Nikmati Texas Chicken dan Tex Cafe Pertama Di Dunia

Ikuti blog Along Murni(AM) dalam melayari kenikmatan makanan di Texas Chicken dan Tex Cafe Pertama Di Dunia yang terletak di KLCC.

Mempelopori bidang teknologi dalam mengenali IPv6 dan Internet of Things(IOT)

Buat pertama kalinya Along Murni(AM) menyusuri bidang teknologi maklumat dalam mengenali Apa Itu IPv6.

Fenomena Seni KL Biennale 2017

Kuala Lumpur Biennale 2017 telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato Seri' Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz di Balai Seni Lukis Negara pada 24 November 2017.

Kenikmatan Merasai Makanan di The Mines Shopping Mall

Menyusuri kenangan mencipta rasa makanan enak di The Mines, Seri Kembangan bersama rakan-rakan blogger.

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah (PPZ - MAIWP)

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah (PPZ - MAIWP) dan tajaan dari COUDRE Kuala Lumpur

Sunday, 26 August 2018

#DISCOVERSELANGOR “THIS IS HOW LIFE SHOULD BE” PHOTO HUNT 2018


“THIS IS HOW LIFE SHOULD BE” PHOTO HUNT 2018
#DiscoverSelangor
ANJURAN TOURISM SELANGOR DAN SIME DARBY PROPERTY


Pada 19 Ogos 2018 yang lalu, AlongMurni (AM) dan rakan-rakan turut sama menyertai Pertandingan #DiscoverSelangor Photo Hunt 2018 dengan tema  ‘This Is How Life Should Be’  yang dianjurkan oleh Tourism Selangor dan Sime Darby Property . Pertandingan ini menawarkan wang tunai dan hadiah bernilai RM24,500 untuk dimenangi.



Tourism Selangor telah menganjurkan pertandingan memburu foto setiap tahun sejak 2010, untuk mempamerkan pemandangan dan tarikan unik di Selangor. Ia telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat fotografi sejak ia mula dianjurkan. Tahun ini, Tourism Selangor menganjurkan Pertandingan Photo Hunt di Bandar Elmina, salah satu perbandaran utama Sime Darby Property yang terdiri daripada perbandaran Denai Alam, Bukit Subang, Elmina Timur dan Elmina West.




Bandar Elmina dipilih berdasarkan lokasi yang sangat mudah diakses, persekitaran yang indah, serta ruang hijau komunal yang memaparkan taman terbaru - Elmina Central Park seluas 300 ekar, 30% lebih besar daripada Lake Gardens di Kuala Lumpur. Aksesibiliti ke Bandar Elmina adalah mudah, dengan rangkaian jalan yang sangat baik. Ia mudah diakses melalui Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE), Guthrie Corridor Expressway (GCE), Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya ELITE. Lebuhraya juga menghubungkan perbandaran ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2, serta pinggir bandar popular di Lembah Klang seperti Subang Jaya dan Shah Alam. Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH) yang dijangka siap menjelang awal tahun 2020, akan memendekkan masa perjalanan dari Bandar Elmina ke pusat bandar, meningkatkan lagi hubungan dan aksesibiliti perbandaran. Kemajuan perbandaran seperti Bandar Elmina menandakan pertumbuhan Selangor sebagai negeri, dari segi perbandaran dan perkembangan perumahan.

Berikut adalah permandangan yang sempat AM ambil bagi 
menggambarkan keindahan dan keunikan Bandar Elmina






"Tourism Selangor sentiasa aktif mempromosikan permata baru dan tersembunyi di negeri ini. Tahun demi tahun, kami menambah baik dan menjadi lebih kreatif dalam menarik pandangan pelancong antarabangsa dan tempatan. Kami amat berterima kasih kerana mempunyai rakan kongsi yang menyokong seperti Sime Darby Property untuk menjadi tuan rumah tahun ke-9 #DiscoverSelangor Photo Hunt di Bandar Elmina, perbandaran yang penting dan strategik di Selangor, “ kata Pengurus Besar Tourism Selangor, Puan Noorul Ashikin Binti Mohd Din. "Dengan pertandingan memburu foto yang diadakan pada bulan yang sama dengan Hari Kebangsaan Malaysia, kami gembira dapat memainkan peranan dalam mempromosikan tarikan tempatan Selangor, permata tersembunyi dan keindahan yang ditawarkannya sejajar dengan tema tahun ini 'Sayangi Malaysiaku'. Adalah menjadi penghormatan bagi kami untuk menjadikan Bandar Elmina sebagai tuan rumah untuk acara yang bermakna ini. Unsur-unsur alam semulajadi, landskap dan gaya hidup dalam perkembangan ini memberi latar belakang yang sempurna untuk para jurugambar dan peminat alam semula jadi,” kata Pengurus Besar Hartanah Sime Darby, Appollo Leong.

