Nikmati Texas Chicken dan Tex Cafe Pertama Di Dunia

Ikuti blog Along Murni(AM) dalam melayari kenikmatan makanan di Texas Chicken dan Tex Cafe Pertama Di Dunia yang terletak di KLCC.

Mempelopori bidang teknologi dalam mengenali IPv6 dan Internet of Things(IOT)

Buat pertama kalinya Along Murni(AM) menyusuri bidang teknologi maklumat dalam mengenali Apa Itu IPv6.

Fenomena Seni KL Biennale 2017

Kuala Lumpur Biennale 2017 telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato Seri' Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz di Balai Seni Lukis Negara pada 24 November 2017.

Kenikmatan Merasai Makanan di The Mines Shopping Mall

Menyusuri kenangan mencipta rasa makanan enak di The Mines, Seri Kembangan bersama rakan-rakan blogger.

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah (PPZ - MAIWP)

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah (PPZ - MAIWP) dan tajaan dari COUDRE Kuala Lumpur

Friday, 28 September 2018

EXPEDIA : PERCUTIAN LEBIH FLEKSIBILITI DAN MENJIMATKAN


EXPEDIA : PERCUTIAN LEBIH FLEKSIBILITI DAN MENJIMATKAN
‘EXPEDIA ADD-ON ADVANTAGE’



Lagi dua bulan kita akan menganjak ke tahun 2019. Pasti ramai dah mula merancang percutian hujung tahun dan tengok promosi yang terkini serta menarik untuk bersama keluarga kan?? 

Pada 24 Sepetember 2018, AlongMurni (AM) berkesempatan untuk hadir bersama ke Pelancaran ‘EXPEDIA ADD-ON ADVANTAGE’ yang bertempat di Ruyi & Lyn, Bangsar Shopping Centre. Semua pasti sedia maklum yang EXPEDIA menawarkan pelbagai pilihan hotel, aktiviti dan perkhidmatan pelancongan atas talian dengan kadar yang menarik. 



Terdapat beratus-ratus ribu pilihan hotel di seluruh dunia dan pilihan inventori penerbangan yang komprehensif tersedia di EXPEDIA. AM boleh menempah semua yang diperlukan untuk bercuti samada bilik mengikut bajet perbelanjaan AM, aktiviti yang menarik dan perkhidmatan perjalanan yang teratur dan lengkap.

AM sangat teruja dengan pelancaran ‘EXPEDIA ADD-ON ADVANTAGE’ baru-baru ini kerana AM dapat mencari nilai dan kemudahan serta diberi kebebasan untuk menempah penerbangan atau pakej terlebih dahulu pada harga pilihan AM sebelum menambah tempahan hotel dengan diskaun sehingga 58 % sehingga hari perjalanan AM bermula.

“Tumpuan kami adalah untuk memudahkan, memberi lebih diakses dan menyeronokkan untuk orang menyelidik dan menempah pengembaraan dengan pengalaman lancar pada mana-mana peranti. Pelancaran ‘EXPEDIA ADD-ON ADVANTAGE’ hari ini adalah satu lagi contoh bagaimana kami meletakkan pandangan yang kami kumpulkan dari pengguna, pembekal dan rakan kongsi industri kami untuk bekerja dengan memperbaiki pengalaman tempahan perjalanan. Pelancong kami tidak perlu lagi melawat beberapa laman web apabila mereka tahu bahawa mereka mendapat akses kepada diskaun yang terjamin pada penginapan semata-mata dari tempahan penerbangan atau pakej. Lebih baik lagi, ia menimbulkan tekanan perancangan dan membayar segala-galanya di depan, yang merupakan sesuatu yang sangat menarik bagi pelancong Malaysia kami,” kata Lavinia Rajaram, Ketua Serantau Komunikasi Asia, Expedia.
MS LAVINIA RAJARAM, KETUA SERANTAU KOMUNIKASI ASIA EXPEDIA

Berikut adalah 4 langkah mudah ‘EXPEDIA ADD-ON ADVANTAGE’ :

Langkah 1
Lawati Expedia.com.my atau muat turun aplikasi Expedia untuk mencari penerbangan atau pakej

Langkah 2
Setelah menempah penerbangan  dan memasukan maklumat tempahan tersebut, diskaun hotel dibuka dengan ‘EXPEDIA ADD-ON ADVANTAGE’

Langkah 3
Tanpa tekanan untuk mengejar masa bagi menempah hotel, kita boleh kembali pada bila-bila masa sehingga hari penerbangan untuk menempah penginapan tanpa had, ke mana-mana destinasi.

