Nikmati Texas Chicken dan Tex Cafe Pertama Di Dunia

Ikuti blog Along Murni(AM) dalam melayari kenikmatan makanan di Texas Chicken dan Tex Cafe Pertama Di Dunia yang terletak di KLCC.

Mempelopori bidang teknologi dalam mengenali IPv6 dan Internet of Things(IOT)

Buat pertama kalinya Along Murni(AM) menyusuri bidang teknologi maklumat dalam mengenali Apa Itu IPv6.

Fenomena Seni KL Biennale 2017

Kuala Lumpur Biennale 2017 telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato Seri' Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz di Balai Seni Lukis Negara pada 24 November 2017.

Kenikmatan Merasai Makanan di The Mines Shopping Mall

Menyusuri kenangan mencipta rasa makanan enak di The Mines, Seri Kembangan bersama rakan-rakan blogger.

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah (PPZ - MAIWP)

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah (PPZ - MAIWP) dan tajaan dari COUDRE Kuala Lumpur

Tuesday, 4 December 2018

SAHABAT MEDIA-MMSOS DI GUA DAMAI EXTREME PARK : PENUH KETERUJAAN DAN AKTIVITI LASAK


SAHABAT MEDIA-MMSOS DI GUA DAMAI EXTREME PARK 
: PENUH KETERUJAAN DAN AKTIVITI LASAK


Pada 24 November 2018 yang lalu, AlongMurni (AM) telah mengikuti program ‘Sahabat Media MMSOS’ di Gua Damai Extreme Park anjuran MM Synergy Sdn Bhd. Rupanya Gua Damai Extreme Park ini terletak betul-betul di belakang rumah AM sahaja. AM baru menetap di Kawasan Batu Caves ini kira-kira 4 bulan yang lalu. Jadi, tak sempat lagi nak jelajah tempat-tempat yang menarik di Kawasan tempat sendiri.

Sedikit info menarik yang AM ingin kongsikan mengenai Gua Damai ini.
Gua Damai betul-betul bersebelahan dengan bukit besar Batu Caves iaitu terletak di bahagian utara bukit berkenaan. Berkeluasan kira-kira dua hektar, Gua Damai mempunyai lima gua iaitu Gua Kristal, Gua Anjing, Gua Chili Padi, Gua Ichibawa dan Gua Fig Tree.

Gua Damai Extreme Park menyediakan banyak pakej pilihan sesuai dengan keinginan dan minat pelanggan. Antaranya ialah sukan mendaki, abseiling, memanjat pokok dan memasuki gua. Aktiviti abseiling dilakukan dari dinding batu dengan ketinggian 25m sehingga 90m. Aktiviti memasuki gua pula mempunyai 150 laluan dengan pembentukan batu kapur di gua ini berusia kira-kira 60 juta.
Haaaa.. mesti dah agak kan apa aktiviti yang akan AM lakukan. Memang best tau!!

Seminggu yang lalu lagi AM dah rasa teruja nak mencuba aktiviti yang disediakan. Siap sedia jogging kawasan sekeliling rumah untuk mengelakkan insiden ‘pancit’ jadi berlaku.

Apabila tiba di Gua Damai, pihak MM Synergy Sdn Bhd telah menyediakan Nasi Lemak sebagai sarapan pagi. Pergghh.. sedap tau rasa nasi lemaknya.. seharum semerbak. Sempat juga AM bantai makan nasi lemak. Ada yang dari rakan AM sempat balun 3 bungkus nasi lemak. Dan setiap peserta dapat T-Shirt MMSOS tau!!




Acara pagi itu dimulakan dengan pengenalan mengenai Aplikasi MMSOS oleh pihak penganjur iaitu MM Synergy Sdn Bhd. Aplikasi MMSOS ini AM telah ceritakan sebelum ini di blog AM. Boleh rujuk link ini. Aplikasi MMSOS

Mr K.L Lim iaitu pengasas kepada Butang Panik yang viral beberapa bulan ini dan banyak membantu dalam Program CSR memberi taklimat berkaitan program Sahabat Media-MMSOS di Gua Damai Extreme Park.

Mr K.L Lim Pengasas 'Panis Button-MMSOS'


Sebelum memulakan aktiviti pendakian En Mazlin iaitu wakil dari Gua Damai memberi penerangan tentang keselamatan dan cara-cara menggunakan dan memakai alatan untuk tujuan pendakian.

team Gua Damai 

En Mazlin Memberi penerangan tentang keselamatan

En Mazlin mengajar cara-cara memakai alatan keselamatan


khusyuk setiap peserta mendengar taklimat dan penerangan dari En Mazlin

Jom.. AM dah siap sedia dengan alatan dan tali untuk mendaki dan ready nak jelajah Gua Damai.. 