Peserta Photo Hunt 2018 yang terlibat
Pertandingan memburu foto dibuka kepada semua orang awam. Pasukan dengan dua hingga empat orang peserta diberikan 10 hingga 15 soalan mencabar dan peta, dan ditugaskan untuk melawat empat stesen yang meliputi jarak 127 kilometer. Setiap pasukan dikehendaki menjawab soalan dalam bentuk imej kreatif yang diambil di setiap stesen menggunakan mana-mana kamera digital atau telefon.

Majlis Pelepasan Acara

Acara yang berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 6.30 malam bermula di Galeri Jualan Elmina Pavilion. Peserta dilepaskan oleh Encik Shakir Ameer, Ahli Majlis Bandaraya di Majlis Bandaraya Shah Alam sebelum pergi ke stesen pertama - Selangor Fruit Valley di Rawang, tarikan agro terkini di Selangor di mana AM dan team dapat belajar tentang tumbuhan, buah-buahan dan haiwan-haiwan tempatan .

Berikut adalah gambar yang sempat AM ambil 
sepanjang berada di Selangor Fruit Valley





AM dan team kemudian menuju ke stesen kedua, Sungai Kanching di Rawang, sebuah tarikan pelancong popular di mana Air Terjun Kanching terletak. Selepas itu, AM dan team pergi ke Terminal SkyPark di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah sebelum kembali ke titik permulaan dan stesen keempat, Galeri Jualan Elmina Pavilion. AM dan team kemudian terpaksa memilih gambar terbaik kami dan diserahkan kepada hakim.

Berikut adalah gambar yang sempat diambil
 di Air Terjun Sungai Kanching, Rawang





Antara gambar menarik yang AM ambil bila berada
 di Terminal SkyPark Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah 




Pemenang pertandingan berpeluang untuk memenangi hadiah dan wang tunai yang menarik. Hadiah Utama dalam Kategori Profesional terdiri daripada wang tunai dan hadiah bernilai RM6,000, serta tiga hadiah Merit masing-masing bernilai RM1,500 dan lima saguhati bernilai RM500 setiap satu.

Wajah-wajah pemenang Hadiah Utama Kategori Photographer


Wajah-wajah pemenang semua kategori photographer


dan AM dan rakan-rakan iaitu Dboy, Marou & Hakmal pun menang juga tau!!





KATA ALONGMURNI

AM SANGAT SUKA DENGAN PROGRAM DAN USAHA YANG CUBA DIKETENGAHKAN OLEH SIME DARBY PROPERTY DAN TOURISM SELANGOR. WALAUPUN DAH 15 TAHUN MENETAP DI SELANGOR MASIH BANYAK RUPANYA TEMAPAT YANG CANTIK DAN UNIK DI SELANGOR INI YANG BELUM AM JELAJAHI. HARAP SEGALANYA KEUNIKAN INI MASIH DIPELIHARA DAN DIJAGA KEBERSIHANNYA. TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA!!

#photohunt2018 #thisishowlifeshouldbe #cityofelmina #discoverselangor










BOH: LANCAR NEGARAUMMPH TV SEMPENA HARI KEBANGSAAN


BOH: LANCAR NEGARAUMMPH TV 
SEMPENA HARI KEBANGSAAN


Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 61 akan tiba tidak lama lagi. AlongMurni (AM) sendiri berasa tidak sabar dan teruja untuk menyambutnya. Hari yang begitu penting kerana inilah detik kita menghargai perjuangan orang-orang terdahulu bagi memerdekakan negara kita Malaysia.

Seiring dengan sambutan Hari Kebangsaan Ke-61, BOH Plantations Sdn Bhd (BOH) telah melancarkan saluran TV dalam talian, yang dinamakan NegaraUmmph TV. Ia merupakan satu pergerakan di seluruh negara yang menjemput semua rakyat Malaysia untuk bernyanyi sehati sejiwa demi negara.

Saluran 24 jam ini akan disiarkan pada Hari Kebangsaan, bermula dari jam 12.00 tengah malam. Ia bertujuan memaparkan nyanyian ‘Negaraku’ oleh rakyat Malaysia dengan penuh kegembiraan dan kebanggaan, sekaligus menjadi peringatan bagi semua betapa uniknya Malaysia dan bagaimana keunikan negara ini harus dirayakan.