Langkah  4
Merancang, memilih dan tempah seberapa banyak hotel yang kita mahukan sehingga tarikh penerbangan untuk menikmati penjimatan sehingga 58% dengan ‘EXPEDIA ADD-ON ADVANTAGE’.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara menempah dan nikmati nilai terhebat ‘EXPEDIA ADD-ON ADVANTAGE’ , boleh lawati : https://www.expedia.com.my/addon





KATA ALONG MURNI

TAWARAN ‘EXPEDIA ADD-ON ADVANTAGE’ MEMANG MENARIK 
DI SAMPING LEBIH FLEKSIBILITI DAN MENJIMATKAN 
WANG PERBELANJAAN UNTUK PERCUTIAN. 
EXPEDIA MENYEDIAKAN PILIHAN DENGAN PENNJIMATAN YANG BESAR 
DAN MENJADIKAN PERCUTIAN JADI LEBIH MUDAH DAN TERATUR. 
JOMM BERSAMA AM KITA TEROKAI DAN MULAKAN PENGEMBARAAN MENJELAJAH TEMPAT-TEMPAT YANG MENARIK DI DUNIA. 
YEAZZA!! SEGALANYA JADI MUDAH, TERATUR DN MENJIMATKAN DENGAN EXPEDIA.


Sunday, 16 September 2018

PEMENTASAN CEMERLANG : TEATER BANGSAWAN ABU HASSAN PENCURI


PEMENTASAN CEMERLANG : TEATER BANGSAWAN ABU HASSAN PENCURI


Peminat Filem Melayu Klasik seperti AlongMurni (AM) pastinya tahu tentang filem Abu Hassan Penchuri lakonan Tan Sri P Ramlee, Mariam Baharum, Nordin Ahmad, Ahmad C, Daeng Idris, Malik Sutan Muda dan S Shamsuddin. AM berkesempatan untuk menonton Teater Bangsawan Abu Hassan Pencuri yang dipentaskan di Auditorium Tuanku Abdul Rahman, MaTiC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam jam 8.30 malam.


Kali ini karya ini telah diberi nafas baru dan diadaptasikan ke Pentas Teater. AM merasa bertuah kerana berpeluang untuk menonton teater arahan Zayrul Iqwan Rosli yang begitu menarik, unik dan penuh gelak ketawa.

SINOPSIS TEATER BANGSAWAN ABU HASSAN PENCURI

Abu Hassan dan sahabatnya iaitu Kassim merupakan pencuri tegar di Kota Baghdad. Abu Hassan telah jatuh cinta kepada Tengku Faridah ketika pertama kali melihat wajah Tengku Faridah semasa rombongannya ke Pasar Baghdad. HUbungan Cinta terjalin setelah Abu Hassan menggunakan tali ajaib untuk memanjat tembok Taman Diraja Istana Baghdad.


Namun segalanya terhalang kerana keinginan Sultan Baghdad yang ingin bermenantukan Putera Raja. Kemudiannya Tukang Sihir Jaafar dari Negeri Tartar telah menyamar sebagai Putera Raja namun akhirnya ditolak oleh Tengku Faridah. 




Kejadian tersebut telah mengundang kemarahan Tukang Sihir Jaafar dan menukarkan Tengku faridah menjadi seekor burung dan membawanya lari Negeri Tartar. 





