TEMA DISCOVER AUSTRALIA : JADI PILIHAN DI RESTORAN KONTIKI


TEMA DISCOVER AUSTRALIA : JADI PILIHAN DI RESTORAN KONTIKI
FEDERAL HOTEL KUALA LUMPUR
‘ITS ALL ABOUT AUSTRALIA FOOD’


Bila terpandang dengan kain rentang “Discover Australia’ Along Murni (AM) secara langsung terus teringat pada Kanggaro. Bagi AM Australia memang sinonim dengan Kanggaro.



Sebenarnya nama Australia berasal dari bahasa Latin ‘australis’ yang berati ‘selatan’. Australia adalah Negara terbesar ke-6 di dunia, yang merangkumi seluruh benua seluas 7,6 juta km2. Australia mempunyai ekosistem yang menakjubkan dengan flora dan fauna yang unik, termasuk hutan hujan yang masih kekal, susunan batu-batuan unik dan pantai-pantai yang indah.





Kedatangan AM ke Restoran Kontiki Federal Hotel Kuala Lumpur untuk menjelajah dan mendekati keunikan makanan Australia dengan tema ‘Discover Australia’ menjadi pilihan di Restoran Kontiki. Pelbagai andaian dan pendapat tentang keunikan dan menjadi citarasa gastronomi masyarakat Australia umumnya cuba AM dekati dan rasai. Kombinasi makanan, minuman, sukan, seni dan kebudayaan membuatkan Australia mempunyai tarikannya tersendiri. Maka tak hairanlah bahawa ramai di antara kita menganggap Australia sebagai syurga makanan.






Tema ‘Discover Australia’ menjadi pilihan agar masyarakat Malaysia dapat merasa sendiri masakan asli dari Australia yang dibawakan oleh The Federal Hotel Kuala Lumpur dengan kerjasama Hotel The Grace Sydney dan mendapat sokongan dari Kedutaan Australia, AUSTRADE, Tourism Australia.






Federal Hotel Kuala Lumpur menawarkan pelbagai keunikan rasa asli masyarakat di Australia dan segalanya boleh dinikmati di Restoran Kontiki bermula dari 13 Julai hingga 29 July 2018. Ini adalah sempena meraikan hubungan rapat Australia dengan Malaysia hampir 63 tahun pada tahun 2018 ini. Makanan enak yang disediakan oleh Chef Darren Ho yang sangat berpengalaman telah memenangi anugerah ‘Best New Restaurant’ di Australia serta Chef Tang Hou Chin bakal membawa AM dan semua untuk  menjejah keunikan makanan Australia.







Menu ‘Discover Australia’ yang diketengahkan ialah BBQ Buffet. Makanan seperti BBQ, udang, ikan, pai serta kentang goreng sangat popular dikalangan rakyat Australia yang akan dimakan bersama sos tomato, salad, mayonis, sos bbq dan roti mereka yang sangat enak dan lembut.

AM BERSAMA CHEF DARREN HO
Limpahan gastronomi  jelas dapat dilihat dari setiap sajian yang dipersembahkan oleh Chef Darren Ho dan Chef Tang Hou Chin . Gastronomi ?? Gastronomi merupakan kajian mengenai hubungan antara budaya dan makanan. Istilah ini sering disalah tafsir sebagai istilah yang mengacu kepada seni masakan. Gastronomi hanyalah sebahagian kecil dari seni memasak. Gastronomi mengkaji berbagai komponen budaya dengan makanan sebagai panduan. Kata makna gastronomi berasal dari bahasa Yunani kuno γαστήρ (gastros) yang ertinya "perut" dan νόμος (nómos) yang maksudnya "pengetahuan" atau "ilmu".






AM tak nak cakap lebih-lebih sebab penting untuk datang sendiri ke Restoran Kontiki Federal Hotel Kuala Lumpur setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad hingga 29 Julai 2018. Waktu dibuka pada 6:30 petang hingga 10:30 malam. Harga seperti dibawah.
  • Dewasa : RM148
  • Kanak-Kanak: RM55
  • Warga Emas : RM 74
  • 30% OFF bagi pemegang kad atau ahli Gracious Rewards & FHI Privilege Club
  • 25% OFF bagi pemegang Kad Citibank


Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun / warga emas atas 55 tahun dan harga and tawaran boleh berubah tanpa notis.   Untuk membuat tempahan boleh hubungi +603 2148 9166 atau melawat laman sesawang 

KATA ALONG MURNI.

TEMA ‘DISCOVER AUSTRALIA’ YANG DIPILIH OLEH RESTORAN KONTIKI 
SANGAT BERTEPATAN DAN PENUH KEUNIKAN MAKANAN TERSENDIRI. 
DENGAN ADANYA CHEF-CHEF YANG BENAR-BENAR BERPENGALAMAN DAN AMAT MEMAHAMI SENI DALAM MASAKAN, 
JADI GASTRONOMI ANTARA KEDUA-DUANYA DAPAT DITAMPILKAN 
DENGAN BEGITU UNIK DAN KLASIK. 
JOMM MERIAHKAN HUJUNG MINGGU INI BERSAMA DENGAN KELUARGA
 DAN SAHABAT HANDAI KE RESTORAN KONTIKI YA!!



Post a Comment

0 Comments