NegaraUmmph TV berpegang kepada misi untuk menyemarakkan semangat perpaduan dan kekitaan terhadap tanah air, tanpa mengira perbezaan latar belakang setiap individu. Oleh itu,  pada Hari Kebangsaan ini, BOH menyeru semua rakyat Malaysia agar menunjukkan semangat ‘Ummph!’ mereka.

“Lepak. Mamak. Nasi lemak. Badminton. Bola Sepak. Teh Tarik, semuanya menarik! Sebagai seorang rakyat Malaysia yang bangga, kami meraikan sifat-sifat kebudayaan unik ini yang melambangkan identiti kita sebagai anak Malaysia. Namun, Hari Kebangsaan tahun ini adalah lebih mengujakan berbanding dengan Hari Kebangsaan sebelum ini.


Memandangkan persekitaran kita semakin berubah, kami berharap untuk melihat lebih ramai rakyat Malaysia yang bangga dan penuh semangat ‘Ummph’,” demikian kata Chen Chaw Chang, Ketua Pegawai Komersial BOH Plantations.





“Sebagai pengeluar teh tempatan, BOH telah menjadi sebati dengan budaya minum teh di Malaysia untuk selama 90 tahun. Namun, kami bukan sekadar ingin menyajikan teh sahaja. Di BOH, kami bertekad untuk berkhidmat kepada masyarakat di Malaysia dengan cara yang lebih bermakna. Justeru itu, NegaraUmmph TV bukan sahaja mencerminkan dedikasi kami untuk memperkaya pengalaman bagi semua rakyat Malaysia, tetapi ia juga membuktikan komitmen kami untuk terlibat dalam setiap detik bahagia dan perayaan dalam kehidupan peminat-peminat teh di seluruh negara,” tambah beliau.





Rakyat Malaysia yang ingin menyertai pergerakan bermakna ini boleh melayari NegaraUmmph TV di www.negaraummph.tv untuk menghantar versi ‘Negaraku’ mereka yang tersendiri. Penyertaan akan dimuat naik ke saluran NegaraUmmph TV, yang akan disiarkan selama 24 jam pada 12 tengah malam, hari Jumaat, 31 Ogos 2018.
Maklumat lanjut, layari:



KATA ALONGMURNI


AM SANGAT MENYOKONG USAHA DAN INISIATIF YANG DILAKUKAN
 OLEH BOH UNTUK TURUT SAMA MERAIKAN DAN MEWARNAKAN
 HARI KEMERDEKAAN YANG PENUH MAKNA INI.. 
JOMM RAMAI-RAMAI KITA LAYARI NEGARAUMMPHTV DAN
 MENYERTAI SALURAN TV DALAM TALIAN YANG DILANCARKAN
 OLEH BOH PLANTATION SDN BHD (BOH)

MAJLIS PELANCARAN LALUAN TERBAHARU AIR ASIA


MAJLIS PELANCARAN LALUAN TERBAHARU AIR ASIA
KUALA LUMPUR KE PHU QUOC
KUKUHKAN HUBUNGAN ASEAN ANTARA MALAYSIA DAN VIETNAM


Pada 7 Ogos 2018 yang lalu, AlongMurni (AM) ke Majlis Pelancaran Laluan Baharu Air Asia terus dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Phu Quoc, Vietnam. Penerbangan empat kali seminggu tersebut akan bermula pada 2 November 2018. Pelancaran Laluan Baharu ini tambah mengukuhkan hubungan Asean antara Malaysia dan Vietnam.


Semasa Majlis Pelancaran tersebut Ketua Komersial AirAsia Malaysia Spencer Lee berkata, “Kami berbesar hati kerana menjadi syarikat penerbangan pertama yang melancarkan laluan terus dari Kuala Lumpur ke salah satu permata tersembunyi Asean, Phu Quoc. Sebagai syarikat penerbangan Asean, kami komited untuk membawa lebih ramai pelawat ke rantau ini. Para tetamu kami kini boleh terbang terus ke Phu Quoc melalui Kuala Lumpur dari 20 buah bandar di 10 buah negara, termasuklah China, India, Australia, Indonesia, Jepun, Korea, Filipina, Thailand, Singapura dan Malaysia. Parapelancong  dari semua negara juga boleh melawat Phu Quoc dengan pengecualian visa sehingga 30 hari, menjadikan pulau ini lebih mudah untuk dilawati.

“Kami juga berharap untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Phu Quoc melalui rangkaian yang luas dan harap dapat bekerjasama dengan kerajaan tempatan bagi membangunkan Phu Quoc untuk menjadi sebuah destinasi pelancongan bertaraf dunia.”