Semua peserta telah bersiap sedia dan team AM mulakan dengan menjelajah Gua Fig Tree dahulu. 


Pintu masuk Gua Fig Tree


Semasa mendaki banyak yang AM pelajari dari Team Leader Gua Damai. Laluan mendaki agak mencabar dan berbatu -batu. Tapi alhamdulillah berjaya ditempuhi berkat sokongan dan galakan dari rakan-rakan. Di pertengahan dakian tersebut, jujur AM katakan.. AM hampir pancit woo.. Dalam Gua Fig Tree tersebut ada Gua Langsir dan Gua Batik. Ketiga-tiga gua tersebut punyai keunikan dan keaslian tersendiri. Kena datang sendiri dan rasai baru best!! Kemudiannya team kami merentas di kawasan hutan yang penuh dgn cabaran tidak kurang hebatnya!!

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam oleh Lensa Kamera Official Photographer MMSOS. Penuh aneka ragam, gelak tawa dan cabaran. 

AM bergambar di Gua Langsir





aduhaii!! ada yang jatuh sempat senyum lagi..






ragam AM takut jatuh siap sempat peluk tiang lagi.. hehehehe

best mendaki camni.

AM bergambar di Gua Batik
aktiviti rock climbing


Memang best dan meninggalkan seribu kenangan manis buat AM. Berminat untuk melalui aktiviti seperti AM?? boleh datang ke alamat tertera atau waze aje 'Gua Damai Extreme Park'. confirm sampai!!

Alamat: Kampung Melayu Wira Damai Batu Caves, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)
Harga Tiket: RM70 (Fun Climbing), RM150 (Basic Rock Climbing), RM150 (Gua Damai Extreme), RM70 (Basic Tree Climbing), RM250 (Personnel Climbing Guide)



KATA ALONGMURNI

BANYAK YANG AM PELAJARI DARI AKTIVITI PENDAKIAN YANG 
DIANJURKAN SEPANJANG PROGRAM 'SAHABAT MEDIA-MMSOS'. 
MEMANG PENUH DENGAN AKTIVITI YANG MENGUJAKAN DAN PENUH CABARAN. INSYAALLAH, AM MEMANG NAK DATANG LAGI 
BERSAMA-SAMA RAKAN YANG LAIN. SYABAS DAN SEKALUNG TAHNIAH ATAS PENGANJURAN KEPADA PIHAK MM SYNERGY SDN BHD






Monday, 3 December 2018

SUNFEET INTERNATIONAL REHABILITATION CENTRE: PROMOSI ‘BACK TO SCHOOL’


SUNFEET INTERNATIONAL REHABILITATION CENTRE: 
PROMOSI ‘BACK TO SCHOOL’
KEPENTINGAN PENJAGAAN KAKI


Baru-bari ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk hadir ke Sunfeet International Rehabilition Centre sempena Promosi ‘Back to School’. Mesti ramai yang sedia maklum yang AM mempunyai anak-anak yang masih kecil dan berusia antara 7 & 8 tahun. AM sentiasa ingatkan anak-anak untuk menjaga kaki mereka kerana KAKI membantu dalam pergerakan seharian malahan menjaga keseimbangan badan. Yelah.. dari pagi ke sekolah, bergerak naik turun tangga sepanjang waktu persekolahan hinggalah waktu balik dari sekolah. Itu belum dikira aktiviti Kokurikulum yang perlu dijalani lagi. Jadi AM mestilah cari  kasut yang selesa dan mampu memberi sokongan penuh pada kaki.



Untuk makluman semua pembaca Blog AlongMurni, KAKI terdiri daripada 26 tulang, 33 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Satu per empat daripada tulang didalam badan kita terletak dikaki. Jadi, jika tulang-tulang ini tidak sejajar atau hilang keseimbangannya maka badan kita tidak stabil.



Terdapat pelbagai sebab yang boleh menimbulkan masalah pada kaki antaranya ialah penyakit, saiz kasut yang salah, kaki yang dimamah usia, peredaran darah yang kurang baik, dan kuku kaki yang tidak dipotong dengan betul. Kaki yang tidak dijaga dan dibersihkan dengan betul boleh menimbulkan masalah seperti jangkitan kulat, kulit kaki kering dan pecah, kematu, cekam, atau ketuat. Memandangkan salah satu fungsi kaki ialah menampung berat badan kita, maka masalah pada kaki juga akan berlaku disebabkan oleh berat badan yang berlebihan.

AM bersama dengan DR Edmund Lee
Semasa di Sunfeet International Rehabilition Centre, AM diberi penerangan oleh Dato’ Dr. Edmund Lee, tentang kepentingan dan pengenalan jenis kaki mengikut individu. Banyak yang AM pelajari semasa sesi tersebut berlangsung. AM kongsikan sedikit informasi untuk semua pembaca Blog AlongMurni.