Pelbagai usaha dilakukan bagi menyelamatkan Tengku Faridah dan akhirnya Tukang Sihir Jaafar berjaya dibunuh oleh Abu Hassan. Sultan akhirnya merestui perkahwinan Abu Hassan dan Tengku Faridah.


AM sangat kagum dengan lakonan yang berkesan dari setiap pelakon. Masing-masing bijak memainkan peranan dan mencuitkan hati AM untuk terus menonton. AM dimaklumkan yang ini merupakan pertama kali bagi Persatuan Dramatis Kuala Lumpur diberi peluang terbabit dalam program Semarak Bangsawan 2018 anjuran Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) dan kepercayaan ini telah dibalas dengan hasil pementasan yang begitu baik dan cemerlang.

para pelakon, barisan Produksi dan VIP yang turut hadir

Empat pelakon yang membawakan watak utama iaitu Saifulwazien sebagai Abu Hassan, Juwita Rosli (Tengku Faridah), Hairi Ghani (Tengku Jaafar) dan Khai Sabri (Kassim) begitu menghayati setiap dialog teater yang dipersembahkan. Uniknya lagi Teater Bangsawan Abu Hassan Pencuri turut diindahkan dengan lagu nyanyian secara ‘live’ daripada pelakon utama. Memang lunak suara mereka.

gelagat tauke panggung

Persembahan teater ini turut diserikan dengan gelagat Tauke Panggung iaitu Mr Ramasundram yang fasih berbahasa melayu, cina dan india. AM rasa terhibur dan sentiasa menantikan setiap kali kemunculan Tauke Panggung dengan telatah yang menghiburkan dan berinteraksi dengan penonton.

Rachel AF15

Persembahan juga turut dihiburkan dengan Nyanyian mantap dari Rachel AF15 berjudul ‘Bulan Ditutup Awan’ dan ‘Matahariku’.

KATA ALONG MURNI

AM SANGAT KAGUM DAN RASA BANGGA DENGAN ANAK-ANAK MUDA 
YANG BEGITU KREATIF DALAM BERKARYA DAN 
MEMBUAT PERSEMBAHAN TEATER BANGSAWAN ABU HASSAN PENCURI.
 SATU UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS AM UCAPKAN BUAT 
PERSATUAN DRAMATIS KUALA LUMPUR DAN SELANGOR 
ATAS PERSEMBAHAN TEATER YANG BEGITU UNIK DAN MEMUKAU AM. 
SEMOGA BANYAK LAGI BAKAT-BAKAT YANG BERJAYA DIKUMPULKAN DAN DICUNGKIL DI KALANGAN ANAK-ANAK MUDA 
SEPANJANG SIRI SEMARAK BANGSAWAN INI.

DK IMPIAN:CIRI-CIRI RUMAH IDAMAN YANG SERBA LENGKAP, UNIK DAN SEMPURNA


DK IMPIAN : CIRI-CIRI RUMAH IDAMAN YANG SERBA LENGKAP, 
UNIK DAN SEMPURNA


Memang tidak boleh dinafikan lagi, harga hartanah akan sentiasa naik jika pemilihan lokasi hartanah adalah tepat. Semakin lama kita memiliki hartanah tersebut, dalam masa yang sama juga semakin meningkatnya kadar inflasi (nilai harga barang), nilai hartanah kita turut akan melonjak naik.

Ini belum lagi diambil kira dengan permintaan tinggi di lokasi tersebut dan dalam masa yang sama kekurangan tanah. Pasti pulangan pelaburan hartanah ini akan buatkan kita tersenyum lebar sepanjang masa.


AlongMurni (AM) berkesempatan ke DK IMPIAN Sales Gallery yang terletak di Bandar Pinggiran Subang. Ramai yang mengesyorkan pemaju ini berikutan rekod pencapaian yang bagus dan sangat dipercayai sebagai pemaju hartanah di Malaysia.

Bagus bila jadikan rumah sebagai asset harta yang sememangnya akan menguntungkan dan memberi pulangan kemudian hari. AM ingin kongsikan kelebihan dan keunikan yang AM sendiri lihat hasil rekaan, konsep dan  kemudahan yang ada jika memilih DK IMPIAN Damansara West.

  • KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM

Sangat mudah berulang alik kerana di berdekatan dengan MRT Kwasa Sentral, Lapangan Terbang, Kemudahan Bas ulang alik setiap 20 minit.



  • REKA BENTUK DALAMAN


SAIZ RUANG
Keselesaan penghuni rumah juga bergantung kepada saiz ruang rumah. Seperti gaya minimalis. Sederhana dan ringkas. Rumah yang dibina di bawah Akta Hakmilik Strata ini bukan hanya menawarkan rekaan dalaman yang cukup menarik, bahkan jika dilihat kepada susun atur bangunannya cukup sempurna. Contohnya terdapat tempat beriadah/beristirehat di kawasan rata di atas bumbung paling atas. Tidak dinafikan ianya agak unik dan pastinya menjadi tarikan. Ada juga kawasan kolam mandi yang terletak di bahagian tengah mengelilingi blok-blok bangunan. Best kan??


KEMASAN
Pemilihan warna cat memainkan peranan yang penting dalam memilih rumah idaman. Seperti penggunaan warna lembut dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan tenang. Warna terang pula mampu menjadikan sesebuah ruang yang kecil kelihatan besar. Ia mempunyai ciri yang sama dengan warna lembut iaitu menjadikan siling yang rendah kelihatan lebih tinggi. Manakala warna gelap tidak digalakkan kerana ia akan menampakkan sesebuah ruang kelihatan kecil dan sempit. Di DK IMPIAN segalanya dititikberatkan dan sempurna!





LANTAI
Kemasan lantai yang cantik sudah tentu menjadi pilihan AM. Ia juga haruslah bersifat tahan lasak, kukuh dan tidak licin. Hal ini dapat menjamin keselamatan penghuni. Tenaga pakar diperlukan untuk pemasangan ini untuk memastikan kemasan ini dipasang dengan betul dan mampu bertahan lama. DK IMPIAN mempunyai citi-ciri keselamatan yang AM cari.

  • LENGKAP DENGAN KABINET, BARANGAN ELEKTRIK DAN PERABUT


DK IMPIAN menyediakan kabinet, perabot dan barangan elektrik untuk pelengkap setiap rumahnya. Kabinet dapur contohnya merupakan aksesori utama di dapur bagi menyenangkan  setiap pembeli.



Antara ciri lain yang menarik untuk rumah di DK IMPIAN ini ialah ianya mempunyai 2 kunci utama di bawah satu unit rumah. Terutama bagi AM yang ingin menyewakan bilik, pasti tidak akan ada masalah privasi. Di mana penghuni-penghuni rumah tersebut akan memasuki rumah mereka dengan menggunakan 2 pintu yang berlainan. Yang bestnya DK IMPIAN juga ada menawarkan pemasangan "build-in"  kabinet seperti katil, sofa dan rak pemyimpanan (rak buku). Memang terbaik la!!
Jadi sekiranya, AM ingin sewakan bilik dari rumah yang AM diami di sini. Tidak akan ada masalah 'tidak ada privasi' yang sering diutarakan oleh penyewa. Terdapat banyak jenis rekaan susun atur ditawarkan. Ianya bergantung kepada saiz pembukaan lantai pada unit yang ditawarkan.


Harga adalah bermula daripada RM320,000 dan bagi AM ianya cukup berbaloi kerana serba lengkap dan mempunyai rekaan yang unik, fasiliti dan kemudahan yang terdapat di sini.
Untuk pembelian, booking dan pertanyaan lebih lanjut.