AM sempat juga Google sebab nak tahu juga kenapa Air Asia memilih menjadi Phu Quoc sebagai destinasi pilihan. Namun hasilnya, AM sangat kagum dengan keindahan dan keunikan yang terdapat di Phu Quoc. Phu Quoc merupakan pulau terbesar di Vietnam yang mempunyai pelbagai landskap menakjubkan seperti hutan hijau, pantai yang jernih dan gunung-ganang.

SUMBER DARI  www.phuquocvietnam.net

AirAsia kini menawarkan tambang istimewa termasuk semua dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc daripada RM90*. Tambang ini tersedia untuk tempahan di airasia.com dan aplikasi AirAsia bermula 8 Ogos hingga 19 Ogos 2018 untuk tempoh perjalanan antara 2 November 2018 dan 29 Mac 2019. Ahli BigPay boleh menikmati caj pemprosesan sifar apabila mereka membayar menggunakan kad BigPay. Selain itu, ahli BIG juga boleh menebus penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc dengan hanya 100 Mata Ganjaran BIG (tambang asas sahaja). Wahhh!! Untungnya kepada yang mendaftar sebagai Ahli BigPay. Banyak rupanya keistimewaan menjadi ahli BigPay!!

Phu Quoc menandakan laluan unik ke-59 AirAsia Malaysia dan laluan kelima ke Vietnam. Selain Phu Quoc, AirAsia juga terbang ke empat destinasi lain di Vietnam termasuk Bandar Ho Chi Minh, Da Nang, Hanoi dan Nha Trang dari Malaysia.



Pelbagai tarikan menanti di Phu Quoc termasuklah pantai sepanjang 150 km serta tiga kawasan utama di daerah tersebut iaitu pulau Phu Quoc, Hon Thom dan An Thoi. Ia adalah pulau terbesar di Vietnam yang merupakan sebahagian daripada Wilayah Kien Giang yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai Rizab Biosfera Dunia pada tahun 2006.

Selain itu, terdapat banyak lagi pantai yang indah seperti Pantai Long Beach, Ong Lang, Ganh Dau, dan Starfish, yang menawarkan pemandangan matahari terbenam dan air jernih yang mempesonakan. Antara aktiviti lain yang harus diikuti adalah meneroka pulau-pulau; melawat Kampung Ham Ninh untuk melihat kampung nelayan tempatan; Air Terjun Suoi Tranh yang dikelilingi kawasan hijau, gua dan kolam batu; menikmati makanan laut segar dan hidangan tempatan Vietnam di Pasar Malam Dinh Cau; dan banyak lagi.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).
*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja. Tambang yang dipaparkan hanya untuk Ahli BIG sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.



Jadual Penerbangan untuk Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) – Phu Quoc, Vietnam (PQC):



KATA ALONG MURNI


HARGA YANG DITAWARKAN OLEH AIR ASIA BAGI LALUAN TERBAHARU 
MEMANG BERBALOI DAN SANGAT BERPATUTAN. 
MELIHAT PADA KEUNIKAN DAN KEINDAHAN PHU QUOC 
MEMBUATKAN AM RASA INGIN TURUT SAMA MENGGUNAKAN AIR ASIA 
UNTUK TERBANG KE PHU QUOC. 
PENERBANGAN KE PHU QUOC AKAN BERMULA PADA 2 NOVEMBER 2018. 
JOM RAMAI-RAMAI KITA KE PHU QOUC MENGGUNAKAN
 PENERBANGAN AIR ASIA SEMESTINYA!!






Tuesday, 21 August 2018

CANNIS APP: MENGGABUNGKAN TUJUH FUNGSI PALING POPULAR PERANTI MUDAH ALIH


CANNIS APP : MENGGABUNGKAN TUJUH FUNGSI PALING POPULAR

PERANTI MUDAH ALIH



Baru-baru ini AlongMurni (AM) telah menghadiri persidangan pelancaran global di Pusat Konvensyen dan Pameran Setia City (SCCC) pada 18 Ogos 2018. Cannis adalah Applikasi yang menggabungkan e-dagang, membeli-belah dalam talian, penyiaran secara langsung dan blockchain. Applikasi (APP) CANNIS ini meliputi asas harian seperti makanan, minuman, hiburan, pakaian  dan merangsang model perniagaan dan memacu gelombang baru APP.