‘custom made Orthotic’ adalah sejenis pendakap ortopedik yang direka khas untuk membetulkan semula postur dan ‘alignment’ kaki dan buku lali ke dalam kedudukan yang paling tepat. Orthotics adalah sejenis peralatan perubatan biomekanical yang direka khas untuk membetulkan ketidakseimbangan kaki sesorang. AM sendiri pun tidak tahu jenis postur kaki AM sendiri. Bila diminta buat pemeriksaan kaki, apalagi.. tercengang-cengang AM dibuatnya. Pemeriksaan kaki ini PERCUMA tau.



Pendakap orthotic bukan sahaja membantu mereka yang mempunyai masalah sakit kaki, tetapi ianya juga membantu mereka yang mengalami kesakitan pada bahagian belakang, pinggul, lutut dan juga mereka yang mempunyai masalah berkaitan arthritis.

Selain pendakap orthotics yang direka khas mengikut ukuran individu, Sunfeet turut menjual pendakap orthotics yang ready made, peralatan bagi menyokong kaki serta kasut perubatan bagi mereka yang mempunyai masalah kaki. Kesemua barangan ini dijual pada harga bermula RM500 hingga RM1999.

Walau bagaimanapun, custom made orthotics yang direka mengikut ukuran individu amatlah digalakkan bagi mereka yang mempunyai simptom-simptom masalah pinggang, kaki, lutut dan sebagainya. Custom made orthotics tersebut akan direka khusus mengikut simptom yang kita hadapi.
Kebiasaannya Dr. Edmund akan menasihatkan pesakitnya untuk memakai custom made orthotic tersebut sekurang-kurangnya selama 5 hingga 8 jam sehari. Dalam tempoh 3 bulan, pesakit dinasihatkan untuk datang semula ke pusat rehabilitasi tersebut untuk membuat analisa kaki atau pun bagi mendapatkan maklumbalas daripada pesakit tentang tahap keselesaan semasa memakai custom made orthotic. Sekiranya pesakit tidak selesa, pengubahsuaian ke atas custom made orthotic tersebut akan dilakukan oleh Sunfeet.





Sebenarnya, ibu bapa digalakkan untuk membawa anak-anak mereka membuat pemeriksaan dan analisa kaki seawal usia 4 tahun. Masalah berkaitan kaki ini lebih mudah dirawat apabila ianya dikenal pasti pada zaman kanak-kanak lagi kerana ligamen dan tulang kanak-kanak lebih lembut dan mudah untuk diperbetulkan.

Menariknya, Sunfeet turut menyediakan 'Foot Mobilisation Therapy' iaitu sejenis terapi urutan bagi membetulkan sendi-sendi yang tidak betul di kaki kita bagi membolehkan ianya berfungsi pada sifat semulajadinya. Kebiasaanya sendi yang salah pada kaki boleh menyebabkan masalah postur yang mengakibatkan sakit lutut, kaki, pinggul dan juga bahagian bawah pinggang.




Pernah tak dengar tentang insole? Insole atau pun dikenali sebagai pelapik tapak kaki ni sebenarnya sangat penting. Tak kira sama ada kaki kita normal atau bermasalah, pelapik tapak kaki membantu mengurangkan tekanan dan membentuk kaki yang cantik selain memberi keselesaan pada tapak kaki.
Ada pelbagai jenis insole dijual di sini mengikut kesesuaian para pelanggan.  Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh dapatkan nasihat dari Dr Edmund Lee. Beliau akan bantu pilih insole yang sesuai dengan kaki kita. Segalanya direka mengikut kesesuaian kaki tau.



Jom kita ke Sunfeet Internatioanl Rehabilitation Centre

Waktu Operasi:
Setiap Hari Dari 10am- 7pm

Alamat:
Block C, 18 Jalan 19/1 Seksyen 19
46300 Petaling Jaya
Selangor

Website:

Facebook:

KATA ALONGMURNI

SUNFEET INTERNATIONAL REHABILITION CENTRE TENGAH MENGADAKAN PROMOSI ‘BACK TO SCHOOL’. SEMPENA CUTI SEKOLAH INI, JOM KITA BAWA ANAK-ANAK KE SUNFEET DAN KENALI PERMASALAHAN KAKI ANAK-ANAK. BILA KAKI OK, BARULAH ANAK-ANAK SELESA UNTUK MEMULAKAN PERSEKOLAHAN MEREKA DENGAN RIANG KAN?? BANYAK PILIHAN JENIS KASUT DAN INFORMASI BOLEH DIDAPATI DI SINI. JOMM KE SUNFEET!!