Boleh hubungi :-

017-2002322
017-2006662

Boleh kunjungi showroom di:-

Pantai Berkat Sdn Bhd
No 25 Jalan Uranus AG U5/AG,
Bandar Pinggiran Subang
Seksyen U5
40150 Shah Alam, Selangor

Atau layari laman web www.dkimpian.com.my

KATA ALONG MURNI

DK IMPIAN MEMPUNYAI CIRI-CIRI RUMAH IDAMAN YANG SANGAT SEMPURNA, SERBA LENGKAP DAN MEMPUNYAI KEUNIKANNYA YANG TERSENDIRI. 
AM SANGAT SUKAKAN REKAAN DAN KONSEP MINIMAL YANG CUBA DIKETENGAHKAN DI DK IMPIAN. 
TERUTAMANYA SOFA YANG BOLEH DIUBAH DAN DITARIK UNTUK MENJADI TEMPAT TIDUR YANG SIAP SEDIA DENGAN KATIL. 
TAK PERLU MENGANGKAT, HANYA TARIK SAHAJA.. DAH SIAP SEDIA..
 IANYA KUKUH DAN UNIK !! AM SUKA!! 
BOLEH JUGA KUNJUNGI SHOWROOM DK IMPIAN UNTUK 
MELIHAT SENDIRI REKAAN DAN KONSEP YANG TERDAPAT DI DK IMPIAN YA!!

Thursday, 6 September 2018

POKOK DURIAN BERUSIA 120 TAHUN TAPI MASIH MAMPU MENGHASILKAN BUAH


POKOK DURIAN BERUSIA 120 TAHUN 
TAPI MASIH MAMPU MENGHASILKAN BUAH DURIAN
SEDAP, ENAK DAN HARGA BERPATUTAN


Sesuatu yang unik dan menarik minat AlongMurni (AM) dalam pengembaraan di Negeri Perlis kendalian Borakkita dengan kerjasama Perlis Nature Wildlife (PNW) semasa di Kaki Bukit.  Kaki Bukit merupakan sebuah pekan kecil yang majoriti penduduknya mengusahakan kebun durian dan halia. Ia menjadi tumpuan para peraih dan pembeli dari dalam serta luar negeri ini bagi mendapatkan durian yang turut digelar sebagai lubuk buah berkenaan.

Namun, ternyata pekan kecil ini mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu sebatang pokok durian berusia 120 tahun yang masih aktif menghasilkan 500 hingga 1,000 biji buah setiap tahun terutama pada bulan Julai hingga Ogos.



AM dimaklumkan oleh Tham Ngui Long yang lebih senang dipanggil AH LONG bahawa pokok durian itu merupakan peninggalan moyangnya. Dusun durian AH LONG ini mempunyai lebih 10 batang pokok durian yang berusia ratusan tahun dengan setiap pokok mampu menghasilkan lebih dari 1,000 biji durian setiap musim. ALONG cuma menjual dengan harga berpatutan kira-kira RM10 sehingga RM16 bagi setiap satu kilogram.

gigih AM mengopek buah durian

aduhaii.. cantik & tebalnya isi..

Apalagi, AM pun mencuba la durian milik AH LONG yang berusia 120 tahun ini. Bila AM mencuba gigitan pertama isinya, AM terkedu sebentar.. Serius memang sedap!!  Rasa duriannya memang berbeza daripada buah durian kahwin, musang king dan pelbagai jenis durian lain kerana mempunyai keistimewaan dan kelazatan tersendiri.

Sempat juga AM melihat kawasan dusun dan berborak dengan Ah Long. Beliau menyatakan yang tidak sukar untuk menjaga pokok durian tersebut memandangkan kawasan Kaki Bukit itu sendiri bersuhu sejuk dan berkabus pada awal pagi manakala panas semasa tengahari yang faktor penyumbang kepada perkembangan dan pembesaran pokok durian.

Orang ramai yang ingin mencuba durian daripada pokok berusia ratusan tahun itu, bolehlah mengunjungi gerai Along yang terletak di Pekan Kaki Bukit ini.

