MURNI

AKADEMI ALTUZ MENJADI PILIHAN BAGI IBU BAPA YANG
 MEMPUNYAI ANAK-ANAK DENGAN SIMPTOM MASALAH DISLEKSIA.
 JIKA ANAK-ANAK MEMPUNYAI MASALAH DALAM PEMBELAJARAN, 
KITA SEBAGAI IBU BAPA SEHARUSNYA MENGENALPASTI DAN CUBA MEMBANTU AGAR MEREKA DAPAT BERDIKARI TANPA MEMERLUKAN BANTUAN
 BILA DEWASA KELAK. 
MASYARAKAT PULA JANGAN MUDAH MENGHUKUM SEBALIKNYA 
CUBA UNTUK MEMAHAMI SETIAP PERMASALAHAN YANG BERLAKU
 KERANA GENERASI MUDA MERUPAKAN
 PELAPIS BANGSA KITA DI MASA HADAPAN.
 MOGA MANAFAAT DAPAT DIPEROLEH DAN ANAK-ANAK 
MENDAPAT BIMBINGAN SEPENUHNYA DI 
AKADEMI ALTUZ




1 comment:

  1. wah baguslah kalau dah ada tempat macamni. memang bagus. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sebab nak tunggu next entry. saya suka cara awak menaip hehehe. kalau sudi meh lah singgah ke blog saya, saya followers ke 64

    ReplyDelete