Pengerusi Cannis Group adalah Puteri Mahkota Duli Yang Maha Mulia, kekanda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Al-Haj, yang telah membantu beratus-ratus syarikat terkenal dengan pengalaman latihan korporat yang sangat berpengalaman. Naib Pengerusi, Tan Sri Dato Sri Ong Tee Keat dan Ketua Pegawai Eksekutif ialah Datuk Dr. Azman Chin.


Untuk informasi semua Cannis adalah platform merintis perancangan program, teknologi produk, promosi operasi dan visualisasi data. Cannis mempunyai hampir 100 jurutera profesional dan pasukan yang mempunyai keupayaan penyelidikan dan pembangunan yang kuat.
Sejak Mac tahun ini, Cannis telah memperolehi syarikat-syarikat teknologi berturut-turut termasuk Internet, permainan dalam talian, peranti mudah alih, dan perkongsian data yang besar, dan pada masa yang sama, ia telah menjadi rakan kongsi Google, dan meningkatkan kebolehbacaan APP Cannis, dan keselamatan sistem


Datuk Dr Azman Chin berkata bahawa Cannis adalah platform penyokong peminat dan pengikut pertama di dunia. Pada masa kini tidak perlu memuat turun berbilang aplikasi, selagi anda mempunyai Cannis, anda boleh memenuhi semua keperluan peminat. Beliau merujuk kepada falsafah perniagaan Cannis mengenai "anda fikir, kami membinanya", membina media sosial dengan fungsi aplikasi yang paling menyeluruh, dan mewujudkan persekitaran ekologi yang paling sesuai untuk perusahaan dan peminat, dan mengumpulkan pangkalan data pengguna global bersama-sama.



"Cannis APP menggabungkan tujuh fungsi paling popular peranti mudah alih, termasuk siaran langsung dalam talian, e-dagang langsung, permainan dalam talian, video pendek, social media, belanja diskaun dan pembayaran digital. Ia akan mengumpul lebih daripada sepuluh ribu pengguna dalam masa 24 jam. "Beliau berkata bahawa Cannis bukan hanya pentas untuk bakat, cita-cita dan mimpi untuk orang biasa, sistem pembayaran yang dibuat boleh digunakan di 140 negara di seluruh dunia, terutama di Asia Tenggara. "Di China, nilai pasaran penjualan kedai dan pendapatan pengiklanan pemasaran yang dikendalikan oleh penyiaran secara langsung telah melampaui industri filem. Laporan tanah besar bahkan lebih menegaskan: pengaruh yang lebih berharga daripada bintang filem. "


Banyak usahawan dan profesional dari perusahaan terkenal, syarikat modal teroka, blokchain dan bidang berkaitan rangkaian dari pelbagai negara seperti China, Hong Kong, Indonesia, Kemboja, Korea Selatan, India, Rusia dan lain-lain telah menghadiri persidangan besar pelancaran Cannis APP.
Para tetamu utama yang menghadiri persidangan itu termasuk industri teknologi, internet dan industri blockchain, serta pemimpin dari kalangan politik dan perniagaan, persatuan industri yang relevan di China, agensi kerajaan dan organisasi yang berkaitan. Mereka menantikan potensi pembangunan masa depan Cannis APP.


Para tetamu utama termasuk pengasas, pengerusi dan kapitalis Aaron Tsai, yang merupakan seorang kapitalis profesional dalam membantu syarikat-syarikat Cina untuk menyenaraikan Bursa Saham New York, Nasdaq dan GEM, dan presiden Persatuan Blockchain Korea dan World Blockchain South Pengerusi Persatuan Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong, Jason H, Guangdong, Pengerusi Foshan Presidium dan Foshan CPPCC Dr. Su Zuyao, pengasas bersama pelukis dan perniagaan Indonesia Robbie Fen Geshu, dan ketua eksekutif CryptoOcean GmbH dan pengasas Yuri, dan Pani Kumar, pengasas bersama Global Blockchain Foundation dari India.

KATA ALONGMURNI

APPLIKASI CANNIS ADALAH CORAK TREND PERNIAGAAN TERKINI 
YANG BENAR-BENAR MENGIKUTI PERKEMBANGAN SEMASA 
DI SAMPING MEMBERI PELUANG KEPADA USAHAWAN-USAHAWAN MALAYSIA MENGETENGAHKAN PRODUK DAN SERVIS YANG BERKUALITI 
KEPADA MASYRAKAT DUNIA. 
AM SANGAT MENYOKONG PROGRAM INI KERANA 
PROGRAM APPLIKASI SEUMPUMA INI AKAN MEMBANTU
 PERKEMBANGAN EKONOMI NEGARA DAN MENINGKAT TARAF HIDUP