Selain itu, di dusun Ah Long juga menghasilkan buah Cempedak dan rambutan yang lebat, ranum dan manis



KATA ALONG MURNI

SEBAGAI PEMINAT TEGAR BUAH DURIAN, 
AM MEMANG SARANKAN UNTUK DATANG SENDIRI MENCUBA
 KEENAKAN BUAH DURIANNYA YANG 
PENUH RASA LEMAK MANIS, SEDAP DAN ISINYA PADAT. 
HARGANYA BERPATUTAN IAITU SEKITAR RM10-RM16 BAGI SEKILOGRAM. 
JOM RAMAI-RAMAI KITA KE PEKAN KAKI BUKIT!!! ❤❤❤❤❤❤



Wednesday, 5 September 2018

CERITA ALONGMURNI: PENGINAPAN 3 HARI 2 MALAM DI HOTEL PUTRA BRASMANA


CERITA ALONGMURNI: PENGINAPAN 3 HARI 2 MALAM DI 
HOTEL PUTRA BRASMANA

PENGINAPAN SELESA DENGAN MENU YANG MURAH DAN SEDAP


Pengembaraan AlongMurni (AM) kini tiba di Kuala Perlis. AM dan team menginap di Hotel Putra Brasmana selama 3 Hari 2 Malam untuk meneruskan penerokaan menjelajah keunikan Perlis. Hotel Putra Brasmana terletak di lokasi strategik dalam muara Kuala Perlis dan berdekatan dengan Masjid Al Hussein yang dikenali dengan Masjid terapung.

Hotel Putra Brasmana merupakan laluan perhubungan melalui jeti ke Pulau Langkawi. Ia adalah pintu masuk yang boleh diakses dari Changlun-Kuala Perlis highway, jalan utama tempatan dari Alor Setar untuk perkhidmatan feri dari Pulau Langkawi dan hanya indah 10 minit perjalanan dengan memandu dari bandar Kangar. Bagi yang menginap di sini, jangan risau kerana tempat letak kereta adalah PERCUMA.

AM sangat sukakan Hotel Putra Brasmana ini kerana lokasinya yang benar-benar menghadap laut. Tambah pula berdekatan dengan Masjid Al-Hussein ini. Dari Hotel Putra Brasmana ini boleh dengar laungan Azan berkumandang. Melihat pada suasana yang menarik ini, dah plan dah dalam kepala untuk jalan pusing-pusing kawasan sekitar pada waktu petang nanti. Nak masuk ke Masjid Al Hussein tak boleh, maklumlah tengah ‘keuzuran’ kan?? Jadi AM cuma tengok dan jalan-jalan kawasan luar masjid je.. huhuhu..

MAKAN TENGAHARI DI SAMUDERA COFFEE HOUSE

Sementara menunggu untuk Check In ke bilik masing-masing, AM dan team makan tengahari di Samudera Coffee House. Nak tengok menu yang tersedia dengan harga cuma RM 15 untuk 2 orang makan?? Murah kan?? Samudera Coffee House menawarkan pelbagai menu ala-carte yang mengkhusus dalam masakan Melayu, Asia dan Eropah Utara. Ia dibuka setiap hari dari pukul 7.00 pagi hingga 11.00 mlm.

Menu makan tengahari untuk 2 org : RM15

Kari Ikan

ikan goreng

sirap selasih

sambal belacan + ulam ulaman

Burrrppp.. Alhamdulillah.. Kenyang AM makan.. siap bertambah nasi lagi. Kari Ikan digabungkan dengan ikan goreng dan sambal belacan, memang meletop selera AM makan!!
OK, time untuk check in ke bilik bila perut dah kenyang!! Hehehehe.. AM menginap di bilik 306. Tak sabar rasanya nak masuk ke bilik AM.









AM dah sedia nak beradu

Fasiliti yang tersedia di dalam bilik AM adalah Tuala, Sabun Mandi, Penghawa Dingin , televisyen, Peti ais, pancuran, pengering rambut, Sachet kopi/teh, Kemudahan Menyeterika, percuma botol air dan cerek minuman. OK, katil yang empuk dan suasana yang dingin dah memanggil-manggil untuk AM beradu, AM nak berehat dalam 2 jam sebab petang nanti AM nak jalan-jalan kawasan sekitar Pantai Kuala Perlis.


PEMANDANGAN INDAH KAWASAN SEKITAR PANTAI KUALA PERLIS

Yeayyy.. Masa untuk AM jalan-jalan pusing kawasan sekitar Hotel Putra Brasmana. AM nie jenis spesies yang pantang tengok laut. AM tak suka mandi laut takut kulit AM yang gelap ini tambah renting kan?? Tapi AM suka jalan-jalan di pantai sambil menikmati hembusan bayu pantai yang nyaman dan segar.


Pantai Kuala Perlis ini betul-betul di hadapan Hotel Putra Brasmana. Masjid Al Hussein ini pula terletak di tepi laut. Hanya beberapa minit AM berjalan kaki dah sampai ke sini. Masa AM datang ke sini, air laut tengah surut. Jadi tak nampak sangat seolah-olah Masjid ini terapung di atas air laut. Yang paling AM suka adalah AM dapat hayati pemandangan laut dan suasana matahari terbenam yang begitu indah dan menakjubkan.. SubhanaAllah, Indahnya alam ciptaan Illahi ini.



Usai teman-teman AM yang lain selesai menunaikan solat Maghrib di Masjid Al Hussein ini, AM dan team bergerak pulang ke Hotel Putra Brasmana untuk mempersiapkan diri untuk makan malam.

MAKAN MALAM DI BISTRO SAMUDERA




AM dan team makan malam di Bistro Samudera yang terletak di bahagian luar Hotel Putra Brasmana. BISTRO SAMUDERA yang berkonsep  bistro yang menawarkan sepanjang hari makan masakan tempatan dengan pemandangan laut dan keindahan pemandangan matahari terbenam.Dibuka setiap hari dari jam 6 petang hingga 11.00 mlm.


Yang istimewanya makan malam ini adalah kedatangan Blogger Perlis iaitu Dunia Zumal.. Yelah.. selalu bersembang di ruangan cyber, baru kali ini bersua muka.. Sopan orangnya dan lemah lembut dalam pertuturan.. 

Nak lihat menu-menu yang menarik yang dihidangkan di sini serta sering menjadi pilihan menu makanan masyarakat setempat.

Mee Kuah Ketam

Sizzling Yee Mee

Nasi Ayam Kuala Perlis

Cucur Udang

Memang menarik kan menu-menu kat sini?? nak tahu menu aper yang paling AM suka?? Kalau tengok dalam gambar pun semua boleh agak kan?? yaa.. semestinya Mee Kuah Ketamnya!! Rasa kuahnya memang padu dan sarat dengan rasa ketam.. Ketam yang seekor pun rasanya manis dan fresh.. Memang boleh abis dua mangkuk AM kerjakan.. Tapi kena pada-pada kan?? AM kan kena kurangkan makan makanan laut tapi serius Mee Kuah Ketam nie mmg sedap dan AM sarankan untuk yang datang ke Kuala Perlis untuk mencuba mee kuah ketam di sini.. Cucur udangnya pun sedap tau!! Sebab cucur udangnya ada udang.. banyak pula tue.. Cicah pula dengan Kuah kacang dia.. Perghh.. Nikmatnya tak boleh diungkap dengan kata-kata.


Haaaa.. Airnya nampak menggiurkan kan?? Padat dengan rasa buah tau!!

KATA ALONGMURNI

KALAU SINGGAH KE KUALA PERLIS, JOMM SINGGAH MENGINAP 
DI HOTEL PUTRA BRASMANA. 
MEMANG TIP TOP LAYANANNYA DENGAN 
MENU-MENU YANG MURAH DAN SANGAT SEDAP!! 
INSYAALLAH, AM AKAN DATANG LAGI KE SINI BERSAMA KELUARGA 
UNTUK MENGINAP DI SINI SEBELUM MENAIKI FERI KE LANGKAWI.
 TERIMA KASIH HOTEL PUTRA BRASMANA!!
 TERBAIK PENGINAPAN AM 3 HARI 2 MALAM DI SINI..
❤❤❤❤❤❤